Tuduhan sogokan kepada ahli-ahli politik Kerajaan Negeri Pulau Pinang disangkal dan ditolak kerana tiada satu sen pun dibayar untuk Projek Terowong Dasar Laut; malah Independent Checking Engineer (ICE) mesti mengesahkan dan menyokong tuntutan sebelum sebarang bayaran boleh dibuat

Media Barisan Nasional kini sedang menyerang Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang secara sistematik dengan menggunakan sumber tanpa nama daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membocorkan maklumat palsu yang mendakwa kononnya sogokan telah diberikan kepada “ahli-ahli politik penting” dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang – kononnya mereka menerima di antara berpuluh ribu dan beberapa juta ringgit. Tuduhan berniat jahat dalam laporan media ini adalah tidak jujur bukan sahaja kerana mereka palsu dan melanggar prinsip keadilan kewartawanan tetapi juga penyalahgunaan kuasa akhbar untuk menjatuhkan pembangkang menjelang pilihan raya umum akan datang.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak boleh membuat saman fitnah kerana hanya individu berhak melakukannya. Adakah akhbar-akhbar BN seperti New Straits Times, The Star, Berita Harian dan Utusan Malaysia berani untuk menyiarkan nama-nama ahli politik penting yang kononnya terlibat itu supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh mengambil tindakan undang-undang untuk menjaga reputasi mereka? Kegagalan pihak media tersebut untuk berbuat demikian mendedahkan mengapa mengapa akhbar-akhbar ini semakin kurang orang membacanya pada masa kini.

Laporan media BN mengenai sogokan kepada ahli-ahli politik Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini jelas merupakan satu penipuan kerana Pertama, bagaimana sogokan berlaku apabila tiada satu sen pun yang dibayar untuk projek terowong dasar laut ini. Kedua, tidak disebut bahawa Independent Checking Engineer (ICE) adalah sebahagian daripada konspirasi yang didakwa itu. Adalah mustahil untuk apa-apa pembayaran dibuat sama ada melalui tunai atau pertukaran tanah oleh Kerajaan Negeri kepada kontraktor, melainkan ICE sudah mengesahkan dan menyokong tuntutan tersebut.

Anugerah untuk projek bernilai RM6.3 bilion yang terdiri daripada terowong dasar laut dan 3 lebuhraya utama dijalankan melalui tender terbuka kompetitif di bawah Jawatankuasa Tender Negeri Pulau Pinang. Arahan Perbendaharaan yang dikeluarkan di bawah Akta Prosedur Kewangan 1957 memerlukan Jawatankuasa Tender Negeri Pulau Pinang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri sahaja.

Bagi memastikan bahawa keseluruhan projek mematuhi prinsip CAT (Cekap, Akauntabel, Telus), ICE telah dilantik untuk menyediakan satu mekanisme lain untuk melindungi Kerajaan Negeri daripada sebarang penyelewangan dan salah laku. HSSI Sdn Bhd, sebuah perunding kejuruteraan profesional telah dilantik dan dibayar oleh Kerajaan Negeri, untuk bertindak sebagai ICE bagi mengesahkan dan memperakui reka bentuk dan tuntutan yang dibuat oleh kontraktor projek – Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (Zenith).

HSSI juga dilantik oleh Lembaga Tender Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri hanya membuat bayaran terhadap tuntutan tersebut atas syor yang dibuat oleh ICE, iaitu HSSI Sdn Bhd. Jika benar belaku sogokan, ini bermakna HSSI juga terlibat dalam perbuatan rasuah ini. Tetapi tiada sebarang laporan dalam media BN yang mengatakan HSSI Sdn Bhd juga terlibat. Jadi bagaimana sogokan yang didakwa berlaku itu boleh terjadi apabila tiada kebenaran dan persetujuan dari HSSI Sdn Bhd?

Mekanisme kawalan dalaman telah melantik pihak profesional bebas dari luar untuk mengesyorkan pembayaran sama ada secara tunai atau pertukaran tanah. Ini menjadikannya mustahil untuk ahli politik atau pegawai kerajaan bagi menentukan jumlah bayaran, dan sama ada perlu atau tidak pembayaran tersebut dibuat. Jadi, bagaimana ahli-ahli politik dikatakan boleh menerima sogokan apabila mereka sendiri tidak diberikan kuasa untuk membuat pembayaran, atau sama ada membayar atau tidak membayar?

Walaupun Kerajaan Negeri boleh dengan mudahnya untuk menyangkal dan menjawab laporan tidak berasas media BN ini sebagai penipuan, apa yang merisaukan adalah sikap SPRM yang secara pasifnya membenarkan maklumat palsu disebarkan tanpa mengambil tindakan terhadap orang dalam yang terlibat. Siasatan, walaupun terhadap maklumat palsu, tidak sepatutnya didedahkan dan disiarkan di dalam media agar ia adil dan tidak dipertikaikan.

Mengapa SPRM bertindak dwi-standard apabila SPRM telah bertindak dengan begitu pantas, apabila ada dakwaan kebocoran maklumat dalam media sosial, yang menuduh salah laku oleh Menteri Besar Johor, mengenai rasuah dalam skandal perumahan di Johor? Sikap pasif dan tidak bertindak segera akan menghakis dan menjejaskan kredibiliti dan integriti SPRM. Kegagalan berterusan SPRM untuk bertindak terhadap laporan palsu media BN ini hanya akan menimbulkan persepsi serong tentang siasatan ini bermotifkan politik, terutama dalam suasana di mana pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

Soalan yang mudah adalah “Di manakah rasuahnya apabila keseluruhan projek dijalankan melalui tender terbuka kompetitif yang dibuat oleh Lembaga Tender Negeri Pulau Pinang?”

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top