Tidak masuk akal untuk bentuk jawatankuasa kaji buka Parlimen: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 21.6.2021:

Membentuk Jawatankuasa Untuk Mengkaji Sama Ada Parlimen Perlu Bersidang Semula Secepat Mungkin Adakah Sama Seperti Membentuk Jawatankuasa Untuk Mengkaji Sama ada Perdana Menteri Perlu Meletakkan Jawatan Sedangkan Keputusan Tersebut Terletak Di Tangan Perdana Menteri Sendiri.

Pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan akan membentuk sebuah jawatankuasa untuk mengkaji sama ada Parlimen perlu bersidang adalah tidak masuk akal, tidak bertanggungjawab dan taktik tidak jujur ​​untuk menangguhkan persidangan tersebut sehingga September atau Oktober, dan bukannya secepat mungkin seperti yang dititahkan oleh Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Membentuk jawatankuasa untuk mengkaji sama ada Parlimen perlu bersidang semula secepat mungkin adalah sama seperti membentuk jawatankuasa untuk mengkaji sama ada Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan, sedangkan keputusan tersebut terletak di tangan Perdana Menteri sendiri.

Sepatutnya, tidak ada apa-apa untuk dikaji sama ada Parlimen perlu bersidang semula secepat mungkin, Mahiaddin hanya perlu melakukannya sahaja. Jika Mahiaddin tidak bersedia untuk melakukannya, ini menunjukkan dia tidak ikhlas untuk mematuhi titah DiRaja untuk memanggil semula sidang Parlimen bagi menggerakkan usaha keseluruhan masyarakat untuk memenangkan pertempuran memerangi pandemik COVID-19 dan mempercepatkan program vaksinasi. Mahiaddin terdesak sehingga berani menentang titah diraja, menunjukkan dia sudah tiada keabsahan politik dan kehilangan majoriti Parlimen di kalangan Ahli Parlimen.

Sebagai Perdana Menteri yang gagal memimpin kerajaan yang gagal dalam menangani pandemik COVID-19, kemelesetan ekonomi yang membawa kesusahan ekonomi kepada pekerja dan perniagaan, hilangnya keyakinan dan kepercayaan rakyat, Mahiaddin patut membenarkan Parlimen menentukan jalan keluar dari krisis yang melanda negara. Kelewatan sehari dalam membuka semula Parlimen akan menjadi satu hari yang hilang dalam usaha mencari penyelesaian.

Bahkan Jawatankuasa Khas bagi Parlimen hibrid – gabungan kehadiran fizikal dan maya, kini dilihat sebagai taktik penangguhan dan muslihat politik untuk mengenepikan proses perlembagaan. Parlimen hibrid tidak boleh dijalankan kecuali Peraturan Mesyuarat dipinda terlebih dahulu oleh Parlimen. Ini memerlukan satu mesyuarat fizikal melibatkan semua 220 Ahli Parlimen mesti diadakan terlebih dahulu untuk melakukan pindaan yang diperlukan terhadap Peraturan Mesyuarat sebelum sebarang mesyuarat Parlimen hibrid boleh diadakan.

Mahiaddin terus mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dirinya sendiri dengan mengatakan bahawa pembukaan semula Parlimen di bawah Fasa 3 Pelan Pemulihan Nasional, akan ditentukan apabila jumlah kes baharu harian Covid-19 turun di bawah 2,000 dan kadar vaksinasi telah mencapai 40 peratus, katil yang “mencukupi” di Unit Rawatan Rapi (ICU) tersedia untuk pesakit Covid-19. Ketika ini, tiada kes harian COVID-19 yang melibatkan Ahli Parlimen, tidak ada Ahli Parlimen yang menerima rawatan di bawah ICU dan semua Ahli Parlimen telah diberi vaksin sepenuhnya. Mahiaddin tidak mempunyai sebarang sebab atau alasan untuk tidak membuka semula Parlimen.

Mesyuarat fizikal Parlimen boleh diadakan dalam notis biasa 28 hari yang diberikan atau jangka masa yang lebih pendek beberapa hari sebagaimana yang diputuskan oleh Perdana Menteri mengikut Peraturan Mesyuarat 11 Parlimen. Sekiranya Mahiaddin dengan degil menolak untuk berbuat demikian, Ahli Parlimen mungkin tidak mempunyai pilihan selain terpaksa merayu kepada Yang DiPertuan Agong untuk menggunakan kuasa Baginda di bawah Seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat 2021 untuk memanggil semula Parlimen seperti dinyatakan, “Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong”.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年6月21日在吉隆坡发表的文告:

成立一个委员会来研究是否应该尽快重新召开国会,好比成立一个委员会来研究首相是否应该辞职,反正最后的决定权皆在首相个人手中。

首相慕尤丁宣布,政府将成立一个委员会来研究是否应该重新召开国会一事,这是非常荒谬、不负责任和不诚实的伎俩,目的只在拖延,以便将召开国会的日子展延至9月或10月,而不是国家元首及马来统治者所谕令的尽速召开国会。成立一个委员会来研究是否应该尽快重新召开国会,好比成立一个委员会来研究首相是否应该辞职,反正最后的决定权皆在首相个人手中。

国会是否应该尽快重新召开?这绝对没有什么可研究的,马希亚丁照做即可。马希亚丁不愿意跟着做,这表明他没有诚意要遵从王室的御令,重新召开国会,以便动员整个社会一起抗疫、加强疫苗接种计划,在新冠疫情的战役中取得胜利。马希亚丁此次大胆违背王室谕令,表明他欠缺政治合法性,并且已失去国会多数的优势。

一个失败的首相正领导着一个失败的政府,不只没能把疫情处理好,也无法应对经济衰退的问题,结果把工人和企业推入了经济困境之中,如今,它已失去公众信心和信任,因此马希亚丁应该让国会决定摆脱国家危机的出路。重新召开国会的时间延迟一天,意味着寻求解决方案的时间也会被延迟一天。

就连要成立混合式国会会议特别委员会,以商讨结合实体和虚拟方式来召开国会的做法,如今也被视为是种拖延政战术及要颠覆宪法程序的政治策略。除非议会先修订议会常规,否则并不能举行混合式国会会议。这表示,政府需先为220名国会议员举办实体会议,根据混合式国会会议所需来修订议会常规后,再召开混合式国会会议。

马希亚丁的自相矛盾进一步体现在他所宣布的国家复苏计划中。他说,当我国进入第三阶段复苏期时就会重开国会,届时单日新增确诊病例少于2000宗、40%人口已接种两剂疫苗及加护病床使用率降至足够水平。而事实上,目前在国会议员中并无新确诊病例,没有一名国会议员正在加护病房内接受治疗,且所有国会议员已完成接种疫苗。马希亚丁没有理由或借口不重开国会。

依据议会常规第11条文,首相需提前28天或者短至几天的时限里发出复会通知。如果马希亚丁顽固地拒绝这么做,那么国会议员在别无选择下,只能要求国家元首行使2021年紧急状态法令第14(1)(b)条文下的重开国会权力,即“应在国家元首认为适当的日期召开会议、休会和解散国会”。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 21.6.2021:

Forming A Committee To Study Whether Parliament Should Be Reconvened As Soon As Possible Is Akin To Forming A Committee To Study Whether The Prime Minister Should Resign When The Decision Rests In The Hands Of The Prime Minister Personally.

Prime Minister Muhyiddin Yassin’s announcement that the government will form a committee to study whether Parliament should be reconvened is ridiculous, irresponsible and a dishonest ploy to delay such a meeting until September or October, instead of as soon as possible as commanded by the King and state Rulers. Forming a committee to study whether Parliament should be reconvened as soon as possible is akin to forming a committee to study whether the Prime Minister should resign, when the decision rests in the hands of the Prime Minister personally.

There is absolutely nothing to study whether Parliament should be reconvened as soon as possible, Mahiaddin should just do it. That Mahiaddin is unwilling to do so, demonstrates his insincerity to obey the Royal command to reconvene Parliament to mobilise a whole-of-society effort to win the battle against COVID-19 pandemic and ramp up the vaccination programme. Mahiaddin’s desperation in daring to defy the Royal command, demonstrates his lack of political legitimacy and loss of parliamentary majority amongst MPs.

As a failed Prime Minister leading a failed government in handling the COVID-19 pandemic, economic recession that brought economic hardship to workers and businesses, loss of public confidence and trust, Mahiaddin should let Parliament determine the way out of the nation’s crisis. A day’s delay in reconvening Parliament would be a day lost in seeking solutions.

Even the Special Committee of a hybrid Parliament – a combination of physical and virtual presence, is now seen as a delaying tactic and a political ploy to subvert the constitutional process. A hybrid Parliament cannot be conducted unless the Standing Orders are amended first by Parliament. This would necessitate that a physical meeting of all 220 MPs must first be held to carry out the necessary amendments to the Standing Orders prior to any hybrid Parliament meeting.

Mahiaddin has further contradicted himself by saying that the reopening of Parliament under Phase 3 of the National Recovery Plan, will be determined when the new daily Covid-19 case count falls below 2,000 and the vaccination rate has reached 40 percent, “sufficient” beds at Intensive Care Units (ICU) available to Covid-19 patients. There are zero daily COVID-19 cases involving MPs, no MPs are receiving treatment under ICU and all MPs are fully vaccinated. Mahiaddin has no rationale or excuse not to reopen Parliament.

A physical meeting of Parliament can be held within the standard 28 days notice given or a shorter period of a few days as decided by the Prime Minister in accordance with Parliament Standing Order 11. Should Mahiaddin stubbornly refuses to do so, MPs may have no choice but be compelled to appeal to the King to exercise his powers under Section 14(1)(b) of the Emergency Ordinance 2021 to reconvene Parliament which states, “Parliament must be called, prorogued or dissolved at a date deemed appropriate by the Yang di-Pertuan Agong”.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top