Kenyataan Media Lim Hui Ying, bertarikh 2hb September 2021, di George Town:
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di atas cadangan dan kelulusan Usul Pelantikan Ahli Dewan Negara yang telah melantik saya sebagai Ahli Dewan Negara yang mewakili negeri Pulau Pinang.
Ini adalah pelantikan kali kedua bagi saya untuk menggalas tanggungjawab dan kewajipan mewakili negeri Pulau Pinang di Dewan Negara, selepas pelantikan yang pertama pada tahun 2018.
Saya mengulangi komitmen saya untuk sentiasa mempertahankan hak dan mendukung kebajikan negeri serta rakyat Pulau Pinang di Dewan Negara, khususnya ketika negara dan negeri kita berhadapan ancaman pandemik Covid-19.
Saya menyeru agar kerajaan persekutuan khasnya Kementerian Kesihatan Malaysia akan mempercepatkan kadar vaksinasi di negeri Pulau Pinang, dan menyalurkan sumber yang lebih besar bagi hospital serta klinik kesihatan di negeri kami bagi membolehkan pelaksanaan 3 T – testing, tracing, treatment – secara lebih berkesan.
Saya juga akan meneruskan usaha memperjuangkan hak wanita dan kesaksamaan gender, kepentingan ekonomi negeri Pulau Pinang, dan meneruskan kerja-kerja reformasi institusi sama ada di peringkat Parlimen mahupun di negeri Pulau Pinang.
Ingin saya mengambil kesempatan ini untuk turut mengucapkan tahniah kepada Saudari Fadhlina Siddiq dari Parti Keadilan Rakyat yang turut dilantik sebagai Ahli Dewan Negara untuk negeri Pulau Pinang di sidang DUN.
Pelantikan dua orang wanita sebagai Senator mewakili negeri Pulau Pinang adalah sangat bermakna sekali dan menyatakan dengan jelas pendirian Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Harapan yang mengiktirafkan kedudukan dan sumbangan kaum wanita dalam pembinaan bangsa dan negara. Saya akan terus berusaha bersama Saudari Fadhlina dalam mengetengahkan isu wanita serta hal ehwal negeri Pulau Pinang di Dewan Negara.
Lim Hui Ying

林慧英媒体文告
2021 年 9 月 2 日 | 槟州乔治市
我要感谢槟州政府和槟州议会在昨天提名并表决通过,再次委任我代表槟州出任国会上议员。
我于2018年首次受委上议员。这次的委任是我在国会上议院的第二届任期,为期3年。
我重申将继续在上议院全力捍卫槟州和槟州人民的权利与福祉,尤其是当我国与槟州正面对新冠肺炎疫情的威胁。
我敦促联邦政府,特别是卫生部,加速槟州的疫苗接种效率,并为槟州医院和诊所提供更多资源,进而更有效地落实3T政策—检测(Testing)、追踪(Tracking)与治疗(Treatment)。
我也将继续捍卫女性权益、提倡性别平等,同时全力推动槟州经济发展,并在国会和槟州推行体制改革。
我也借此机会祝贺公正党籍的法丽娜西迪同志(Fadhlina Siddiq)首次受委上议员。
国会上议院共有70个上议员名额,而各州议会仅能分别委任2名上议员代表各别州属。
因此,槟州议会委任2名女性上议员可谓意义重大,因为这清楚表明了州政府在希盟领导下的立场,即承认女性在国家建设中的地位与贡献。我将继续与法丽娜同志合作,在国会上议院推动女性议题和槟州事务。
林慧英