Tuduhan tidak berasas Prof Ahmad Murad mengecewakan, PSI bantu orang Melayu: Ahli Parlimen Syerleena

Kenyataan Media Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid di Pulau Pinang pada 27 Mei 2023:

Tuduhan tidak berasas Prof Ahmad Murad Mengecewakan, PSI Bantu Orang Melayu

Saya ingin meluahkan rasa kesal dengan tuduhan berat yang dilemparkan oleh Prof Dato Dr Ahmad Murad Merican (https://malayadaily.com/berita/psi-bukan-projek-lestari-profesor-murad) terhadap projek Penang South Island (PSI) baru-baru ini,

Adalah amat mengecewakan apabila Prof Dato Dr Ahmad bertindak mengaitkan projek yang membawa manfaat yang tinggi kepada penduduk Pulau Pinang ini dengan dakwaan kononnya ia sebagai usaha peminggiran dan menghalau penduduk Melayu dari kawasan pulau negeri ini. Tuduhan itu dilihat dibuat tanpa berasaskan dapatan ilmiah dan petunjuk-petunjuk sosio-ekonomi.

Agak keterlaluan untuk mengheret budaya dan identiti orang Melayu Pulau Pinang sebagai alasan untuk menghalang kemampuan anak-anak Melayu melangkah ke hadapan dan mendaki tangga sosial.

Sebaliknya, projek ini adalah pembangunan jangka masa panjang yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjamin masa depan yang mampan.

Malah, kesemua program percuma: kursus jurumudi, peluang perniagaan, biasiswa, dan koperasi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PSI membantu komuniti nelayan, terutamanya Melayu di kawasan selatan Pulau Pinang.

Kenapa seorang intelektual seperti beliau perlu ‘menggadaikan’ reputasinya sendiri dengan cuba mencetuskan sentimen perkauman sedangkan projek PSI tiada kena mengena dengan langsung dengan isu kaum mahupun bangsa.

Amat menyedihkan apabila beliau membenarkan emosinya menghalang pemikiran rasionalnya.

Sebagai seorang ahli antropologi, beliau seharusnya lebih memahami hubung kait keperluan ekonomi dan urbanisasi, terutama sekali dalam keadaan semasa yang begitu mendesak. Adakah beliau mahu melihat anak-anak Melayu Pulau Pinang terus terperosok dalam perangkap pendapatan rendah dan peluang yang terhad?

Perlu ada dialog untuk menjernihkan kekeruhan dan salah faham yang timbul. Pandangan dan penjelasan yang tepat mengenai projek PSI ini perlu diberikan untuk kefahaman semua pihak. Melalui dialog yang konstruktif, kita boleh menghilangkan kekeliruan dan memastikan masyarakat mendapat maklumat yang tepat.

Sebagai Ahli Parlimen Bukit Bendera, tanggungjawab saya adalah untuk memperjuangkan kepentingan rakyat dan memastikan keadilan serta kebaikan dirasai oleh semua warga Pulau Pinang. Saya akan terus berusaha untuk menyampaikan suara rakyat dan memastikan bahawa keputusan-keputusan yang diambil adalah untuk kebaikan bersama.

SYERLEENA ABDUL RASHID
AHLI PARLIMEN BUKIT BENDERA
ADUN SERI DELIMA


Media Statement by Member of Parliament for Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid in Penang on 27 May 2023:

Baseless Accusations Disappointing, PSI Asist Malays

I would like to express my disappointment with the serious allegations made by Prof Dato Dr Ahmad Murad Merican (https://malayadaily.com/berita/psi-bukan-projek-lestari-profesor-murad) against the Penang South Island (PSI) project recently.

It is disappointing that Prof Dato Dr Ahmad has associated this project, which brings significant benefits to the people of Penang, with claims that it is an attempt to marginalize and expel the Malay community from the island.

These accusations are seen as being made without any scientific findings or socio-economic evidence to support them.

It is quite unreasonable to drag the culture and identity of the Malay people in Penang as a reason to hinder the progress and upward mobility of Malay youths.

On the contrary, this project is a long-term development launched by the Penang State Government to ensure a sustainable future.

Furthermore, all the free programs: maritime courses, business opportunities, scholarships, and cooperatives implemented by the Penang State Government through PSI have been assisting the fishing community, particularly the Malays in the southern region of Penang Island.

Why would an intellectual like him “pawn” his own reputation by attempting to incite racial sentiments when the PSI project has no direct correlation with any racial or ethnic issues?

It is truly saddening to witness him letting his emotions blind his rational thinking.

As an anthropologist, he should have a better understanding of the relationship between economic needs and urbanization, especially in the current pressing circumstances. Does he want to see the Malay youth in Penang continue to be trapped in low-income and limited opportunity situations?

There needs to be a dialogue to clarify the confusion and misunderstandings that have arisen. Accurate views and explanations regarding the PSI project must be provided for the understanding of all parties involved. Through constructive dialogue, we can eliminate misconceptions and ensure that the community receives accurate information.

As a Member of Parliament for Bukit Bendera, it is my responsibility to advocate for the interests of the people and ensure that justice and well-being are experienced by all residents of Penang. I will continue to strive to represent the voice of the people and ensure that the decisions made are for the collective good.

SYERLEENA ABDUL RASHID
MP BUKIT BENDERA
ADUN SERI DELIMA

Scroll to Top
Scroll to Top