WHO patut jadi penentu terakhir pengiktirafan vaksin: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 5.7.2021:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Sepatutnya Menjadi Penentu Terakhir Pengiktirafan Vaksin Dan Tidak Membiarkan Kepentingan Geopolitik Mendiskriminasi Antara Vaksin Atau Sumber Pengeluaran.

DAP ingin menyatakan kebimbangan bahawa Kesatuan Eropah (EU) hanya mengiktiraf Vaxzevria (vaksin AstraZeneca) yang telah diluluskan oleh Agensi Perubatan Eropah (EMA). Ini secara efektif menyekat pengiktirafan AstraZeneca yang dihasilkan dari SK Bioscience Korea Selatan dan Siam Bioscience Thailand. Dimaklumkan, Malaysia telah membeli vaksin AstraZeneca dari dua sumber kilang pengeluaran ini, yang bermaksud bahawa kita tidak sepatutnya membeli dari dua sumber ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sepatutnya menjadi penentu terakhir pengiktirafan vaksin dan tidak membiarkan kepentingan geopolitik mendiskriminasi antara vaksin atau sumber pengeluaran. Pada saat dunia sedang bergelut dengan pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi, timbul rasa tidak senang apabila ada negara jiran yang enggan menerima pengiktirafan WHO terhadap vaksin Sinovac dari China atau vaksin lain hanya kerana mereka dihasilkan di negara-negara tertentu. Membiarkan kepentingan geopolitik campur tangan dalam isu kesihatan adalah tidak adil dan keterlaluan.

Ini hanya akan menambah kekeliruan di kalangan masyarakat kita dan boleh mempengaruhi program imunisasi kebangsaan untuk mencapai 80% imuniti kelompok. Setakat ini WHO tidak pernah mempersoalkan keberkesanan atau keselamatan Sinovac atau AstraZeneca yang dihasilkan di Korea Selatan atau Thailand. Menggunakan pengiktirafan vaksin sebagai senjata geopolitik untuk mendiskriminasi antara vaksin dari negara tertentu juga akan memberi kesan kepada negara yang membeli dan menggunakan vaksin ini.

Kerajaan perlu secara agresif mencari penyelesaian mengenai perkara serius ini dengan EU dan negara-negara jiran yang berkenaan bagi meyakinkan masyarakat tentang keberkesanan dan keselamatan vaksin. DAP bersedia menyokong kempen untuk mengesahkan pengiktirafan vaksin oleh WHO sebagai bukti sahih keberkesanan, kebolehpercayaan, dan keselamatan vaksin.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年7月5日在吉隆坡发表的文告:

疫苗获得承认与否,应当由世界卫生组织来做最终的仲裁,委实不能因为地缘政治的利益,就歧视或排挤其他的疫苗生产地。

针对欧盟宣称只承认由欧洲药品管理局(EMA)批准的“Vaxzevria”(阿斯利康疫苗)一事,民主行动党深表关切。欧盟的这番话,意味着由南韩生技公司SK生物科学以及泰国生技公司暹罗生物科学所生产的阿斯利康并不获认可。实际上,马来西亚所购买的阿斯利康疫苗就是从这两个公司所生产的,欧盟此举显然是在暗示我们不该从这两个地方购买疫苗。

疫苗获得承认与否,应当由世界卫生组织(WHO)来做最终的仲裁,委实不能因为地缘政治的利益,就歧视或排挤其他的疫苗生产地。正当全世界在和新冠疫情及经济危机奋战之际,邻近的一些国家仅仅因为科兴疫苗产自中国(或疫苗来自特定地方),就罔顾世界卫生组织的认可而拒绝采纳,这实在令人感到不安。允许地缘政治利益去介入医疗健康事务,是不公平和离谱的。

这也只会进一步混淆公众,并可能影响国家冠病免疫计划欲达到80%群体免疫的目标。世界卫生组织至今从未质疑过科兴疫苗或是在韩国或泰国生产的阿斯利康疫苗的有效性和安全性。将疫苗认证作为地缘政治武器,将来自特定国家的疫苗区分开来,也会影响购买和使用这些疫苗的国家。

政府必须积极地与欧盟和邻国商讨这一严重问题,向公众保证疫苗的有效性和安全性。民主行动党愿意支持世界卫生组织的疫苗验证活动,以确切证明疫苗的有效性、可靠性和安全性。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 5.7.2021:

The World Health Organisation (WHO) Should Be The Final Arbiter Of Vaccine Recognition And Not Allow Geopolitical Interests To Discriminate Between Vaccines Or Source Of Production.

DAP is concerned that the European Union (EU) only recognises Vaxzevria (the AstraZeneca vaccine) that has been approved by the European Medicines Agency (EMA). This effectively withholds recognition of AstraZeneca produced from SK Bioscience Korea Selatan and Siam Bioscience Thailand. Apparently, Malaysia has bought the AstraZeneca vaccines from these two sources of plant production, implying that we should not have bought from these two sources.

The World Health Organisation(WHO) should be the final arbiter of vaccine recognition and not allow geopolitical interests to discriminate between vaccines or source of production. At a time when the world is grappling with the COVID-19 pandemic and the economic crisis, it is disconcerting that there are neighbouring countries that refuse to abide by WHO’s recognition of Sinovac from China or other vaccines just because they are produced in certain countries. To allow geopolitical interests to intrude on health is unfair and outrageous.

This will only create further confusion amongst our public and may affect the national immunisation programme to achieve 80% herd immunity. So far WHO has never questioned the efficacy or safety of Sinovac or AstraZeneca produced in South Korea or Thailand.  Using vaccine recognition as a geopolitical weapon to discriminate between vaccines from specific countries will also affect the countries buying and using these vaccines.

The government must aggressively pursue this serious matter with the EU and neighbouring countries concerned to reassure the public of the efficacy and safety of the vaccines. DAP is willing to support the campaign  validating vaccine recognition by WHO as the conclusive proof of vaccine efficacy, reliability, and safety.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top