Menghadiri ke Tayangan Percuma “M for Malaysia” tajaan Sdr Lim Guan Eng, sebuah dokumentari yang menceritakan mengenai Harapan, Perpaduan dan Perdamaian serta pembentukan kerajaan yang tidak dijangka dan ia merupakan julung kali selepas 61 tahun Barisan Nasional berjaya ditumpaskan oleh 82.32 peratus jumlah pengundi.
Rakyat juga boleh mengimbas kembali detik yang mendebarkan dan turut memperingati kekuatan dan ketabahan warga Malaysia dalam menekankan pembentukan demokrasi tulen yang mana kuasa diletakkan kembali sepenuhnya kepada rakyat diketuai lelaki berusia 93 tahun.
Antara yang turut hadir bersama adalah Penasihat DAP, Sdr Lim Kit Siang, Exco Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang, Sdr Soon Lip Chee, Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang, dan Alam Sekitar, Sdr Phee Boon Poh, ADUN Bagan Dalam, Sdr Satees Muniandy, dan lain – lain lagi.
Senator Lim Hui Ying
Setiausaha
DAP Pulau Pinang