TINDAKAN SEGERA UNTUK MEMBANTU TAHANAN AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012 (SOSMA) SEBELUM AKTA SOSMA DIMANSUHKAN

Selaras dengan Manifesto Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum Ke-14, ingin saya menyeru agar Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan segera bagi membantu tahanan SOSMA, yang kini masih diancam oleh Akta yang menyekat kebebasan ini.

Dibawah Seksyen 13 Akta SOSMA, penjaminan adalah tidak dibenarkan untuk tahanan yang dituduh dibawah Akta tersebut.Sehubungan dengan itu, Kerajaan Persekutuan seharusnya mengambil langkah yang sewajarnya sama ada dari segi kehakiman atau perundangan bagi membantu mereka yang ditahan dibawah Akta tersebut, sebelum Akta tersebut dimansuhkan.

Ini adalah amat penting khususnya terhadap Keluarga En. Ragindran a/l Sivasamy, salah seorang mangsa tahanan SOSMA. En Ragindran telah ditahan dibawah Akta tersebuthampir setahun, iaitu pada 18 Julai 2017.

Walaupun En Ragindran telah bertanding sebagai seorang calon bebas pada Pilihanraya Umum Ke-14 di kerusi DUN Pengkalan Kota, adalah merupakan salah satu tugas utama saya selepas PRU Ke-14 untuk membantu dalam pembebasan En Ragindran.

Perbincangan telah diadakan bersama YB Prof. P. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II selepas PRU Ke-14 dan YB Prof. P. Ramasamy sendiri telah berjumpa dengan En Ragindran di tahanan.

Saya turut berharap agar rakan-rakan sejawat saya di Parlimen dan Jemaah Menteri dapat mengambil tindakan segera untuk membantu mangsa tahanan SOSMA, sebelum Akta SOSMA yang menyekat kebebasan ini dapat dimansuhkan oleh Kerajaan Persekutuan seperti mana yang ternyata dalam Manifesto Pakatan Harapan.

Saya turut difahamkan bahawa En Ragindran mengalami masalah kesihatan dalam tahanan dan saya berharap perkara ini dapat dipertimbangkan agar pembebasan beliau dapat dipercepatkan.

Sehubungan dengan itu, saya akan mengutus surat kepada YB Tan Sri Dato’ Dr. Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri dan jugaPeguam Negara, Tommy Thomas, agar langkah-langkahkehakiman dan perundangan yang sewajarnya dapat disegerakan untuk membantu En Ragindran dan keluarga beliau.

Kenyataan Media YB Daniel Gooi, ADUN Pengkalan Kota pada 6 Julai 2018 (Jumaat), di George Town, Pulau Pinang

Scroll to Top
Scroll to Top