Selamat Ulang Tahun – Kemenangan PH dalam PRU-14

Kenyataan Ulang Tahun Pertama Kerajaan Pakatan Harapan oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, di Kuala Lumpur pada 9 Mei 2019

Transformasi Malaysia Daripada Sebuah Kleptokrasi Kepada Sebuah Negara Bersih yang Berkongsi Kemakmuran Bersama Rakyat; Pembayaran RM37 Bilion untuk Bayaran-balik GST dan Cukai Pendapatan; Pengurangan Harga RON95 daripada RM2.20 kepada RM2.08 Seliter; Penjimatan Kos RM24.65 Bilion Bagi Ratusan Projek Kerajaan Termasuk LRT3 dan MRT2; dan Penyelamatan FELDA dan Tabung Haji dengan Kos RM24 Bilion Adalah Antara Pencapaian Utama Pada Ulang Tahun Pertama Ini

DAP mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana telah menjadikan 9 Mei 2018 sebagai sebuah tarikh bersejarah dengan mengubah kerajaan untuk kali pertama dalam 61 tahun bagi mewujudkan Malaysia Baharu. Dari perspektif Kementerian Kewangan, antara pencapaian utama ulang tahun pertama termasuklah transformasi Malaysia daripada sebuah kleptokrasi kepada sebuah negara bersih yang berkongsi kemakmuran bersama rakyat; membayar RM37 bilion untuk bayaran-balik GST dan cukai pendapatan; pengurangan RON95 daripada RM2.20 kepada RM2.08 seliter; penjimatan RM24.65 billion daripada pengurangan kos ratusan projek kerajaan termasuk LRT3 dan MRT2; dan juga penyelamatan FELDA dan Tabung Haji yang menelan belanja RM24 bilion.

Reformasi institusi, pelaksanaan sistem tender terbuka dan pendirian anti-rasuah yang kukuh telah berjaya mengubah reputasi Malaysia daripada sebuah “kleptokrasi global terparah” kepada sebuah negara bersih yang kita dibanggakan. Penjimatan daripada usaha membanteras rasuah akan segera dikongsikan dengan rakyat Malaysia. Pengurangan harga RON95 daripada RM2.20 seliter kepada RM2.08 seliter membuktikan bahawa kerajaan PH memegang kepada janjinya untuk mengurangkan harga petrol. Dasar penstabilan harga petrol ini memerlukan kerajaan PH berbelanja RM2 bilion sebagai subsidi petrol tambahan.

Rasionalisasi kos ke atas ratusan projek kerajaan yang dipersetujui oleh pentadbiran terdahulu telah memberikan penjimatan RM24.65 bilion tanpa memberi kesan besar terhadap skop kerja dan kualiti kerja yang dilakukan, dan akan memanfaatkan rakyat sepanjang tempoh 10 tahun. Ini adalah sebelum mengambil kira penjimatan RM21.5 bilion yang diperoleh apabila kos projek East Coast Rail Link (ECRL) dikurangkan daripada RM65.6 bilion kepada RM44 bilion. Kejayaan ini menunjukkan bahawa perubahan kerajaan telah membenarkan rakyat Malaysia berjimat sebanyak RM46.15 bilion dalam kos pembinaan dengan begitu sahaja.

Penjimatan RM46.15 bilion ini tidak termasuk pembatalan projek yang tujuannya diragui seperti projek saluran paip pelbagai-produk dan gas bernilai RM9.4 bilion, di mana 88% daripada kos projek atau RM8.3 bilion telah dibayar walaupun hanya 13% kerja telah dilaksanakan. Lebih parah lagi, 13% kerja yang dikatakan siap tersebut masih tidak dapat disahkan dan tidak dapat dikesan.

Pembayaran balik tunggakan GST dan cukai pendapatan sebanyak RM37 bilion yang telah digunakan oleh kerajaan terdahulu tanpa kebenaran hampir 1.65 juta pembayar cukai pendapatan dan 121,000 pembayar GST sedang berlangsung dan ia akan dibayar sepenuhnya pada Oktober tahun ini. Kerajaan juga telah memperoleh dana sebanyak RM24 bilion untuk menyelamatkan Tabung Haji dan FELDA yang sebelum ini mengalami kerugian besar akibat salah urus kewangan dan penipuan secara terang-terangan.

PH menghadapi cabaran daripada pelampau kaum dan agama yang ingin memecah-belahkan negara kita dan mengganggu keharmonian agama dengan mengadu domba antara rakyat Malaysia, agar mereka dapat kekal relevan. Misalnya, Tabung Haji telah dijadikan sebuah isu perkauman oleh kumpulan tertentu dengan menyalahkan DAP, sambil melepaskan pihak yang merosakkan institusi tersebut meskipun DAP yang membantu mendapatkan RM17.8 bilion dana untuk menyelamatkan Tabung Haji. Begitu juga dengan peruntukan untuk sekolah jenis Cina dan Tamil yang telah dijadikan isu perkauman terhadap DAP oleh kumpulan yang sama yang melupakan fakta bahawa peruntukan untuk sekolah-sekolah agama telah meningkat.

Pemulangan semula dana 1MDB berjumlah hampir RM1.5 bilion daripada Amerika Syarikat dan Singapura, yang akan membantu pembayaran balik hutang 1MDB sebanyak hampir RM51 bilion, adalah sebuah bukti jelas bahawa skandal 1MDB ini wujud, dan bukannya suatu fitnah seperti dakwaan parti-parti pembangkang. Jujur saya nyatakan, saya sudah cukup bosan dan letih dengan isu 1MDB yang memakan begitu banyak masa dan perhatian saya. Moga-moga kita akan dapat menumpukan lebih perhatian kepada rakyat Malaysia biasa bermula dari sekarang, dan bukannya kepada projek-projek mega atau skandal kewangan yang lalu.

Fokus utama kita ialah untuk mencipta peluang pekerjaan, membantu perniagaan tingkatkan pertumbuhan ekonomi ke arah mewujudkan negara keusahawanan. Walaupun PH telah berjaya mengurangkan kadar inflasi secara signifikan daripada 3% pada 2017 ke hanya 1% pada 2018, kos sara hidup belum turun seiringan dengan kadar inflasi.

PH komited untuk menjalankan lebih banyak projek kecil untuk rakyat biasa, dan ini berbeza daripada ketaasuban pentadbiran terdahulu terhadap projek mega yang hanya menguntungkan kroni-kroni mereka.

SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA MALAYSIA BAHARU!

Lim Guan Eng


民主行动党秘书长兼峇眼国会议员于2019年5月9日在吉隆坡发表的希盟执政一周年文告

希盟将马来西亚从盗贼政治泥沼中革新为廉洁及与民同享福祉的国家:我们退还了370亿令吉GST消费税及所得税的退税;我们将RON95汽油顶价从每公升2令吉20仙降低至每公升2令吉08仙;我们重新审阅政府数以百计的计划,包括轻快铁LRT3及捷运MRT2,成功节省了246亿5000万令吉。及240亿令吉的联土局及朝圣基金拯救计划。这都是执政一周年所带来的成就。

民主行动党仅此要祝贺马来西亚人民在2018年5月9日成功创造历史首度换掉执政长达61年的政府,让新马来西亚成为事实。以财政部的观点而言,一周年所带来的成就包括将马来西亚从欺世盗国的政治泥沼中革新为廉洁及与民同享福祉的国家:我们退还了370亿令吉GST消费税及所得税的退税;我们将RON95汽油顶价从每公升2令吉20仙降低至每公升2令吉08仙;我们重新审阅政府数以百计的计划,包括轻快铁LRT3及捷运MRT2,成功节省了246亿5000万令吉。及240亿令吉的联土局及朝圣基金拯救计划。

政府站稳立场制度化改革、公开招标及强力反贪已经成功为马来西亚洗脱“全球最恶劣盗贼政治”的污名,成为一个马来西亚人民自豪的廉洁国家。政府将反贪所省下来的钱马上与国民同享。政府将RON95顶价从2令吉20仙降至2令吉08仙,这证明希盟政府兑现降低油价的承诺。上述这项降低油价的决定,希盟政府必须额外承担20亿令吉的汽油津贴。

新政府将前朝数以百计的计划重新审阅,在不影响工程规模及施工品质之下,降低原本造价开销过高的计划,让开销合理化,成功省下246亿5000万令吉,让这些计划在未来10年能真正造福大马人。上述省下的巨额尚不包括东铁计划所省下的215亿令吉,最终我们成功将东铁计划从655亿的造价降低至440亿令吉。换政府后,马来西亚人就这样轻易省下了461亿5000万令吉的工程费用。

上述的工程节省还不包括取消掉前朝超不合理,高达94亿令吉的多产品天然气管计划。这项计划工程进度只进行13%,但却已经缴付了88%或83亿令吉的费用。更糟糕的是根本找不到这项计划所谓13%建峻的工程工地位置所在。

前朝政府扣押原本应该交还给民众的退税,且在未经165万名所得税纳税人和12万1000名消费税纳税人的同意下,擅自挪用相关款项。有关所得税和消费税的退税达370亿令吉,目前已经陆陆续续退回给民众,今年10月将会全部退完。同样的,政府亦有能力为朝圣基金局(TH)和联邦土地发展局提供240亿令吉的资金,以拯救这两个因欺诈行为和财务管理不善而蒙受巨大损失的机关。

希望联盟将面临来自种族主义者和宗教极端分子的挑战,这两者无所不用其极地制造对立,以便分裂我们的国家,摧毁宗教和谐。举例来说,朝圣基金局的事件已被种族化,矛头不是指向那些欺骗朝圣基金局的人,反而是为朝圣基金局提供178亿令吉救助资金的民主行动党。同样的,拨款给华校和淡小也被有心人种族化,他们指责民主行动党的同时,却只字不提增加对宗教学校资助的事实。

新加坡和美国最近汇回近15亿令吉的1MDB款项予我国,我们将用以偿还1MDB 510亿令吉的贷款,这已清楚地表明1MDB丑闻实实在在地出现过,并非反对党口中所说的谎言。坦白而言,我很不喜欢花费大量的时间与精力来收拾1MDB的残局。希望从现在开始,我们可以花更多的时间精力专注于老百姓身上,而不是大型项目或过去的财务丑闻。

我们主要聚焦于创造新的工作机会,以帮助企业驱动经济增长,迈向企业型国家发展,并降低生活成本。尽管希望联盟已经成功地将通货膨胀率从2017年的3%大幅降低到2018年的1%,惟生活成本并没有随通货膨胀率而下降。

希望联盟承诺,未来将继续为马来西亚的普罗百姓进行更多小而美的惠民计划,我们不像前朝政府,只沉溺于种种照顾朋党的大型计划。

新马来西亚诞生一周年纪念快乐!

林冠英


Pakatan Harapan Government’s 1st Anniversary Statement By DAP Secretary-General And MP for Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 9th May 2019

Transforming Kleptocratic Malaysia Into A Clean Nation And Sharing The Benefits With The People; Paying RM37 Billion In GST And Income Tax Refunds; Reducing RON 95 From RM2.20 To RM2.08 Per Liter; RM24.65 Billon Savings From Cost Reductions In Hundreds Of Government Projects Including LRT3 And MRT2; and RM24 Billion  Rescue Of FELDA And Tabung Haji Amongst Major 1st Anniversary Achievements

DAP congratulates the people of Malaysia for making 9th May 2018 a historic change of government for the first time in 61 years, making possible a New Malaysia. From a Finance Ministry perspective, amongst the major 1st anniversary achievements includes, transforming kleptocratic Malaysia into a clean nation and sharing the benefits with the people; paying RM37 billion in GST and income tax refunds; reducing RON 95 from RM2.20 to RM2.08 per liter; RM24.65 billion savings from cost reductions in hundreds of government projects including LRT3 and MRT2; as well as RM24 billion rescue of FELDA and Tabung Haji.

Institutional reforms, open tender and a strong anti-corruption stance has helped to transform a “global kleptocracy at its worst”, into a clean nation that Malaysians can be proud of. Savings from fighting corruption are immediately shared with the nation. The reduction of RON 95 from RM2.20 per liter to RM2.08 proves that the PH government keeps its promises of reducing petrol prices. Such reduction has caused the
PH government to fork out an extra RM2 billion in additional petrol subsidies.

The cost rationalisation of hundreds of government projects, entered into by the previous government, saved RM24.65 billion without significantly affecting the scope of the works and quality of work done, and will benefit Malaysians over 10 years. This does not include the RM 21.5 billion savings from the East Coast Rail Link(ECRL) project from RM65.5 billion to RM44 billion. Just like that, changing the government allowed Malaysians to save a total of RM46.15 billion in construction costs.

This is apart from the cancellation of shady projects such as the RM9.4 billion multi-product and gas pipeline project, where 88% of the project cost or RM8.3 billion has been paid, even though only 13% of the work was completed. Worse still, the 13% of the work supposedly completed remains unverified and cannot be located.

The payment of GST and income tax refunds of RM37 billion that was held back and used by the previous government without the permission of nearly 1.65 million income tax and 121,000 GST taxpayers, is continuing and will be fully paid up in October this year.  Similarly, the government was able to source funding of RM24 billion for Tabung Haji (TH) and FELDA, to rescue these two institutions that suffered huge losses as a result of gross cheating and financial mismanagement.

PH will face challenges from racist and religious extremists who want to divide the nation and disrupt religious harmony by pitting Malaysians against Malaysians to stay relevant. For instance, TH has been racialised not against those who cheated TH, but by blaming DAP, even though DAP helped to source RM17.8 billion in rescue funds for TH. Similarly, funding for Chinese and Tamil schools is racialised against the DAP with no mention of the increased funding for religious schools.

The repatriation of some of the 1MDB funds amounting to nearly RM1.5 billion from both the United States and Singapore, to help pay back the RM 51 billion in 1MDB loans, is clear evidence that the 1MDB scandal exists, and is not a lie as claimed by opposition parties. Frankly speaking, I am sick and tired of having to spend so much of my time to deal with the 1MDB fiasco. Hopefully, from now on we can spend more time to focus on ordinary Malaysians, and not so much on mega projects or past financial scandals.

Principal focus would be on job creation, helping businesses to drive economy growth towards an entrepreneurial state and reducing the cost of living. Even though PH has succeeded in reducing the inflation rate significantly from 3% in 2017 to only 1% in 2018, cost of living has not gone down in tandem with the inflation rate.

PH is committed to doing more smaller projects for ordinary Malaysians unlike the previous government’s obsession with mega projects benefiting their cronies.

HAPPY 1ST ANNIVERSARY NEW MALAYSIA!

Lim Guan Eng