Senator Hui Ying sokong keputusan mahkamah tolak usul cabar keabsahan sekolah vernakular

KENYATAAN MEDIA DARIPADA SENATOR LIM HUI YING, 12 NOVEMBER 2019:

SOKONG KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN YANG MENOLAK SATU USUL UNTUK MENCABAR KEABSAHAN SEKOLAH VERNAKULAR

Saya menyokong keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak satu usul untuk mencabar keabsahan sekolah vernakular sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz (Plaintiff) telah memfailkan notis usul untuk mencabar kewujudan sekolah vernakular yang menurutnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan pada hari ini telah menolak permohonan untuk memberi kebenaran kepada peguam yang memohon pengisytiharan bahawa pindaan kepada Akta Pendidikan 1996 yang membolehkan kewujudan berterusan sekolah-sekolah vernakular adalah tidak berperlembagaan.

Sekolah-sekolah Vernakular telah ditubuhkan di negara Malaysia sejak bertahun-tahun yang lepas lagi namun tindakan Mohd Khairul Azam dalam memfailkan notis usul untuk mencabar kewujudan sekolah vernakular pada masa kini kelihatan sangat pelik dan mengundang tanda soal kepada orang ramai.

Sekiranya perkara tersebut adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, tindakan sepatutnya diambil semasa pemerintahan BN yang menjangkau enam dekad.

Kenapa beliau perlu menunggu sehingga kini untuk mengambil tindakan, iaitu hanya setahun selepas pentadbiran Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan?

Jawapannya adalah mudah. Perkara ini telah menjadi kebiasaan pihak pembangkang dan bukanlah sesuatu yang baru bagi sesetengah pihak untuk memansuhkan sekolah-sekolah vernakular yang telah ditubuhkan bertahun-tahun lalu semata-matanya untuk memenuhi agenda politik mereka.

Sekolah vernakular tidak akan menjadi satu ancaman kepada perpaduan kerana sekolah-sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum.

Sejumlah 3,552 pelajar dari pelbagai kaum yang kini menuntut di sekolah jenis kebangsaan di Pulau Pinang dan ini membuktikan bahawa sekolah-sekolah vernakular merupakan suatu platform untuk membangunkan semangat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum

Saya juga ingin menyatakan rasa kesal kepada mereka yang sering kali mempolitikkan sekolah vernakular dengan memainkan isu perkauman.

Saya ingin menyeru agar pihak pembangkang untuk menghentikan agenda jahat ini untuk mengambil kesempatan mempolitikkan hal pendidikan di negara ini kerana ini anak-anak dan generasi muda kita tidak seharusnya didedahkan dengan agenda yang bersifat perkauman ini.

Keharmonian kaum dan kepelbagaian budaya ini merupakan warisan paling berharga dan aset yang besar bagi Malaysia. Kita harus terus memupuk dan meraikannya secara harmoni.

LIM HUI YING


马来西亚上议员林慧英于20191112发表的文告:

支持联邦法院驳回挑战多源流学校合法性的司法检讨申请

我支持联邦法院驳回挑战多源流学校即华淡小合法性的司法检讨申请。

莫哈末凯鲁阿占日前入禀联邦法院,挑战华淡小地位违反联邦宪法。

无论如何,联邦法院拒绝发出准令予土著权威党副主席莫哈末凯鲁阿占欲挑战1996年教育法令下容许多源流学校,是否违反宪法的司法检讨申请。

多源流学校已经存在多年,莫哈末凯鲁阿占如今欲挑战华淡小合法性的申请显得非常突兀及难免引起大家心中的疑问。如果此事真的违反联邦宪法,那么国阵在位60年期间为何没有采取行动?为何莫哈末凯鲁阿占要等到希盟执政一年之后才突然想到要采取行动?

答案是显而易见的。这已经是反对党惯用的招数,利用废除多源流学校的课题来实现其种族政治议程。

多源流学校欢迎各族学生就读,并不会对国民团结构成威胁。在槟州,一共有3552名来自各族的学生在国民型小学就读,这也显示多源流学校在多元的马来西亚提供了促进团结的平台。

对于他们时常利用多源流学校来挑起种族课题这件事,我表示相当遗憾。

我想借此敦促反对党停止这种恶意的政治议程,勿政治化国内的教育课题。我们的孩子及下一代不需要这种种族主义政治及议程。

各族间的和谐及多元文化是我国最宝贵的资产,我们应该引以为傲,继续捍卫及保护它。

林慧英

Scroll to Top
Scroll to Top