Siaran Media
Kementerian Kewangan Malaysia
Bank Seharusnya Memberikan Akses Kepada Pembiayaan Secara Lebih Meluas Memandangkan Kadar Keberhutangan Isi Rumah Berbanding Kdnk Telah Berkurang Kepada 83.0% Pada Tahun 2018 Daripada 83.8% Pada Tahun 2017, Manakala Jualan Runcit Meningkat Sebanyak 6.3% Pada April 2019 Pada Ketika Keyakinan Pengguna Lebih Tinggi Dalam Suku Pertama 2019
Tahap kesihatan kewangan isi rumah sedang beransur pulih, di mana kadar keberhutangan isi rumah berbanding keluaran dalam negeri kasar (KDNK) jatuh kepada 83.0% pada tahun 2018 daripada 83.8% pada 2017. Hasil perkembangan ini, pengguna kini mempunyai ruang yang lebih besar untuk meminjam bagi tujuan mengumpul kekayaan, sama ada untuk skim simpanan, atau untuk pelaburan bukan bertujuan spekulasi, termasuk pemilikan aset jangka masa panjang.
Berikutan perkembangan positif ini, bank seharusnya memberikan akses kepada pembiayaan secara lebih meluas kepada pembeli rumah pertama, dan juga kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), untuk memacu perkembangan ekonomi. Secara purata, hutang isi rumah bersandarkan jumlah aset yang bersesuaian. Menurut statistik daripada Bank Negara Malaysia (BNM), kadar aset kewangan isi rumah ialah 2.1 kali hutang isi rumah. Ini menunjukkan bahawa isi rumah secara purata memiliki lebih banyak aset daripada hutang, yang memberikan mereka penampan yang diperlukan untuk menghadapi sebarang kemungkinan pembiayaan.
Namun begitu, Kerajaan menyedari bahawa isi rumah berpendapatan rendah mudah terjejas apabila mengalami kejutan dan benar-benar memerlukan bantuan untuk meningkat kekuatan kewangan mereka. Kerajaan telah berjaya melakukan perkara ini dengan menambah baik program pemindahan wang Bantuan Sara Hidup (BSH), memperkenalkan skim insurans kesihatan awam percuma mySalam, dan menstabilkan harga runcit petrol RON95 dan diesel.
KENAIKAN MENGEJUT HARGA SIMEN SEDANG DISIASAT
Penstabilan harga minyak khususnya telah mengurangkan peningkatan kos sara hidup, terutamanya untuk golongan berpendapatan rendah, B40. Inflasi pada April 2019 adalah stabil dan rendah pada 0.2% hasil penstabilan harga runcit petrol RON95 dan diesel.
Kerajaan tekad memastikan harga barangan asas terkawal dan memandang berat peningkatan harga simen seperti yang dilaporkan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bawah pimpinan Datuk Seri Saifuddin Nasution telah mengeluarkan notis bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan kepada 19 pengeluar simen di seluruh negara untuk mendapatkan penjelasan sebab-sebab kenaikan tersebut. Lebih-lebih lagi, Kerajaan akan terus melaksanakan peranan sebagai pengawal selia yang berkesan untuk memastikan harga simen kekal berdaya saing dan tidak dinaikkan berdasarkan faktor-faktor monopoli.
KOS PEMBIAYAAN LEBIH MURAH
Tambahan lagi, keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM pada 7 Mei 2019 untuk memotong Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00% daripada 3.25% telah mengurangkan kos pinjaman. Pengurangan ini telah disalurkan sepenuhnya oleh bank-bank kepada para peminjam.
Kerajaan juga telah meminta BNM untuk mengingatkan semua bank agar tidak mengklasifikasikan pinjaman oleh perusahaan yang tidak menghadapi masalah membayar balik pinjaman, tetapi mahu menstruktur dan menjadualkan (R&R) semula pinjaman kepada tempoh yang panjang untuk menambah baik aliran tunai mereka, sebagai pinjaman tidak berbayar (NPL).
EKONOMI TERUS BERKEMBANG
Pada masa yang sama, perbelanjaan isi rumah Malaysia terus meningkat. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jualan runcit meningkat 6.3% kepada RM41.6 bilion pada April 2019, daripada RM39.1 bilion setahun lalu. Secara keseluruhan, jualan borong dan runcit pada April 2019 meningkat sebanyak 5.3% kepada RM105.1 bilion daripada RM99.8 bilion pada tahun lalu, dan memberikan petunjuk bahawa keyakinan pengguna pada tahap tinggi.
Ini bersama dengan perkembangan pengeluaran industri yang kukuh dan kadar pengangguran yang rendah, menggambarkan ekonomi yang terus berkembang. Pengeluaran industri untuk April 2019 telah berkembang sebanyak 4.0% tahun ke tahun (y-o-y), melebihi konsensus pasaran yang menjangkakan kadar 2.5% seperti dilaporkan oleh Bloomberg. Kadar pengangguran pada bulan April ialah 3.4% dan tidak berubah dari bulan sebelumnya. Data pengeluaran industri yang positif ini diutuhkan lagi oleh purata Indeks Pengurus Pembelian Nikkei (PMI) Malaysia untuk suku kedua 2019 yang lebih tinggi dari 3 suku terdahulu.
Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
19 Jun 2019
Media Release
MINISTRY OF FINANCE Malaysia
Banks Should Provide Greater Access To Financing With Household Debt To GDP Moderating To 83.0% In 2018 From 83.8% In 2017, While Retail Sale Increased By 6.3% In April 2019 Amid Higher Consumer Confidence In The First Quarter Of 2019
The financial health of Malaysian households is slowly recovering with household debt as a ratio to gross domestic product (GDP) having fallen to 83.0% in 2018 from 83.8% in 2017. As a result, consumers have more room to borrow for wealth accumulation purposes, either for saving schemes, or for non-speculative investments including acquisition of long-term assets.
Given the positive development, banks should provide greater access to financing to first-time home buyers, as well as to small and medium enterprises (SMEs) in order to grease economic growth. Household debt on average is sufficiently backed by assets. According to statistics from Bank Negara Malaysia (BNM), the level of household financial assets is 2.1 times household debt. This shows that households on average hold more assets than they hold debt, giving them the necessary buffer to face any financing contingencies.
Nevertheless, the Government recognises that lower income households are vulnerable to shocks, and do need assistance to increase their financial strength. The Government has successfully done so by improving its cash transfer programme Bantuan Sara Hidup (BSH), introducing the free public health insurance scheme mySalam, and stabilising RON95 petrol and diesel retail prices.
Investigating The Sudden Hike In Cement Prices
The stabilisation of fuel prices in particular has moderated the rise in living costs, especially for the lower income groups or the B40. Inflation in April 2019 was low and stable at 0.2% due to the stabilisation of RON95 petrol and diesel retail prices.
The Government is determined to keep prices of basic items in check and is concerned with the reported price hikes in cement prices. The Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs (KPDNHEP) under the leadership of Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail has issued notices under the Price Control and Anti-Profiteering Act to 19 cement producers throughout the country to explain the causes of the hikes. Furthermore, the Government will play its role as an effective regulator to ensure cement prices remain competitive and are not raised arbitrarily based on monopolistic factors.
Cheaper financing costs
Additionally, the decision of the Monetary Policy Committee (MPC) of BNM on 7 May 2019 decision to cut its Overnight Policy Rate by 25 basis points to 3.00% from 3.25% has lowered the cost of borrowing. The reduction has been transmitted fully by the banks to consumers.
The Government has also requested BNM to remind all banks that business borrowers who are not facing loan defaults, but wish to improve their cashflow by restructuring and rescheduling (R&R) their loans for a longer tenure, should not have such R&R loans classified as non-performing loans.
The economy is growing
Meanwhile, Malaysian households continue to spend more. According to the Department of Statistics Malaysia, retail sales rose 6.3% to RM41.6 billion in April 2019, from RM39.1 billion a year ago. The overall wholesale and retail trade sales in April 2019 increased by 5.3% to RM105.1 billion from RM99.8 billion a year ago, indicating high consumer confidence.
Together with strong industrial production expansion and a low unemployment rate, these suggest that the economy is expanding. Industrial production for April 2019 expanded 4.0% year-on-year, beating market consensus of 2.5% as compiled by Bloomberg. The unemployment rate for April was 3.4%, unchanged from the previous month. The positive industrial production data is augmented by the fact that the second quarter 2019 average for Nikkei’s Purchasing Managers’ Index (PMI) for Malaysia is higher than the previous 3 quarters.
Lim Guan Eng
Minister of Finance
Ministry of Finance Malaysia
Putrajaya
19 June 2019