Visi Penang2030 dan Pelan Strategik PDC 2030 jadikan PDC setanding organisasi cemerlang: KM

Bersempena sambutan ulang tahun ke-50 Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Ketua Menteri Sdr Chow Kon Yeow mahu menjadikan agensi pembangunan negeri itu setanding organisasi cemerlang lain di dunia.

Sdr Chow berkata, berpandukan visi Penang2030 dan Pelan Strategik PDC 2030, ia akan membolehkan PDC berkembang pesat seiring dengan pembangunan teknologi serta automasi pintar dunia.

“Pelan Strategik PDC 2030 bukan sahaja memberi penekanan kepada pembangunan modal insan tetapi juga menambah baik nilai diri, kemahiran, keupayaan, pengetahuan dan kemampuan kos yang efektif.

“(Selain) memberi fokus mewujudkan kawasan pertumbuhan baharu di negeri ini, pelan ini juga membolehkan PDC meningkatkan aset-aset sedia ada seterusnya menjadi agen pelaksana bagi inisiatif Kerajaan Negeri,” beliau bertambah.

Pautan video pada laman Facebook Buletin Mutiara: https://www.facebook.com/watch/?v=1060598350802846

Berita penuh pada Buletin Mutiara:

Scroll to Top
Scroll to Top