Seramai 2,000 tetamu berbuka puasa bersama-sama Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Pulau Pinang di ‘Penang Street Iftar’

“‘Penang Street Iftar’ telah dianjurkan buat pertama kali oleh Pakatan Harapan Pulau Pinang dan bercadang untuk diteruskan pada setiap tahun yang akan datang bagi megimarahkan dan meraikan bulan ramadhan secara Muhibbah dan saling hormat menghormati terhadap satu sama lain,” kata Setiausaha Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Pulau Pinang Senator Sdri Lim Hui Ying.

Walaupun keadaan cuaca pada minggu ini agak membimbangkan namun cuaca pada hari kelmarin amat mengizinkan dan mengundang lebih kurang 2,000 orang tetamu untuk berbuka puasa di Majlis Penang Street Iftar serta pengedaran makanan sebanyak 500 bungkus kepada gelandangan di kawasan tersebut.

Tetamu-tetamu yang hadir juga dapat berbuka puasa dengan keadaan penuh selesa dan sempat lagi untuk beramah mesra serta bergambar bersama para pemimpin dari Parti Pakatan Harapan.

Majlis ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh Pakatan Harapan Pulau Pinang bagi merapatkan silaturrahim di kalangan semua bangsa dan agama, serta ia merupakan salah satu cara bagi setiap masyarakat yang bukan islam untuk turut merasai suasana berbuka puasa di bulan yang mulia ini.

Senator Sdri Lim Hui Ying juga menyatakan bahawa beliau berharap agar Majlis Street Iftar sebegini dapat dianjurkan pada tahun-tahun yang akan datang.

Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Pulau Pinang serta Ketua Menteri Pulau Pinang Sdr Chow Kon Yeow turut menyeru rakyat supaya terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan sedia ada bagi melaksanakan mandat yang diberikan.

“Diharapkan dengan kemajuan negeri yang gemilang ini, ia akan melahirkan sokongan yang tidak berbelah bahagi dan seterusnya membantu Kerajaan Negeri mencapai Visi Penang2030: A Family-focused Green and Smart State that Inspires the Nation,” ulas ADUN Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Tanjong itu.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi 1 Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Pulau Pinang serta Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Sdr Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Timbalan Pengerusi 2 Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Pulau Pinang serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sdr Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Sdr Dato Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul Rahman.

Pakatan Harapan Pulau Pinang telah menunjukkan satu contoh yang harus dijadikan tauladan dimana mereka menegaskan dan menasihati sekiranya mahu dihormati rakyat dan pihak parti lawan, maka kita harus mengamalkan amalan hidup saling bermuafakat dan tidak berpecah-belah bak kata pepatah ‘sikap serumpun bak serai, sesusun bak sirih’.

Terima kasih kepada Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Pulau Pinang, Ahli-Ahli Parlimen, ADUN-ADUN & NGO yang telah hadir pada hari kelmarin bagi memeriahkan lagi suasana Penang Street Iftar 2019 anjuran Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Kita jumpa lagi tahun hadapan!

Muhammad Shahrizul Muiz (Zul)
Pegawai Khas
KADUN Seri Delima


Pautan video dari Buletin Mutiara: https://www.facebook.com/buletinmutiara/videos/1068862533303680/

Scroll to Top