Kenyataan Media oleh Senator Lim Hui Ying, Ahli Dewan Negara mengenai Keganasan Berasaskan Jantina yang Mengancam Dua Wakil Rakyat:
Saya mengutuk tindakan keganasan siber terhadap dua rakan pemimpin wanita iaitu YB Jamaliah Jamaluddin (ADUN Bandar Utama) dan YB Lim Yi Wei (ADUN Kampung Tunku).
Ancaman berbaur seksis dan perkauman yang turut diserta dengan ugutan rogol dan pembunuhan adalah sangat serius dan mengejutkan. Gangguan seksual dalam talian makin meningkat saban hari dan kini dua wanita yang menjawat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri telah menjadi sasaran terbaru.
Keganasan Berasaskan Gender atau lebih dikenali sebagai GBV (Gender-Based Violence) boleh menjejaskan kehidupan seseorang mangsa. Keganasan berasaskan gender juga merupakan pelanggaran hak asasi manusia dan suatu bentuk diskriminasi. Semua tindakan kekerasan berdasarkan gender mampu mengakibatkan ancaman dari segi fizikal, seksual dan psikologi. Keganasan sebegini tidak hanya berlaku kepada golongan wanita sahaja, malah golongan lelaki juga.
Menurut ‘All Women’s Acion Society (AWAM)”, 18.5% daripada semua kes yang dilaporkan melalui talian bantuan mereka terdiri daripada kes gangguan seksual. Manakala gangguan seksual dalam talian (siber) pula telah mencecah sebanyak 41.7%.
Keparahan gangguan seksual dalam talian tidak harus dipandang secara remeh – kes Thivya Nayagi baru-baru ini yang mengalami gangguan seksual dalam talian menyebabkan dia membunuh diri. Kes sebegini juga harus diambil sebagai iktibar betapa parahnya isu keganasan gender ini. Insiden seperti ini menunjukkan jurang dalam dasar dan undang-undang yang jelas tidak berupaya untuk menangani kekerasan berasaskan gender dalam talian.
Oleh itu, saya mendesak agar Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan sewajarnya supaya perkara sebegini tidak berulang. Aktivis pula disarankan untuk memperbanyakkan lagi kempen-kempen kesedaran mengenai keganasan siber kepada pengguna media sosial.
Saya juga memohon Kerajaan untuk menggubal undang-undang ‘anti-stalking’ dan menyediakan suatu mekanisme yang lebih baik bagi melindungi mangsa GBV. Insiden-insiden yang berlaku mutakhir ini seharusnya menjadi isyarat kepada Kerajaan untuk menggunakan kaedah baharu untuk menguruskan platform media sosial dengan lebih baik agar dapat menangani penularan maklumat salah serta membanteras buli siber dan GBV dalam talian.
Kerajaan juga harus memain peranan dalam mencegah budaya membuli, gangguan dalam talian serta ugutan membunuh dan rogol dengan lebih tegas. Kerajaan juga harus meningkatkan interaksi di antara agensi-agensi serta kementerian yang berkepentingan dalam menangani dan membendung kitaran kebencian yang melibatkan buli siber dan keganasan berasaskan gender.
LIM HUI YING
林慧英上议员关于两名议员遭遇性别暴力的媒体声明:
我强力谴责针对甘榜东姑州议员林怡威及万达镇州议员嘉玛丽亚这两名女性议员的网路暴力。
带有性别歧视及浓厚种族主义的强奸和死亡恐吓是非常严重和令人震惊的。 网路性骚扰的案件不仅有增加的趋势,而如今更有两名女性议员惨遭毒手。
性别暴力会影响一个人的生活。 性别暴力也是对于人权构成侵犯和歧视。 所有基于性别的暴力行为都足以造成身体,性别和心理上的威胁。 这种暴力行为不仅发生在女性身上,也曾发生在男性身上。
根据妇女行动组织(AWAM)表示在其接获的投诉统计中,性骚扰案件便占了18.5%,而当中的41.7%为网路性骚扰。
网路性骚扰的严重性不容小觑,最近发生的Thivya Nayagi事件便是因为网性骚扰导致受害者自杀。 这起事件也显示了性别暴力问题的严重性。诸如此类的事件表明,政策及法律上的空洞显然无法解决我们面对的网路性别暴力。
因此,我敦促大马通信及多媒体委员会采取适当的行动,以防止这种情况再次发生。 我同时也鼓励社运人士多举办网路性别暴力的醒觉运动。
我也要促请政府制定“反骚扰法”,并提供更好的机制来保护性别暴力的受害者。 政府必须以最近所发生的案件作为考量,并采取更有效的方法来管理社交媒体平台,以解决假消息传播与网络欺凌和网路性暴力的问题。
在防止欺凌、网路性骚扰和更多死亡及强暴威胁的工作上,政府有必要扮演更重要的角色及认真的态度看待,并给予相关的机构及部门全力配合,以解决并遏制日趋严重的网络霸凌和性别暴力。
林慧英