Fri. Oct 9th, 2026

Mesyuarat Jawatankuasa DAP Pulau Pinang telah mengambil dua keputusan penting untuk memperkukuh parti dan menjaga kebajikan ahli:

1.  Sumbangan RM200,000 kepada Kelab Veteran DAP

Jawatankuasa DAP Pulau Pinang telah bersetuju dan membuat ketetapan untuk memberikan sumbangan sebanyak RM200,000 kepada Kelab Veteran DAP yang dipengerusikan oleh Sdr Lay Hock Peng.

Sumbangan ini bertujuan untuk menjaga kebajikan ahli-ahli veteran, khususnya mereka yang menghadapi penyakit serius seperti kanser. Parti amat menghargai jasa dan pengorbanan para veteran yang telah banyak menyumbang kepada perjuangan DAP selama ini.

2.  Penubuhan Taskforce Strategik DAP Pulau Pinang

DAP Pulau Pinang juga telah menubuhkan sebuah taskforce bagi merancang strategi dan melaksanakan program menyantuni rakyat.

Taskforce ini akan dipimpin oleh Sdr Joshua Woo, Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, dan akan berperanan memperkukuh gerak kerja parti, memobilisasi sokongan rakyat, serta memastikan perkhidmatan parti DAP diutamakan untuk manfaat rakyat.

DAP Pulau Pinang kekal komited untuk memperjuangkan keadilan sosial dan memperkasa rakyat di negeri ini.