KENYATAAN MEDIA
Isu bekalan ayam terputus yang berlaku beberapa hari ini di seluruh negara tidak seharusnya berlaku dan kegagalan kerajaan menangani isu ini tidak boleh diterima sama sekali.
Kekurangan bekalan ayam dipercayai berpunca daripada pengeluaran yang berkurangan daripada penternak disebabkan tekanan kos dedak ayam yang terlalu tinggi.
Memandangkan ayam merupakan sumber makanan utama kepada semua lapisan masyarakat di kalangan rakyat Malaysia, kerajaan perlu bertindak segera untuk memastikan bekalan ayam di pasaran sentiasa mencukupi dengan menyelesaikan masalah tekanan kos di kalangan penternak dengan segera.
DAP berpendirian bahawa dasar menetapkan harga siling untuk ayam sebagai barang kawalan perlu diteruskan memandangkan masalah kos sara hidup yang semakin tinggi merupakan tekanan hidup yang paling besar untuk kebanyakan rakyat Malaysia.
Namun, pada masa yang sama, kerajaan juga perlu memastikan penternak dan seluruh rantaian bekalan ayam tidak mengalami kerugian dengan melaksanakan bantuan subsidi yang mencukupi dan mampu menampung kenaikan kos yang luar biasa.
Walaupun Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah menyediakan peruntukan RM528.52 juta untuk pemberian subsidi RM0.60 sen/sekilogram, kadar ini perlu disemak semula selari dengan tekanan kos dedak yang terlalu tinggi.
Bantuan subsidi juga perlu dilaksanakan tanpa karenah birokrasi dan disalurkan kepada penternak dengan segera.
Keputusan kerajaan untuk membatalkan syarat AP untuk mengimport bahan makanan bukan merupakan formula “silver bullet” yang akan menyelesaikan masalah kenaikan harga barang makanan dan memastikan bekalan tidak terputus.
Ia perlu difahami bahawa setiap negara sedang bergelut dengan masalah keselamatan makanan domestik masing-masing dan negara-negara pengeluar utama akan memberikan tumpuan kepada keperluan mereka sendiri terlebih dahulu. Tambahan pula, dengan nilai matawang Ringgit yang lemah, maka sebarang import makanan daripada negara lain melibatkan harga belian yang lebih tinggi.
Kerajaan Persekutuan seharusnya bertindak segera dengan melibatkan semua kerajaan negeri untuk menyediakan tapak tanah secara besar-besaran dengan secepat mungkin untuk tujuan penanaman bijirin untuk mengurangkan kebergantungan kepada import.
LOKE SIEW FOOK
SETIAUSAHA AGUNG DAP
23 MEI 2022

民主行动党秘书长兼芙蓉国会议员陆兆福文告
2022年5月23日(星期一)| 吉隆坡
助鸡农在非常时期顶住成本高涨的压力,解决肉鸡供应短缺的问题
近来全国各地肉鸡供应几乎断市,是不应该发生的问题。政府在处理这项危机上表现消极无为,让人难以接受。
市场上肉鸡供应不足相信源自于农场的输出产量过低,鸡饲料成本飞涨是背后主因。
鸡肉是我国各阶层人民的主食,因此政府必须火速行动,舒缓业者成本高涨的问题,以确保市场上肉鸡的供应得以恢复正常。
眼见当下百物腾涨,普罗大众的经济生活压力如此沉重,行动党认为有必要继续将肉鸡定为统制品及控制定价。
然而,政府也必须通过发放足够的辅助津贴,以确保养鸡业者及相关供应链不会蒙受亏损,在非常时期顶得住成本高涨的压力。
尽管农业及食品工业部已经预算总共5亿2千8百万令吉(RM528.52 Juta)以拨出每公斤6角钱的津贴,为应对饲料成本大幅起价的压力,这个数额必须作出调整。
简化官僚主义和繁文缛节,尽快将辅助津贴交到鸡农手里,是解决问题的关键。
政府宣布取消农产品的进口准证AP政策,其实并非解决市场供应不足以及农产品食物大涨价乱象的万灵丹。
须知,当下全球各国均面对食物安全及供应链的问题,就连主要的农产品出口国也是先满足各自的内需市场。更何况,令吉币值疲弱,导致进口任何食物的成本价格居高不下。
联邦政府务必马上行动,联合所有的州政府,尽快找出大量的农耕地,鼓励各界投入谷类作物的种植以减低对进口的依赖。
陆兆福