Tak wajar tutup sekolah tahfiz tapi wajib pastikan keselamatan para pelajar terpelihara – Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera
Disebabkan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kuala Lumpur, ramai pihak menyeru ditutup sahaja sekolah-sekolah tahfiz.
Ini BUKAN penyelesaian kepada masalah.
Perlu diiktiraf bahawa sistem persekolahan tradisi di seluruh alam Nusantara seperti sekolah pondok, madrasah atau pesantren di Indonesia mempunyai sejarah yang lama dan masyhur dalam mendidik manusia menjadi insan yang beradab, bertanggungjawab dan berbudi pekerti luhur.
Justeru seruan untuk menutup sekolah tahfiz adalah TIDAK WAJAR. Namun kerajaan perlu memastikan aspek keselamatan dikuatkuasakan agar anak-anak kita belajar dalam suasana sihat dan selamat.
Berita penuh: https://goo.gl/pAcW6R
Sebarkan!!