UMNO memangsakan ADUN DAP untuk mengalih perhatian rakyat daripada penyelewengan institusi-institusi Islam

Kenyataan media Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang Zairil Khir Johari di George Town, Pulau Pinang pada 30 Mei 2019:

Saya merujuk kepada kenyataan Mufti Pulau Pinang Dato’ Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa hukum orang bukan Islam mengagihkan bantuan zakat kepada golongan asnaf adalah “harus”. (http://www.astroawani.com/berita-malaysia/harus-bukan-islam-agih-bantuan-zakat-mufti-pulau-pinang-208927)

Penjelasan mengenai hukum fiqah ini lantas membuktikan bahawa ADUN Pulau Tikus Chris Lee tidak berlaku salah apabila hadir untuk menyampaikan bantuan zakat kepada golongan asnaf di kawasannya pada hari Ahad lalu.

Malangnya, Chris telah menjadi mangsa kecaman hebat oleh pihak pembangkang khususnya pemimpin UMNO seperti mantan presiden Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri. (https://umno-online.my/2019/05/28/ibadat-zakat-bukan-bahan-lakonan-zahid-bidas-adun-pulau-tikus/)

Kenyataan Zahid Hamidi bukan sahaja tidak berasas tetapi jelas berniat jahat dan bertujuan untuk menimbulkan persengketaan di antara kaum.

Walaupun Chris sememangnya bukan orang yang beragama Islam, namun tindakan beliau untuk mengagihkan bantuan itu dibuat dengan hati yang ikhlas. Beliau juga tidak pernah mencuri wang rakyat seperti sesetengah pemimpin yang sanggup menyelewengkan dana Lembaga Tabung Haji, Felda dan YAPEIM.

Daripada menepuk dada kononnya memperjuangkan Melayu dan Islam walaupun tidak berasaskan hukum, adalah lebih baik sekiranya Zahid Hamidi menjelaskan kepada semua rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam mengenai penyelewengan di institusi-institusi yang sepatutnya melindungi hak dan kepentingan orang Islam.

Jelas isu ini sengaja dimainkan untuk tujuan politik oleh sebuah parti pembangkang yang tiada isu dan modal lain sehingga terpaksa mengalih perhatian rakyat daripada penyelewengan yang dilakukan semasa zaman pemerintahan mereka.

Zairil Khir Johari
Adun Tanjong Bunga
Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang

Kenyataan media berasal dari laman Facebook Sdr Zairil: https://www.facebook.com/538768006141463/posts/2478034455548132/

Berita pada Malaysiakini: https://m.malaysiakini.com/news/477967


再里尔: 非穆斯林派天课没错 巫统企图转移视线

槟州行政议员再里尔批评,巫统通过攻击行动党浮罗池滑州议员李俊杰派发天课(Zakat),以转移大众对伊斯兰机构,遭前朝政府不当管理的视线。

他说,根据槟州宗教师拿督斯里旺沙林指,伊斯兰法规说明,非穆斯林派发天课,帮助有需要者,是必须的。

他今日发文告说,旺沙林的言论,显示李俊杰在上周日,颁发天课给有需要者一事,是没错的。

“不幸的是,李俊杰遭到巫统领袖,包括前副首相拿督斯里阿末扎希的攻击。”

他说,阿末扎希对李俊杰的指控,是毫无根据,企图挑起种族争端。

“虽然李俊杰不是穆斯林,但其颁发天课的举动,是真心的。他不像一些领袖,挪用大马朝圣基金局、联邦土地发展局、大马伊斯兰经济发展基金等的基金。”

他认为,阿末扎希与其以没有法规根据的方式,为巫裔奋斗,不如向人民,尤其是穆斯林解释,有关上述伊斯兰机构资金,遭挪用一事。

“很显然,此课题因政治因素,被没有资本的反对党操弄,以转移人民对前朝滥权的视线。”

详闻来自中国报: http://tinyurl.com/y37jor5k


Penang DAP has criticised Umno for attacking and victimising Pulau Tikus assemblyperson Sdr Chris Lee Chun Kit for distributing tithes (zakat) to poor Muslims on Sunday during an iftar event.

“Umno did this to divert the attention of the public from its leaders who were charged with swindling funds from public and religious institutions,” state DAP vice-president Sdr Zairil Khir Johari.

He cited the statement by Penang mufti Wan Salim Wan Mohd Noor, who was quoted in Bernama yesterday as saying that non-Muslims are allowed to distribute tithes to the poor.

“The mufti’s remarks show that Lee did not commit any wrongdoing when he handed out tithes to the poor during an iftar celebration in his constituency on Sunday,” Sdr Zairil said in a statement today.

Full article on Malaysiakini: https://m.malaysiakini.com/news/477995

Scroll to Top