Sdr Jagdeep salur RM177 ribu naik taraf masjid, surau & wisma yatim sekitar Datuk Keramat

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM177,000 bagi menaik taraf beberapa buah masjid dan surau di sini termasuk Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang dekat Jalan Scotland.

Jagdeep yang juga Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa berkata, peruntukan disalurkan itu membuktikan bahawa tiada pihak dipinggirkan termasuk dalam pemberian bantuan penarafan.

“Bantuan disalurkan kepada semua pihak tanpa diskriminasi termasuklah rumah ibadat umat Islam.

“Hari ini, suka saya umumkan bahawa saya telah memperuntukkan sejumlah RM177,000 bagi menaik taraf lima buah masjid, sebuah surau dan wisma yatim,” katanya pada sidang media ketika menghadiri Majlis Jamuan Berbuka Puasa di pekarangan Masjid Acheh Kebun Lama, tadi.

Berita penuh dari Buletin Mutiara:

Scroll to Top
Scroll to Top