Kenyataan SC yang tidak bertanggungjawab telah mendatangkan risiko keyakinan pelabur terhadap pasaran modal negara: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 19.1.2022:

Adakah Malaysia satu-satunya pusat pelaburan global yang luar biasa dalam membenarkan dagangan saham secara proksi?

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) perlu tampil memberi penjelasan bagi membuktikan bahawa tiada kegagalan kawal selia dan penguatkuasaan kerana tidak dapat memastikan secara muktamad bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki telah melakukan pelanggaran di bawah seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA). Ini berikutan kenyataan Azam yang jelas mengambil kesempatan ke atas kenyataan SC dengan menzahirkan rasa terima kasih kepada SC kerana membersihkannya daripada sebarang salah laku berhubung pemilikan sahamnya dan menutup siasatan mengenai perkara itu.

Kenyataan SC yang tidak jujur ​​dan tidak bertanggungjawab seperti itu bukan sahaja telah mencemarkan reputasi SC dalam mengawal selia dan menguatkuasakan pematuhan undang-undang pasaran modal tetapi juga mendatangkan risiko keyakinan pelabur terhadap pasaran modal negara kita.  Seperti setiap pasaran modal maju di dunia, Malaysia telah melarang perdagangan saham secara proksi melalui Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA). Bagaimana boleh SC berdiam diri apabila Azam secara jelas dan terbuka mengakui bahawa dia telah membenarkan adiknya menjalankan dagangan saham secara proksi?

Terdapat laporan bahawa SC tidak mengambil tindakan kerana Azam Baki sebenarnya berbohong apabila dia mendakwa adiknyanya telah menjalankan dagangan saham secara proksi melalui akaun Azam. Jika demikian keadaannya, maka SC harus menyatakan dengan jelas dan terang bahawa Azam telah menjalankan urus niaga perdagangan saham sendiri dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang dilihat sebagai melindungi Azam dan membersihkannya daripada sebarang salah laku.

Adakah melindungi seorang individu seperti Azam berbaloi berbanding risiko reputasi SC dan keyakinan pelabur terhadap pasaran modal Malaysia? Dengan SC membersihkan Azam, persoalan turut dibangkitkan sama ada siasatan balas sebelum ini oleh SPRM terhadap SC juga akan ditutup atau dilupakan secara senyap. Adakah kita boleh menjangkakan kenyataan yang serupa daripada SPRM membersihkan SC daripada sebarang salah laku?

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2022年1月19日在吉隆坡发表文告:

马来西亚是不是唯一一个允许代理股票交易的异常全球投资者?

马来西亚证券委员会(SC)应说明,在他们最终未能确定大马反贪会主席阿占巴基是否有违反《1991年证券业(中央存管系统)法令》(SICDA)第25(4)条文一事中,并不存在监管和执法失误。这是因为阿占在其随后发出的投机声明中,感谢证券委员会洗脱其在持股事件中的任何不当行为嫌疑,并结束对此事的调查。

证券委员会的不实和不负责任声明,不仅损害了证券委员会在监管和执行法例条规方面的声誉,也危及投资者对我国资本市场的信心。与世界上每个发达资本市场一样,马来西亚通过《1991年证券业(中央存管系统)法令》(SICDA)第25(4)条文,禁止代理股票交易。当阿占公开承认他允许其弟弟进行代理股票交易时,何以证券委员会不采取行动对付他们?

有报道称证券委员会之所以未对付阿占巴基,是因为后者指其弟弟通过其户口进行代理股票交易的说辞实际上是个谎言。如果是这样的话,那么证券委员会应该清楚且明确地表明是阿占巴基本人进行了股票交易,而不是发表看似要掩护阿占并为其脱罪的声明。

为了维护阿占一人,是否值得证券委员会赔上其声誉并使投资者对马来西亚投资市场失去信心?随着证券委员会为阿占脱罪,人们也不禁关心反贪会早前针对证券委员会的调查是否会就此结案,或悄悄地被遗忘。那么我们是否可以开始期待反贪会也发出类似声明,为证券委员会洗清罪名?

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 19.1.2022:

Is Malaysia the sole global investor outlier in permitting proxy share trading?

The Securities Commission Malaysia (SC) should come clean to prove that there was no regulatory and enforcement failure in being unable to conclusively establish that Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief Azam Baki has committed a breach under section 25(4) of the Securities Industry (Central Depositories) Act 1991 (SICDA). This follows the opportunistic statement by Azam expressing gratitude  to the SC for clearing him of any wrongdoing over his ownership of shares and closing its inquiry into the matter.

Such a dishonest and irresponsible statement from the SC has not only tarnished the reputation of SC in regulating and enforcing compliance but also put investor confidence in our country’s capital market at risk. Like every developed capital market in the world, Malaysia has outlawed proxy share trading through section 25(4) of the Securities Industry (Central Depositories) Act 1991 (SICDA). How can SC not act when Azam has openly and publicly admitted that he had allowed his brother to conduct proxy share trading?

There have been reports that SC had not acted because Azam Baki had actually lied when he claimed that his brother had conducted proxy share trading through Azam’s account. If that is the case, then SC should come out clearly and unequivocally that Azam had conducted share trading transactions himself instead of a statement that is seen as covering up for Azam and clearing him of any wrongdoing.

Is covering up for one individual in Azam worth the reputation risk of SC and investor confidence in Malaysia’s capital markets? With SC clearing Azam, questions are also raised whether the earlier tit-for-tat investigations by MACC against the SC will also be closed or quietly forgotten. Can we then expect a similar statement from MACC clearing SC of any wrongdoing?

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top