SPRM perlu lebih telus dalam siasatan sektor perkhidmatan kesihatan yang terpalit dengan unsur rasuah: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke

Kenyataan media oleh Loke Siew Fook, Setiausaha Agung DAP, berkenaan pendedahan SPRM:

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki semalam yang mendedahkan bahawa terdapat beberapa kes pembelian dalam sektor perkhidmatan kesihatan ketika negara dilanda wabak Covid-19 yang terpalit dengar unsur rasuah.

Beliau turut mendedahkan bahawa SPRM telah membuka beberapa siasatan terhadap perolehan perkhidmatan perubatan, penyalahgunaan kuasa dalam mengagihkan bantuan-bantuan dan pakej ransangan.

Seluruh rakyat Malaysia seharusnya berasa amat kecewa dan marah dengan pendedahan kes rasuah ini dalam perbelanjaan kerajaan melawan Covid-19.

Apa sudah terjadi dengan nilai integriti dalam masyarakat kita sehingga ada orang yang sanggup mengambil kesempatan daripada satu malapetaka yang mengorbankan begitu banyak nyawa manusia dan mengancam kehidupan semua rakyat Malaysia?

Rakyat Malaysia tidak boleh mengambil sikap tidak endah kepada masalah rasuah yang begitu teruk dan mesti tegas menuntut tindakan tegas diambil terhadap perasuah-perasuah yang tidak berperikemanusiaan ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu lebih telus dalam kes ini dan memaklumkan kepada orang ramai lebih banyak maklumat seperti kementerian dan jabatan kerajaan mana yang terlibat, sama ada kes terbabit melibatkan peringkat Menteri atau Timbalan Menteri, nilai rasuah yang diselewengkan dan sebagainya.

Orang ramai berhak mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kes-kes rasuah tersebut tanpa menjejaskan proses siasatan SPRM.

Sekiranya identiti seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang sedang disiasat oleh SPRM boleh didedahkan secara terbuka, saya yakin SPRM boleh mengambil tindakan yang sama dalam kes rasuah yang melibatkan kepentingan orang ramai seperti ini.

Saya juga menyeru Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tampil memberi keterangan dan maklumat kepada PAC yang bertanggungjawab untuk memastikan setiap perbelanjaan kerajaan diurus dengan baik dan sempurna.

LOKE SIEW FOOK
SETIAUSAHA AGUNG DAP
25 MEI 2022


民主行动党秘书长陆兆福文告
2022年5月25日(星期三)于吉隆坡

《反贪会主席的揭露》

反贪污委员会主席阿占巴基昨天公开揭露,我国在抗疫期间所做的一些公共采购项目或严重涉贪。

同时,阿占也公布反贪污会已经针对医疗服务采购、援助品的分配发放以及经济振兴配套等各项目,立案调查。

政府在抗疫采购开销方面竟然被揭露或有贪污腐败,这肯定让所有马来西亚国民感到万分失望和生气。

在这场全民受苦、数万人丧命的灾难当中,竟然还有人混水摸鱼,贪赃枉法?到底我们的社会还守得住对“廉正”价值的坚持吗?

马来西亚人民绝不可对贪腐视若无睹,我们要坚决地施压,让这些没有良心的贪污犯受到最严厉的对付。

在这个事件上,反贪污会主席必须采取更公开透明的做法,将涉案的部门和相关机构公诸于世,也一并告知大家到底有无正副部长级人物卷入涉案、贪污金额的总数等关键资讯。

在不妨碍反贪污会查案的前提下,公众有权利获得更多的相关资讯。

既然反贪污会早前能公布受调查的一名高庭法官的确实身份,我相信也一样的可以在这个涉及公众利益的案子上采取相同的做法。

我也在此呼吁公共账务委员会(PAC)传召反贪会主委,为负责监督公共采购的公账会提供资料和进行质询。

陆兆福
民主行动党秘书长

Scroll to Top
Scroll to Top