Senator Hui Ying cabar Menteri Pengangkutan bahas isu feri Pulau Pinang di Dewan Negara

Kenyataan Media YB Senator Lim Hui Ying (Pulau Pinang | 31 Disember 2020):

Saya cabar Wee Ka Siong untuk berbahas di Dewan Negara tentang isu perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik berusia 126 tahun

Saya tidak faham kenapa Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berusaha bersungguh-sungguh untuk menguburkan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang sehingga berkali-kali memutarbelitkan kenyataan pemimpin DAP termasuk ucapan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan saya kononnya pendirian saya adalah berbeza dengan Sdr. Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dalam isu mengekalkan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang.

Selepas saya menyangkal kiriman laman Facebook beliau pada 27 Disember 2020, Wee Ka Siong seolah-olah terdesak untuk memutarbelitkan ucapan saya dengan sekali lagi memuat naik rakaman video ucapan perbahasan saya di Dewan Negara pada 17 Disember 2020.

Pendirian saya, sama ada dalam ucapan perbahasan Dewan Negara saya pada 17 Disember 2020 atau kenyataan media saya yang bertarikh 28 Disember 2020 berkaitan fitnah Wee Ka Siong dalam isu ini tetap tidak berubah, iaitu, kekalkan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik.

Pendirian ini juga merupakan hasrat Rakyat Pulau Pinang. Rata-rata Rakyat Pulau Pinang berasa hampa dan kesal dengan tindakan Kerajaan Perikatan Nasional dan MCA yang bersungguh-sungguh hendak menguburkan perkhidmatan feri yang menjadi lambang dan simbol kepada Pulau Pinang.

Sebagai seorang Senator Pulau Pinang, saya di sini mencabar Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong untuk berbahas isu perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik berusia 126 tahun di Dewan Negara.

Isu yang melibatkan warisan budaya dan sejarah berusia lebih satu abad dan mempunyai kepentingan terhadap masyarakat, budaya dan ekonomi negeri Pulau Pinang lebih daripada layak mendapat perhatian Parlimen.

Wee Ka Siong sebagai Menteri Pengangkutan usah berselindung di sebalik akaun Facebook dan patut berdepan dengan rakyat Pulau Pinang dan Malaysia kerana tindakannya memusnahkan warisan negeri dan negara kita yang tidak ternilai.

Sekiranya hari ini Perikatan Nasional menamatkan perkhidmatan feri ikonik Rakyat Pulau Pinang, jangan salahkan Rakyat Pulau Pinang sekiranya Rakyat menamatkan riwayat PN dan MCA di Pulau Pinang menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Lim Hui Ying


上议员林慧英媒体文告 (槟城, 2020年12月30日):

我挑战魏家祥在国会上议院辩论拥有126年历史的槟州渡轮课题

我对于交通部长魏家祥出尽”洪荒之力”不惜多次扭曲民主行动党领袖的言论来让槟州渡轮消失于历史的动机感到费解。魏家祥多次扭曲言论,包括滥用我在国会上议院财政预算案辩论来断定我与民主行动党秘书长林冠英同志对于捍卫槟州渡轮的立场是不一致的。

在我于2020年12月27日针对魏家祥第一次在脸书贴文的扭曲做出回应后,他再次试图扭曲我的言论,并上载了我于2020年12月17日在上议院的辩论视频。

我对于捍卫槟州渡轮的立场,无论是在2020年12月17日在上议院的辩论或者是我于2020年12月28日所发表的文告始终如一,那就是必须保存富有历史价值的槟州渡轮服务。

这个立场也是广大槟州人民的意愿。槟州人民对于国盟联邦政府及马华公会如此积极要消灭象征着槟州的渡轮服务感到非常失望及遗憾。

作为代表槟州的国会上议员,我要挑战作为交通部长的魏家祥在国会上议院针对此课题进行辩论。

这个牵涉超过一个世纪的历史古迹拥有许多对槟州社会、文化及经济的课题应当获得国会的重视。

作为交通部长的魏家祥不应该躲在其脸书帐号后,而应该为其毁灭槟州及马来西亚独特历史文化的行为而坦然面对槟州及马来西亚人民。

今日国盟政府以如此卑鄙的政治手段终结槟州渡轮服务,来日在全国大选时请别怪罪槟州人民再次让国盟及马华葬送于槟州。

林慧英

Scroll to Top
Scroll to Top