KENYATAAN HARI KEMERDEKAAN 2019 DARIPADA SETIAUSAHA AGUNG DAP DAN AHLI PARLIMEN BAGAN LIM GUAN ENG DI KUALA LUMPUR PADA 30 OGOS 2019:
Menegakkan Perlembagaan Persekutuan – Sebuah Ikrar Perpaduan Nasional, Kepelbagaian, Kebenaran, Kebebasan Politik, Kedaulatan Undang-undang, Kesetaraan Peluang, Pentadbiran Bersih, Kemakmuran Bersama Dan Perlindungan Alam Sekitar.
Sambutan Hari Kemerdekaan ke-62 bukan sahaja sempena tema tahun ini, iaitu “Sayangi Malaysiaku Malaysia Bersih”. Ia juga merupakan penetapan semula semangat Merdeka seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kita.
DAP menyeru semua rakyat Malaysia untuk menunjukkan rasa kasih sayang kepada negara dan menghargai jasa mereka yang telah berkorban demi kemerdekaan kita dengan menegakkan Perlembagaan Persekutuan. Untuk itu, kita hanya perlu melakukan sebuah ikrar mudah untuk mengangkat perpaduan nasional berbanding perpecahan, kepelbagaian berbanding penguasaan, kebenaran berbanding fitnah, kebebasan politik berbanding penindasan, kedaulatan undang-undang berbanding arahan peribadi, kesetaraan peluang berbanding monopoli, pentadbiran bersih berbanding amalan rasuah, kemakmuran bersama berbanding kapitalisme kroni, dan perlindungan alam sekitar berbanding pencemaran.
Cabaran terbesar kita ke hadapan ialah fitnah dan pembohongan yang nyata daripada mereka yang menentang kerajaan PH, dengan menggunakan sentimen perkauman dan ekstremisme agama. Ini telah mewujudkan defisit kepercayaan di mana rakyat menjadi cenderung untuk mempercayai fitnah dan pembohongan berbanding kebenaran dan fakta. Bagi membina perpaduan nasional, kita harus membina keyakinan dan mengembalikan kepercayaan ke dalam sebuah kerajaan yang berpaksikan rakyat, yang mahu membina sebuah masa hadapan yang lebih baik demi anak-anak kita.
Rakyat tidak akan menerima sebarang keuntungan dengan mengikut jejak mereka yang menyebarkan perpecahan nasional melalui sentimen perkauman dan ekstremisme agama. Namun, negara ini bakal rugi besar jika kita gagal beri tumpuan kepada ekonomi, kos sara hidup dan kebajikan ekonomi rakyat.
Sebab inilah sesi konsultasi Belanjawan 2020 yang sedang berlangsung mengutamakan kemakmuran bersama dan ekonomi berkeusahawanan yang akan membantu rakyat Malaysia menetapkan semula kepercayaan bahawa kita hanya mampu menjadi kuat apabila kita bersama. Marilah kita menyambut Hari Kemerdekaan kita dengan memperbaharui kepercayaan kita antara satu sama lain, bahawa hanya apabila kita bersatu, kita tidak akan gagal.
LIM GUAN ENG
民主行动党秘书长兼国会议员2019年8月30日发表的国庆日献词:
捍卫联邦宪法,就是捍卫我们国家团结、多元、真相、政治自由、法治、公平、廉政、共享繁荣及环境保护的誓 言。
马来西亚第62届国庆的意义比今年主题“爱吾大马,廉洁大马”更加巨大,因为今年国庆我们更加需要再彰显联邦宪法内的默迪卡精神。
民主行动党呼吁马来西亚国民一起发扬爱国精神,感念过去为了捍卫联邦宪法争取自由而作出牺牲的人士。为此,国人只要在国庆之际一起作出简单的誓言,那就是一起誓要国家团结胜于分裂、多元胜于支配、真相胜于谎言、政治自由胜于政治迫害、法治胜于独裁、公平胜于垄断、廉政胜于贪腐、共享繁荣胜于朋党主义及环境保护胜于环境污染。
我们面对最大的挑战来自反希望联盟政府阵营的谎言和公然诽谤,而其背后所操弄的是种族主义和宗教极端主义。比起真相与事实,人民倾向于相信那些谎言和诽谤,这已造成了信任赤字。为了促使全民团结,我们必须重建人们的信心,恢复大家对政府的信任,并且愿意相信这个政府能够以民为本,为我们孩子的未来努力打拼。
追随那些通过种族和宗教极端主义来撕裂国家的人,并不会让我们能获得任何好处。如果再不关注经济、生活成本和人民的经济福祉,那么,这个国家就会失去一切。
这就是为什么正在进行中的 2020 年国家预算案咨询,强调共享繁荣和创业经济,这将帮助马来西亚人重申我们的信念,即我们只有在一起才能够更加强大。让我们通过重新相互信任来欢庆独立,只有当我们团结起来时,我们才不会失败。
林冠英
2019 Merdeka Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 30.8.2019:
Upholding The Federal Constitution – A Pledge Of National Unity, Diversity, Truth, Political Freedoms, Rule Of Law, Equal Opportunity, Clean Governance, Shared Prosperity And Environmental Protection.
The 62nd Merdeka celebrations is more than this year’s theme of “Sayangi Malaysiaku Malaysia Bersih.” It is a reaffirmation of the Merdeka spirit as embodied by our Federal Constitution.
DAP urges all Malaysians to demonstrate our love for our country and appreciation for those who sacrificed for our freedom by upholding the Federal Constitution. To do so we just need to make a simple pledge of national unity over division, diversity over dominance, truth over slander(lies), political freedoms over oppression, rule of law over personal diktats, equal opportunity over monopolies, clean governance over corruption, shared prosperity over crony capitalism and environmental protection over pollution.
Our greatest challenge is the lies and outright slander by those opposing the PH government, that plays on racism and religious extremism. This has generated a trust deficit where the rakyat tends to believe lies and slander over truth and facts. To build up national unity we must build up confidence and restore trust in a government that is people-centric and wants to build a better future for our children.
The people has nothing to gain by following those who preach national division through racial and religious extremism. The country has everything to lose if we fail to focus on the economy, cost of living and economic well-being of the rakyat.
That is why the ongoing 2020 Budget consultations that emphasises shared prosperity and an entrepreneurial economy will help Malaysians to reaffirm our faith that we can only be stronger together. Let us celebrate Merdeka by renewing our faith in each other that only when we are united, we cannot fail.
LIM GUAN ENG