SPRM perlu jelaskan kenapa tiada tindakan terhadap kes MP lompat parti: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 10.2.2022:

Azam Baki Tidak Bercakap Benar Mengenai Kes Ahli Parlimen Lompat Parti –  SPRM Perlu Beri Penjelasan Mengenai 5 Kes Yang Berlaku.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki tidak bercakap benar bahawa SPRM tidak dapat meneruskan siasatan ke atas ahli politik yang ditawarkan wang untuk bertukar parti kerana mereka tidak dapat membuktikan bahawa rasuah telah diberikan. Azam menegaskan bahawa SPRM tidak dapat mencari bukti yang konklusif bahawa rasuah telah berlaku.

Jika itu berlaku, jadi mengapa saya masih didakwa kerana rasuah walaupun tiada “wang rasuah” ditemui dalam simpanan saya dalam akaun bank peribadi saya atau secara tunai serta sebarang rakaman audio saya meminta wang. Tambahan pula, tidak perlu ada wang tunai sebagai suapan, kerana tawaran atau pelantikan jawatan dalam kerajaan atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) juga bersamaan dengan rasuah.

Mengapa Ahli Parlimen yang melompat dari pembangkang kepada kerajaan tidak didakwa sedangkan ia jelas untuk kepentingan jawatan kerajaan? Antara 5 kes di mana tiada tindakan diambil adalah:-

1.    Kenyataan jelas Ahli Parlimen Warisan Labuan Rozman Isli pada 14.10.21 bahawa beliau didakwa atas tuduhan rasuah yang dikaitkan dengan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) lima tahun lalu, kerana keengganannya untuk melompat dari Warisan kepada parti pemerintah, Bersatu. Sikap berdiam diri SPRM adalah satu kecelaan terhadap integriti dan kredibiliti mereka tentang peranan SPRM yang digunakan sebagai senjata politik terhadap Ahli Parlimen Pembangkang untuk mendorong mereka melompat menyokong kerajaan yang memerintah;

2.    Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah dirakam melalui audio, menawarkan jawatan dan kedudukan politik dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sebagai pertukaran untuk sokongan politik. Ahli Parlimen UMNO Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan bahawa beliau telah menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Petronas kerana ia bercanggah dengan perlembagaan. Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan juga telah menolak tawaran menjadi Pengerusi Tenaga Nasional Bhd;

3.    Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong, yang berpaling tadah daripada PKR untuk menyokong Muhyiddin, mengakui bahawa Muhyiddin menjanjikannya beliau jawatan rasmi yang akan memberikannya platform untuk membina semula ekonomi negara.  Adakah ini bukan satu bentuk sogokan untuk Steven Choong melompat?

4.    Siasatan Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar oleh SPRM menjadi senyap selepas Xavier berpaling tadah dan menyokong Muhyiddin, yang menurut bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak melibatkan wang berjumlah RM78.2 juta;  dan

5.    Lima Ahli Parlimen PKR telah menolak sogokan atau dikenakan ugutan supaya berpaling tadah dan menyokong Muhyiddin iaitu Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Sahari, M. Karupaiya (Padang Serai), S. Kesavan (Sg Siput), Michael Teo Yu Leong (Miri) dan Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail. Tiada tindakan terhadap mereka yang cuba menarik 5 Ahli Parlimen PKR untuk melompat parti.

SPRM perlu tampil dan memberi penjelasan mengapa masih tiada tindakan terhadap 5 kes ini. Kenyataan Azam yang kononnya tidak berdaya untuk bertindak adalah diragui akibat tipu helah melibatkan pegangan saham beliau, apabila Azam cuba menutup kekayaan sahamnya yang tidak dapat dijelaskan dan urus niaga yang melibatkan berjuta-juta saham bernilai jutaan ringgit, dengan berbohong bahawa adik beliau menggunakan akaun saham beliau secara proksi sedangkan Azam telah didedahkan sebagai pengendali tunggal akaun tersebut.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2022年2月10日在吉隆坡发表文告:

阿占巴基并未说出那些国会议员跳槽背后的真相——反贪会必须对这5宗案件交代清楚。

大马反贪会主席阿占巴基并未说实话,他声称,反贪会无法继续调查那些遭金钱献议跳槽的政治人物,因为很难证明贿金已经缴付。阿占坚称,反贪会无法找到行贿的确凿证据。

如果事情果真像他所说这样,那为何我的个人银行户头或现金中,即便没有发现任何贪污而来的不义之财,亦没有任何关于我跟别人索款的录音,但我仍然被指控贪腐?此外,行贿也未必一定要牵涉现金,提供或任命相关人士官职或是政府关联公司(GLC)里的高职,一样等同贿赂。

为什么那些从反对党跳槽到政府行列的国会议员,明明就是为了政府官职的利益,却没有被起诉?以下为未采取行动的5个案例:-

1.    民兴党纳闽国会议员罗兹曼在2021 年 10 月 14 日的文告中清楚声明,由于他拒绝从民兴党跳槽到执政党土团党,结果被指控在五年前担任纳闽港务局 (LPA) 副主席时涉及贪污。反贪会保持沉默,已经重挫了他们的清廉与诚信度,如今的他们已被当成政治武器,用以对付在野党国会议员,诱使后者跳槽支持政府;

2. 在一段录音中,前首相慕尤丁建议以政治职务和官联公司职位来换取政治支持。巫统话望生区国会议员东姑拉沙里拒绝了委任他成为国油顾问献议,因为他认为这项委任已经违宪。巫统署理主席莫哈末哈山则拒绝出任国能主席一职;

3.    地不佬区国会议员锺少云背叛公正党,倒戈支持慕尤丁。他坦承慕尤丁承诺给他一个职位和平台,让他帮助重建国家经济。这不正是促使他跳槽的诱因吗?

4.    在瓜拉冷岳区国会议员西维尔再也古马倒戈,转而支持慕尤丁后,反贪会旋即冷待西维尔的案件。前首相纳吉指出,有关案件涉及7820万令吉;以及

5.    5名公正党议员拒绝威胁利诱,以换取他们对慕尤丁的支持。这5名议员分别是必打丹国会议员阿旺胡赛尼、巴东色海国会议员卡鲁巴耶、和丰国会议员柯沙文、美里国会议员张有庆和士基央国会议员娜塔拉。反贪会并没有采取行动对付试图策动他们变节的人。

反贪会必须清楚交代,为何仍未对这5宗案件采取行动。 阿占主张无能为力,必是受到他的股票事件所波及,先前阿占试图掩盖一笔无法解释的股票财富和涉及价值数百万令吉的数百万股交易,而谎称其股票户头被弟弟代理交易,但最后却被揭穿是他自己在使用有关户头。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 10.2.2022:

Azam Baki Not Telling The Truth On Party-Hopping MPs –  MACC Must Come Clean On 5 Cases.

Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief Azam Baki was not telling the truth that MACC could not proceed with investigations on politicians that were offered money to switch sides because they could not prove that a bribe was paid. Azam insisted that MACC could not find conclusive evidence that a bribe was paid.

If that was the case, then why was I still charged for corruption even though no “corruption money” was found in my possession in my personal bank account or in cash nor any audio recording of my request for money. Further, there is no need for cash as bribery to be involved, the offering or appointment of government posts or positions in Government-Linked Corporations(GLC) is tantamount to bribery.

Why is it that politician MPs who jumped from the opposition to the government are not charged when it is obviously for the benefit of government posts? Amongst the 5 cases where no action is taken:-

1.    Warisan Labuan MP Rozman Isli’s unrebutted statement on 14.10.21 that he was charged for corruption linked to his time as Labuan Port Authority (LPA) deputy chairperson five years ago, because of his refusal to cross over from Warisan to the ruling party, Bersatu. MACC’s loud silence is a disturbing indictment on its integrity and credibility about its role as a political weapon against opposition MPs to induce them to jump to support the ruling government;

2.    Former Prime Minister Muhyiddin Yassin was recorded on audio, offering political posts and positions in Government Linked Corporation(GLC) in exchange for political support. UMNO Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah revealed that he rejected an offer to be Petronas Chairman because it was unconstitutional. UMNO Deputy President Mohamad Hasan rejected an offer to be Chairman of Tenaga Nasional Bhd;

3.    Tebrau MP Steven Choong, who defected from PKR to support Muhyiddin, admitted that Muhyiddin promised him an official position that would provide him with a platform to rebuild the nation’s economy. Is this not an inducement for Steven Choong to jump?

4.    Kuala Langat MP Dr Xavier Jayakumar’s investigation by MACC turned cold after Xavier defected and supported Muhyiddin, which former Prime Minister Najib Tun Razak said involved RM78.2 million; and

5.    Five PKR MPs rejected inducements or were subjected to intimidation to defect and support Muhyiddin namely Putatan MP Awang Husaini Sahari, M. Karupaiya (Padang Serai), S. Kesavan (Sg Siput), Michael Teo Yu Leong (Miri) and Sekijang MP Natrah Ismail. No action against those trying to trigger the defections of the 5 PKR MPs.

MACC must come clean and explain why there is still no action on these 5 cases. Azam’s protestations of helplessness to act is prejudiced by his shares shenanigans, when Azam tried to cover up his unexplained wealth of shares and transactions involving millions of shares valued at millions of ringgit, by lying that his brother used his shares account by proxy when Azam was exposed as the sole operator.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top