Serangan terhadap DAP menunjukkan PAS ketandusan idea: Ahli Parlimen Syerleena

Kenyataan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid di Pulau Pinang pada 3 Julai 2023:

Serangan terhadap DAP menunjukkan PAS ketandusan idea

Saya merujuk kepada laporan berita disiarkan semalam bertajuk “PAS desak DAP dihukum kerana mainkan sentimen 3R” yang memetik kenyataan Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin.

Khairil Nizam dilaporkan mendesak tindakan ke atas DAP selepas mendakwa parti ini memainkan sentimen 3R (agama, perkauman dan raja-raja) menjelang pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Seperti biasa, PAS terus memainkan naratif sumbang “Semua Salah DAP” mereka lebih-lebih lagi menjelang PRN akan datang.

Taktik lapuk seperti ini sudah pun boleh dijangka sekali gus mencerminkan realiti bahawa pihak di sebelah sana sudah ketandusan idea.

Untuk makluman Khairil Nizam, dasar perjuangan DAP jelas mendukung sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Dasar ini telah pun termaktub dalam satu dokumen penting DAP iaitu Deklarasi Shah Alam 2012 dengan kandungan seperti berikut:

i) Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.

ii) Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

iii) Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.

iv) Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan, serta menggalakkan penggunaan dan pengajian bahasa-bahasa ibunda lain untuk membentukkan masyarakat yang cemerlang dan berbilang bahasa.

Justeru, sudah terang lagi bersuluh bahawa landasan perjuangan DAP sentiasa selari dengan perkara-perkara yang disebut di atas.

Sebaliknya, apa yang membimbangkan kita adalah kenyataan-kenyataan yang keluar dari pemimpin-pemimpin PAS sendiri yang dilihat menyentuh sensitiviti masyarakat di negara ini.

Salah satunya, adalah kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa komuniti bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah golongan paling banyak terbabit rasuah.

Sebelum ini juga, heboh di media sosial Abdul Hadi terus mempertikaikan pelantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10. Berita Harian melaporkan, ini kerana beliau dikatakan menyindir keputusan pihak Istana Negara apabila mengaitkan pelantikan itu dengan masa kecederaan dalam perlawanan bola sepak.

Menggunakan analogi perlawanan bola sepak, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, cara pelantikan Anwar umpama memberikan masa tambahan bagi membolehkan Pakatan Harapan (PH) mengumpul lebih banyak Ahli Parlimen bagi menyokongnya.

Saya berharap isu-isu yang menyentuh sensitiviti masyarakat terutama membabitkan sentimen 3R tidak lagi dijadikan modal politik menjelang pilihan raya oleh mana-mana pihak sekali pun.

Perlu saya ingatkan bahawa sejarah manusia kita ini telah disulami dengan warna warni kepelbagaian budaya, etnik dan agama yang tidak terkira banyaknya. Kepelbagaian inilah yang membawa kepada kekayaan dan keindahan dunia kita.

Walau bagaimanapun, di sebalik kemajuan yang kita capai sebagai masyarakat global, ketaksuban agama (religious bigotry) terus membayangi kesedaran kolektif kita.

Justeru itu, adalah penting untuk menyedari kepentingan melindungi kepelbagaian ini dan menghapuskan ketaksuban agama, ke arah memupuk persefahaman, keamanan dan keharmonian dalam kalangan individu serta masyarakat.

Pergerakan ekstremis lazimnya menunjukkan kecenderungan untuk membelakangi hak asasi manusia dan kebebasan. Dengan mengenakan dogma tegar dan kepercayaan tidak bertoleransi, pergerakan ini menyekat kebebasan bersuara, beragama dan hati nurani. Mereka memudaratkan prinsip demokrasi, kesaksamaan, dan keadilan, memupuk persekitaran penuh ketakutan dan penindasan.

Bertindak mengeksploitasi perpecahan dan mengapi-apikan kebencian, golongan ekstremis memperdalam jurang sosial, membawa kepada peningkatan diskriminasi, prasangka dan peminggiran. Penghakisan perpaduan sosial ini melemahkan ikatan yang menyatukan komuniti, membantut kemajuan, dan menghalang usaha kolaboratif untuk menangani cabaran bersama.

Dalam kes yang ekstrem, ia juga boleh membawa kepada pecahan fabrik sosial dan kemunculan pergolakan masyarakat.

Sehubungan itu, saya mengajak rakyat tanpa mengira kaum, agama atau kedudukan geografi untuk bersama menghalang pergerakan ekstremis ini dan seterusnya memupuk persefahaman, keamanan dan keharmonian antara satu sama lain demi Malaysia yang lebih baik untuk generasi akan datang.

SYERLEENA ABDUL RASHID
AHLI PARLIMEN BUKIT BENDERA

Media Statement by the Member of Parliament for Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid in Penang, 3 July 2023:

Attacks show PAS is diverting attention and out of ideas

I refer to the news report titled “PAS urges punishment for DAP for playing the 3R sentiment” where PAS Information Chief, Khairil Nizam Khirudin reportedly urged action against DAP after accusing the party of exploiting the 3R sentiment (religion, racial, and royalty) ahead of the upcoming state election.

As usual, PAS continues to play their damaging narrative of “Everything is DAP’s fault,” especially in the run-up to the forthcoming state election.

Such outdated tactics are predictable and reflect the reality that the other side has run out of ideas. I would like to remind Khairil Nizam’s that DAP’s policy clearly supports a Parliamentary Democracy system and a Constitutional Monarchy – both enshrined in the 2012 Shah Alam Declaration, which contains the following content:

i) Defending the Parliamentary Democracy system and the Constitutional Monarchy with His Majesty the Yang di-Pertuan Agong as Head of State. DAP is committed to upholding the Malaysian Federal Constitution as the supreme law of the nation and to glorify it in the spirit of the 1957 Independence and the 1963 Malaysia Agreement.

ii) Preserving the special position of Malays and Bumiputera as well as the rights of other races, as stipulated in Article 153 of the Federal Constitution.

iii) Ensuring the position of Islam as the Federal religion and the freedom to practice other religions peacefully, as stipulated in Articles 3 and 11 of the Federal Constitution.

iv) Dignifying Bahasa Malaysia as the National Language as enshrined in Article 152 of the Federal Constitution, and encouraging the use and study of other mother tongues to form an excellent multilingual society.

Thus, it is clear that our vision and beliefs are always in line with the above matters.

Conversely, what worries us are the statements coming from PAS leaders themselves, which are seen as touching the sensitivity of the people in this country. Who can forget the statement made by PAS President, Tan Sri Abdul Hadi Awang, who claimed that non-Muslim and non-Bumiputera communities are the group most involved in corruption.

Previously, there was also a social media buzz about Abdul Hadi continuously questioning the appointment of Dato’ Seri Anwar Ibrahim as the 10th Prime Minister. Berita Harian reported that this was because he was allegedly mocking the decision of the Palace by linking the appointment to injury time in a football match.

Using a football match as an analogy, the Deputy Chairman of the National Perikatan (PN) said that the way Anwar was appointed was like giving extra time to allow the Pakatan Harapan (PH) to gather more Members of Parliament to support him.

Issues touching on the sensitivity of our diverse communities must stop. Using dangerous rhetoric involving race and religious sentiment is extremely damaging to nation building and can prevent much needed social reforms in our country.

Our human history has been adorned with the colourful diversity of cultures, ethnicities, and religions that are countless. This diversity brings about the richness and beauty of our world.

However, despite the progress we have achieved as a global society, religious bigotry continues to overshadow our collective awareness.

Therefore, it is essential to recognize the importance of protecting this diversity and eradicating religious bigotry, towards fostering understanding, peace, and harmony among individuals and communities.

Extremist movements typically show a tendency to disregard human rights and freedoms. By imposing rigid dogma and intolerant beliefs, these movements restrict freedom of speech, religion, and conscience. They harm democratic principles, fairness, and justice, fostering an environment full of fear and oppression.

Acting to exploit divisions and fuel hatred, extremists deepen social rifts, leading to increased discrimination, prejudice, and marginalization. This erosion of social unity weakens the bonds that unite communities, stunting progress, and hindering collaborative efforts to tackle shared challenges.

In extreme cases, it can also lead to a breakdown of social fabric and the emergence of societal turmoil.

In this regard, I invite Malaysians regardless of race and religion to unite in stopping this extremist movement and to foster understanding, peace, and harmony among each other for a better Malaysia for future generations.

SYERLEENA ABDUL RASHID
MP BUKIT BENDERA

Scroll to Top
Scroll to Top