Tindakan SPRM sejak zaman PN bukti mereka telah dijadikan senjata politik ugut wakil rakyat pembangkang: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 14.10.2021:

DAP meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjelaskan mengapa wakil rakyat pembangkang seperti Ahli Parlimen Warisan untuk Labuan Rozman Isli didakwa tetapi bukan wakil rakyat pro-kerajaan yang telah menukar sokongan mereka daripada pembangkang dengan melompat menyokong kerajaan atau Perdana Menteri. Rozman hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan rasuah yang dikaitkan semasa dia memegang jawatan Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) tiga tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki berkata, SPRM telah membuka 687 kertas siasatan antara Januari dan Ogos tahun ini, termasuk 149 kertas siasatan dalam kategori “berprofil tinggi, berkepentingan awam dan sensitif”, sementara 538 dalam kategori biasa. Bagaimanapun, SPRM dan Pejabat Peguam Negara secara konsisten dan selektif hanya mendakwa mereka yang menentang kerajaan atau Perdana Menteri.

Ini telah membuktikan pernyataan Majlis Presiden PH bahawa SPRM telah dijadikan senjata sebagai alat politik untuk mengancam dan mengugut wakil rakyat pembangkang bagi mendorong mereka untuk menyokong kerajaan, terutama ketika mereka memiliki majoriti Parlimen yang lemah dan tidak stabil. Di bawah Kerajaan PN, SPRM tidak lagi dilihat sebagai organisasi yang adil, bebas dan profesional yang memerangi rasuah di peringkat tertinggi, tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Malah bekas Ketua Polis Negara turut mendedahkan kegagalan SPRM bertindak menentang rasuah politik yang melibatkan Ahli Parlimen yang melompat menyokong kerajaan. Kegagalan SPRM untuk bertindak hanya mengesahkan bahawa pernyataan yang dibuat oleh PH bahawa agensi kerajaan, termasuk SPRM, telah dijadikan senjata politik terhadap pembangkang. SPRM perlu menjelaskan lima kes rasuah politik yang melibatkan Ahli Parlimen yang lompat parti berikutan dorongan atau ugutan, di mana siasatan SPRM telah berakhir begitu sahaja setelah mereka melompat untuk menyokong kerajaan, di mana tidak ada tindakan yang diambil oleh SPRM.

1. Kes lompat parti beramai-ramai Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah tahun lalu, yang telah didalangi oleh Tan Sri Musa Aman.  Percubaan untuk membentuk kerajaan melalui pintu belakang di Sabah ini akhirnya menyebabkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah dan pilihan raya umum negeri, yang mengakibatkan gelombang kedua lonjakan jangkitan COVID-19 di seluruh negara. Tan Sri Musa Aman kemudiannya dilantik sebagai Menteri Negeri Sabah.

2. Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah dirakam secara audio, menawarkan jawatan dan kedudukan politik di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sebagai pertukaran sokongan politik. Ahli Parlimen UMNO Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan bahawa dia telah menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Petronas kerana ia tidak mengikut perlembagaan. Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan telah menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Tenaga Nasional Bhd;

3. Siasatan SPRM terhadap Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar menjadi senyap setelah Xavier melompat dan menyokong Muhyiddin, yang menurut bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak melibatkan RM78.2 juta;

4. 5 Ahli Parlimen PKR yang telah menolak dorongan atau ugutan supaya melompat dan menyokong Muhyiddin iaitu Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Sahari, M. Karupaiya (Padang Serai), S. Kesavan (Sg Siput), Michael Teo Yu Leong (Miri) dan Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail. Tidak ada tindakan terhadap pihak yang cuba menarik 5 MP PKR itu melompat.

5. Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong, yang telah melompat keluar daripada PKR untuk menyokong Muhyiddin, mengakui bahawa Muhyiddin telah menjanjikannya kedudukan rasmi yang akan memberi dia platform untuk membangun semula ekonomi negara. Apakah ini bukan satu bentuk dorongan untuk Steven Choong melompat?

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International turun daripada tangga 51 pada 2019 hingga ke tangga 57 pada tahun 2020. Kegagalan SPRM menjalankan tugas mereka secara profesional dan bertanggungjawab apabila aduan itu datang daripada bekas KPN sendiri, hanya akan menyebabkan kedudukan CPI Malaysia akan merosot lebih jauh pada tahun ini.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年10月14日在吉隆坡发表文告:

民主行动党吁请大马反贪污委员会(MACC)解释,为何反对党议员如民兴党纳闽国会议员罗兹曼受到指控,但那些从反对党转向支持政府或首相的亲政府议员,却不必受到指控。罗兹曼是在今天被控上庭,指其在三年前担任纳闽港务局(LPA)副主席期间涉及贪污,但他不认罪。

反贪会主席阿占巴基表示,从今年一月至八月期间,反贪会共开档调查687宗案件,其中149份属于“备受瞩目、涉及公共利益和敏感”类别,而538份属于普通类别。然而,反贪会和总检察署一如既往地选择性起诉那些反政府或首相的人而已。

这显然坐实了希盟主席理事会的论断,即反贪会已被用来当成政治武器,以威胁和恐吓反对党议员,诱使他们支持政府,尤其是当政府拥有脆弱且不稳定的多数优势之际。在国盟政府的领导下,反贪会不再被视为一个公正、独立和专业的组织,能够毫无畏惧地在最高层次上打击贪污腐败。

即使是前总警长爆料,反贪会也未能采取行动打击政治上的贪污腐败,而这些贪腐行为涉及国会议员透过跳槽来支持政府。反贪会迟迟未能采取行动,坐实了希盟的论断,即包括反贪会在内的政府机关,已变成对付反对党的政治武器。反贪会必须解释清楚五宗政治贪污案件,其中涉及国会议员在威胁利诱下跳党的案件。在这些案件中,反贪会的调查在他们跳槽支持政府后以失败告终,并无采取任何行动。

1. 丹斯里慕沙阿曼去年策动沙巴州议员接连变节。其尝试组织沙巴后门政府的举动,致使州议会被解散及举行州选,并导致我国出现第二波新冠疫情。丹斯里慕沙阿曼随后被任命为沙巴州部长。

2. 在一段录音中,前首相慕尤丁建议以政治职务和官联公司职位来换取政治支持。巫统话望生国会议员东姑拉沙里拒绝了委任他成为国油顾问献议,因为他认为这项委任已经违宪。巫统署理主席莫哈末哈山则拒绝出任国能主席职。

3. 在瓜拉冷岳区国会议员西维尔再也古马倒戈支持慕尤丁后,反贪会即冷待西维尔的案件。前首相纳吉指案件涉及7820万令吉。

4. 5名公正党议员面对威胁利诱,以换取他们对慕尤丁的支持。这5名议员分别是必打丹国会议员阿旺胡赛尼、巴东色海国会议员卡鲁巴耶、和丰国会议员柯沙文、美里国会议员张有庆和士基央国会议员娜塔拉。反贪会并没有采取行动对付试图策动他们变节的人。

5. 柔佛地不佬国会议员锺少云背叛公正党,倒戈支持慕尤丁。他坦承慕尤丁承诺给他一个职位和平台,让他帮助重建国家经济。这不正是促使他跳槽的诱因吗?

我国贪污印象指数排名从2019年的第51位,于2020年跌至第57位。就连当前全国总警长做出投诉,反贪会也未能专业和负责任的履行他们的职责时,只会导致我国今年的贪污印象指数再进一步下滑。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 14.10.2021:

DAP calls on Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to explain why opposition lawmakers such as Warisan MP for Labuan  Rozman Isli are charged but not pro-government lawmakers who switched their support from the opposition to  jump to supporting the government or the Prime Minister. Rozman had pleaded not guilty today to one count of graft linked to his time as Labuan Port Authority (LPA) deputy chairperson three years ago.

The chief commissioner Azam Baki said the MACC had opened 687 investigation papers between January and August this year, including 149 investigation papers in the “high-profile, public interest and sensitive” category, while 538 were in the ordinary category. However, MACC and the Attorney-General Chambers have consistently and selectively charged only those opposed to the government or the Prime Minister.

This lends weight to PH Presidential Council’s assertion that MACC has been weaponised as a political tool to threaten and intimidate opposition lawmakers to induce them to support the government, especially when they have a tenuous and unstable Parliamentary majority. Under the PN government, MACC is no longer seen to be an impartial, independent and professional organisation battling corruption at the highest levels, without fear or favour.

Even a former Inspector-General of Police revealed the failure of MACC to act against political corruption involving MPs who jumped to support the government. The failure of MACC to act only confirms that assertions made by PH that government agencies, including MACC, have been turned into political weapons against the opposition. MACC must come clean on the five cases of political corruption involving party hopping by MPs subjected to inducements or intimidation, where MACC investigations fizzled out after they jumped to support the government, where no action was taken by MACC.

1.    The spate of defections of Sabah State Assemblyperson last year, generated by Tan Sri Musa Aman. This attempt at a backdoor government in Sabah ultimately led to the dissolution of the Sabah State Assembly and state general election, which caused the 2nd wave of escalating COVID-19 infections nation-wide. Tan Sri Musa Aman was subsequently appointed as a Sabah State Minister.

2.    Former Prime Minister Muhyiddin Yassin was recorded on audio, offering political posts and positions in Government Linked Corporation(GLC) in exchange for political support. UMNO Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah revealed that he rejected an offer to be Petronas Chairman because it was unconstitutional. UMNO Deputy President Mohamad Hasan rejected an offer to be Chairman of Tenaga Nasional Bhd;

3.    Kuala Langat MP Dr Xavier Jayakumar’s investigation by MACC turned cold after Xavier defected and supported Muhyiddin, which former Prime Minister Najib Tun Razak said involved RM78.2 million;

4.    5 PKR MPs rejected inducements or were subjected to intimidation to defect and support Muhyiddin namely Putatan MP Awang Husaini Sahari, M. Karupaiya (Padang Serai), S. Kesavan (Sg Siput), Michael Teo Yu Leong (Miri) and Sekijang MP Natrah Ismail. No action against those trying to trigger the defections of the 5 PKR MPs.

5.    Tebrau MP Steven Choong, who defected from PKR to support Muhyiddin, admitted that Muhyiddin promised him an official position that would provide him with a platform to rebuild the nation’s economy. Is this not an inducement for Steven Choong to jump?

Malaysia’s rankings in the Transparency International Corruption Perception Index (CPI) declined from 51st in 2019 to 57th in 2020. The failure of MACC to do their duty professionally and responsibly when the complaint comes from none other than the former IGP, will only cause Malaysia’s CPI rankings to slip down further this year.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top