Tuntutan mahkamah akan dijalankan oleh Jabatan Peguam Negara ke atas National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang masih berhutang RM253.6 juta kepada kerajaan persekutuan

SIARAN MEDIA
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Pada 9 Januari 2008, National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) telah mendapat kemudahan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM250,000,000 pada kadar faedah 2% dengan tempoh pinjaman selama 20 tahun dan tempoh tangguh (grace period) selama 3 tahun. Pinjaman ini bersandarkan debentur yang ditandatangani bersama perjanjian pinjaman pada 6 Disember 2007.

Berdasarkan laporan usaha wajar (due diligence) syarikat perakaunan PwC, Ahli Lembaga Pengarah NFCorp bagi tempoh 6 Disember 2007 sehingga 31 Disember 2011 terdiri daripada Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail dan anak-anaknya, Izran Salleh, Izmir Salleh, Izzana Salleh bersama wakil-wakil Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, carian SSM pada 17 Mei 2019 merekodkan Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail sebagai satu-satunya Ahli Lembaga Pengarah NFCorp bersama 2 orang Setiausaha Syarikat.

Berdasarkan Penyata Lengkap Pinjaman Kerajaan Persekutuan setakat 30 April 2019 daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia, baki pinjaman NFCorp yang belum selesai kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM253,618,455.03, termasuk faedah dan faedah lewat setakat 30 April 2019. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM110,840,854.28 merupakan jumlah bayaran yang tertunggak kepada Kerajaan Persekutuan setakat tarikh tersebut, iaitu tunggakan pokok pinjaman sebanyak RM81,987,629.65, faedah sebanyak RM22,967,131.55 dan faedah lewat sebanyak RM5,886,093.08.

Pada 4 September 2014, Notis Pengisytiharan Berlaku Keingkaran (Event of Default) selaras dengan klausa 14 Perjanjian Pinjaman di antara Kerajaan Persekutuan dan NFCorp telah dikemukakan kepada NFCorp. Pihak Kementerian Kewangan kini telah mengambil keputusan untuk menuntut sepenuhnya jumlah pinjaman daripada
NFCorp dan perkara ini telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 29 Ogos 2018 untuk tindakan selanjutnya. Perkara ini sedang diuruskan oleh pihak Jabatan Peguam Negara yang akan mengumumkan perkembangan kemajuan selanjutnya.

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
20 Mei 2019


马来西亚财政部文告

联邦政府将针对国家养牛公司(National Feedlot Corporation Sdn. Bhd.)拖欠的 2 亿 5360 万令吉,透过国家总检察署入禀法庭索回

国家养牛公司(National Feedlot Corporation Sdn. Bhd.) 于2008 年 1 月 9 日获得联邦政府 2 亿 5000 万令吉的 2% 低利息贷款,偿还期 20 年,宽限期 3 年。 这项贷款是于2007 年 12 月 6 日,连同无抵押债券一起签署。

根据普华永道会计行的尽职调查报告,国家养牛公司自 2007 年 12 月 6 日至 2011 年12 月 31 日的董事成员包括拿督沙列伊斯迈(Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail) 及其子女伊兹兰沙列、伊兹米沙列和伊兹娜沙列, 以及联邦政府与州政府的代表。无论如何,根据 2019 年 5 月 17 日公司注册局资料显示,该公司只剩下拿督沙列伊斯迈为唯一的董事会成员,还有两位公司秘书。

根据联邦政府从国家会计局所获得的完整报告, 截至 2019 年 4 月 30 日,国家养牛公司仍未偿还联邦政府的欠款高达 2 亿 5361 万 8455 令吉 03 仙, 该巨款包含了利息及逾期未还的所罚利息。在上述欠款当中,有 1 亿 1084 万 0854 令吉 28 仙是截至 2019 年4 月 30 日逾期未还所拖欠联邦政府的数目总额,当中逾期未还的欠款 8198 万 7629 令吉 65 仙,外加其原有利息 2296 万 7131 令吉 55 仙,再加上逾期未还所罚利息 588 万6093 令吉 08 仙 。

根据联邦政府与国家养牛公司所签合同的第 14 项贷款协定, 联邦政府于 2014 年 9 月4 日已经发出触犯违约事件通知书给国家养牛公司。 如今,财政部已决定要向国家养牛公司追讨回这笔巨款, 而且早在 2018 年 8 月 29 日已经呈交国家总检察署。目前,国家总检察署正负责处理追讨国家养牛公司欠款事宜,并将公布其进展。

我爱马来西亚!

马来西亚财政部长
林冠英
2019 年 5 月 20 日 布城启


MEDIA RELEASE
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA

COURT CLAIMS WILL BE CONDUCTED BY THE ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS AGAINST NATIONAL FEEDLOT CORPORATION SDN. BHD. WHICH STILL OWES RM253.6 MILLION TO THE FEDERAL GOVERNMENT

On 9 January 2008, National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) received a loan facility of RM250,000,000 from the Federal Government at an interest rate of 2% with a loan period of 20 years and grace period of 3 years. This loan is secured by a debenture which was signed alongside the loan agreement on 6 December 2007.

Based on the due diligence report by the accounting firm PwC, the Board of Directors of NFCorp for the period between 6 December 2007 till 31 December 2011 consisted of Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail and his children, Izran Salleh, Izmir Salleh, Izzana Salleh, as well as representatives from the Federal and State Governments. However, the latest SSM search conducted as of 17 May 2019 only listed Datuk Dr. Salleh Ismail as the sole director of NFCorp, and two company secretaries.

Based on the Complete Statement of Federal Government Loans as of 30 April 2019 from the Accountant General’s Department of Malaysia, the outstanding loan amount by NFCorp to the Federal Government is RM253,618,455.03, which includes interest and late interest charges as of 30 April 2019. From this sum, RM110,840,854.28 is the amount due for repayment to the Federal Government as of 30 April 2019,
consisting of loan principal arrears of RM81,987,629.65, loan interest of RM22,967,131.55 and late interest charges of RM5,886,093.08.

On 4 September 2014, a Notice of Declaration of Event of Default in accordance with Clause 14 of the Loan Agreement between the Federal Government and NFCorp was issued to NFCorp. The Ministry of Finance has decided to seek full repayment of the loan to NFCorp and this matter was referred to the Attorney General’s Chambers on 29 August 2018 for further action. The Attorney General’s Chambers is currently looking into the matter and will announce the latest development when available.

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Minister of Finance
Ministry of Finance Malaysia
Putrajaya
20 May 2019


Scroll to Top