Seruan pembukaan ruang kerjasama dengan PN hanya pandangan peribadi MP Salahuddin Ayub: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke

KENYATAAN MEDIA:

1) Saya merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menyeru Pakatan Harapan (PH) membuka ruang kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

2) Kenyataan tersebut merupakan pandangan peribadi beliau dan ia tidak pernah diputuskan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.

3) DAP berpendirian bahawa isu kerjasama antara Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional dalam PRU15 tidak timbul kerana PN merupakan sebahagian daripada blok kerajaan hari ini. Konsep “khemah besar” yang dipersetujui dalam Resolusi Port Dickson merujuk kepada kerjasama dalam blok pembangkang.

4) Semua pihak dalam PH perlu menyedari bahawa adalah amat sukar kerjasama dengan PN dapat dijalin dengan latarbelakang sejarah hitam yang pernah kami lalui dengan parti-parti komponen dalam PN.

5) Saya menyeru semua pimpinan dalam PH supaya membincangkan sebarang pandangan berkenaan kerjasama politik dengan pihak lain dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dan bukannya melalui kenyataan terbuka untuk memastikan tidak ada kekeliruan di kalangan ahli dan penyokong kita.

6) Segala keputusan mengenai halatuju dan kerjasama di luar kerangka PH mesti diputuskan secara bersama oleh Majlis Presiden PH.

LOKE SIEW FOOK
SETIAUSAHA AGUNG DAP
22 April 2022


民主行动党秘书长陆兆福于2022年4月22日发表媒体文告:

1)我回应有关拿督斯里沙拉胡丁阿育建议希望联盟(PH)向国民联盟(PN)敞开合作大门。

2)上述言论属于拉胡丁阿育的个人意见,该言论不曾在希望联盟主席理事会议决。

3)民主行动党认为,希望联盟和国民联盟在第15届全国大选的合作议题并不存在,因为国民联盟属于现任政府集团。波德申宣言同意的“大帐篷”理念是指反对党集团的合作。

4)希望联盟的所有成员党必须理解,和国民联盟展开合作是非常困难的,因为我们与国民联盟成员党经历了黑暗的历史背景。

5)我呼吁所有希望联盟领袖,应在希望联盟主席理事会讨论任何有关和其他党展开政治合作的意见,而非公开发言,以免我们的党员和支持者感到混淆。

6)一切有关希望联盟框架以外的合作和方向,必然通过希望联盟主席理事会共同议决。

陆兆福
民主行动党秘书长
2022年4月22日

Scroll to Top
Scroll to Top