Wakil rakyat bukan Islam tidak menjadi ancaman dalam pengagihan kit bantuan zakat: DAPSY Tanjung

Malaysia terdapat ramai pemimpin Islam dan bukan Islam, serta kesemua mereka sedia maklum mengenai pemberian zakat hanyalah kepada orang yang beragama Islam dan dikategorikan sebagai golongan asnaf,

 Firman Allah swt dalam surah at Taubah ayat 60 bermaksud:

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan”.

Di Pulau Pinang, Wakil – wakil rakyat dikehendaki untuk mendapatkan maklumat orang-orang miskin yang dikategorikan sebagai golongan asnaf melalui Qaryah Masjid menerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kawasan KADUN masing-masing dan setelah mendapati nama-nama tersebut maka ianya dikehendaki untuk diserahkan kepada Pusat Urus Zakat bagi mendapatkan pengesahan dan seterusnya Zakat Pulau Pinang akan membuat penghantaran kit bantuan zakat kepada KADUN masing-masing berdasarkan maklumat yang telah diserahkan dan kit tersebut adalah untuk diserahkan kepada golongan-golongan asnaf di kawasan mereka.  

Kontroversi pengagihan zakat oleh salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan Pulau Tikus, Sdr Chris Lee Chun Kit dimana beliau mengedarkan kit bantuan zakat kepada penerima YANG BERAGAMA ISLAM di kawasan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bangkok Lane dan Kampung Herriot, Pulau Tikus dan program tersebut telah dimuat naikkan di dalam laman status Facebook telah mendapat kecaman yang membimbangkan daripada pelbagai pihak yang menganggap perbuatan tersebut sebagai suatu perkara dimana orang bukan islam mencampuri hal ehwal agama Islam, tindakan Sdr Chris dalam menangani perkara ini juga amat mempesonakan beberapa pihak iaitu beliau berdiamkan diri dan bertindak dengan penuh kesabaran sehingga mendapatkan penjelasan Mufti Pulau Pinang.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd. Noor telah menjelaskan dengan penuh transparen atau jelas dimana Zakat Pulau Pinang (ZPP) hanya menyalurkan zakat menerusi pelbagai pihak termasuk melalui wakil-wakil rakyat Muslim dan bukan Muslim untuk disampaikan kepada golongan yang dikategorikan sebagai asnaf ASALKAN TIDAK DISELEWENGKAN sertamenasihati supaya jangan kita selaku rakyat yang hidup di kalangan pelbagai kaum dan agama untuk jangan memperbesarkan isu-isu remeh temeh seperti ini sedangkan kita selaku rakyat dan orang islam boleh lebih banyak menumpukan perhatian kepada hal-hal yang lebih penting bagi memacu pembangunan ekonomi dan pendidikan umat Islam agar mencapai kedudukan yang lebih tinggi dan setanding dengan kaum-kaum lain. Perkara ini telah jelas dan sudah memadai bagi menjawab kesemua tanda soal yang dibangkitkan oleh beberapa pihak yang mengeluarkan kenyataan yang berbaur perpecahan di kalangan masyarakat majmuk dan besar seperti kita (rakyat Malaysia).

Pada masa yang sama, walaupun isu pemberian zakat oleh Orang Bukan Islam kian menjadi topik hangat sejak beberapa hari yang lepas, kita juga kini telah mendapat seorang Ahli Parlimen dari Batu Kawan Sdri Kasthuriraani Patto yang langsung tidak mengendahkan pemikiran kolot oleh beberapa pihak yang sering mengamalkan politik kotor sebegitu dan dengan beraninya membuat pengedaran zakat kepada Masyarakat yang beragama Islam demi menjaga kebajikan golongan asnaf di kawasan Parlimen Batu Kawan, perkara ini benar-benar mengagumkan orang ramai, sikap tidak mempedulikan akan beberapa pihak pembangkang yang sering mempolitikkan setiap perkara yang melibatkan isu perkauman dan agama, harus dijadikan contoh dan tauladan untuk kita tetap terus maju kehadapan dan berjuang demi menjaga kebajikan masyarakat kerana kepimpinan yang baik bakal membawa kemakmuran serta keamanan kepada negara bangsa dan agama, manakala kepimpinan yang buruk dan zalim bakal memporak-perandakan negara dan rakyat.

Oleh itu, dinasihatkan agar rakyat Malaysia tidak cepat terpedaya dengan tomahan / fitnah yang sering kali digunakan oleh pelbagai pihak sebagai medium untuk memecahbelahkan masyarakat majmuk seperti kita.

Justeru, memperlihatkan kepada kita bahawa pihak yang membuat tomahan sedemikian sentiasa berfikiran jumud dan sempit sehinggakan apa-apa sahaja isu remeh ingin diperbesarkan.

MUHAMMAD SHAHRIZUL MUIZ (ZUL)
SETIAUSAHA ORGANISASI
DAPSY TANJUNG
PEGAWAI KHAS
KADUN SERI DELIMA

Scroll to Top
Scroll to Top