Selamatkan nyawa & mata pencarian kunci kepada sebarang kerjasama tulen bersama PM Ismail Sabri: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 26.8.2021:

Menyelamatkan Nyawa Dan Mata Pencarian Dengan Memenangi Perang Melawan COVID-19 Dan Membantu Rakyat Malaysia Mengatasi Kemelesetan Ekonomi Serta Reformasi Institusi Yang Nyata Adalah Kunci Kepada Sebarang Kerjasama Yang Tulen Bersama Ismail Sabri

Menyelamatkan nyawa dan mata pencarian dengan memenangi perang melawan COVID-19 dan membantu rakyat Malaysia mengatasi kemelesetan ekonomi serta reformasi institusi yang nyata adalah kunci kepada sebarang kerjasama tulen bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Perkara ini telah disampaikan kepada Ismail dalam pertemuan hampir satu jam setengah dengan beliau semalam bersama Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Presiden Amanah, Mohamad bin Sabu.

Pandemik COVID-19 dan masalah kewangan yang dihadapi oleh rakyat biasa Malaysia berikutan kemelesetan ekonomi lebih penting daripada permainan “musical chair” politik yang dimainkan oleh gerakan politik oportunis mengejar jawatan dan kedudukan oleh ahli dalam kerajaan sekarang. Reformasi parlimen dan pilihan raya juga akan membantu memastikan mandat rakyat dihormati, dan hak perlembagaan mereka dijunjung tinggi.

Perlu ada Pelan Reset COVID-19 untuk melawan peningkatan jumlah jangkitan dan kematian yang terus meningkat tanpa kawalan dengan jumlah 1,616,244 kes dan 14,818 kematian pada 25 Ogos 2021 disebabkan oleh Kerajaan PN yang gagal. Kadar positiviti ujian telah melebihi 10% selama 36 hari berturut-turut, menunjukkan jumlah ujian saringan yang tidak mencukupi di seluruh negara dan bahawa jumlah kes sebenar Covid-19 berkemungkinan besar lebih tinggi daripada angka yang dilaporkan. Kadar positiviti adalah 13.22% pada 25 Ogos, jauh melebihi tahap 5% yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Atas sebab ini, vaksinasi dan ujian saringan massa perlu dipercepatkan sebagai langkah pencegahan yang berkesan untuk menghalang lonjakan COVID-19. PH telah mencadangkan penerapan saranan WHO dalam pelaksanaan Cari, Uji, Kesan, Kuarantin dan Sokong serta Vaksinasi (FTTIS + V) berskala besar, dengan menyaring 1% penduduk setiap hari atau 320,000 ujian. RM4 bilion perlu segera diperuntukkan untuk tujuan ini dan bagi meningkatkan sistem sokongan kesihatan dan tenaga kerja, terutama katil ICU serta penghantaran vaksin.

Pelan Pemulihan Ekonomi Negara secara dwipartisan sangat diperlukan untuk membantu rakyat Malaysia dan perniagaan yang menderita kerana kehilangan pekerjaan, perniagaan dan pendapatan mereka akibat kemelesetan ekonomi yang telah menyebabkan kerugian lebih dari RM500 bilion sejak Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP 1.0 pada bulan Mac 2020. Suntikan RM45 bilion dana langsung perlu disertakan dengan pengecualian faedah bagi moratorium pinjaman bank untuk baki 3 bulan tahun ini, kecuali Kumpulan 20 Teratas.

Bantuan kebajikan masyarakat perlu dinaikkan kepada RM1,000 setiap bulan, termasuk kepada penganggur yang akan menelan belanja lebih daripada RM1 bilion sebulan. RM6 bilion perlu diperuntukkan bagi menawarkan insentif upah dan pengambilan pekerja untuk mewujudkan 300,000 pekerjaan baharu demi mengurangkan kadar pengangguran. Perniagaan perlu diberi RM30 bilion dalam bentuk geran, insentif kewangan, subsidi upah, sewa dan utiliti, bukannya pinjaman dan jaminan, demi menyelamatkan pekerjaan dan memperlahankan penutupan perniagaan.

Mengutamakan nyawa dan mata pencarian rakyat Malaysia berbanding kepentingan politik yang mementingkan diri sendiri memerlukan kita semua untuk mengambil permulaan yang baru dan tidak mengulangi kegagalan kerajaan sebelum ini. Seperti yang dikatakan oleh Albert Einstein, “Kegilaan adalah melakukan perkara yang sama berulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza”.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年8月26日在吉隆坡发表文告:

打赢抗疫之战以拯救无数的生命和生计,同时帮助马来西亚人度过经济衰退,并且做出具体的体制改革,乃是会否与依斯迈沙比里进行任何实质合作的关键所在。

打赢抗疫之战以拯救无数的生命和生计,同时帮助马来西亚人度过经济衰退,并且做出具体的体制改革,乃是会否与首相依斯迈沙比里进行任何实质合作的关键所在。我和反对党领袖安华、诚信党主席莫哈末沙布已经在昨日近一个半小时的会晤中,把有关讯息传达给依斯迈沙比里。

现任政府成员正投机取巧地玩起“大风吹”(音乐椅)的游戏来谋取职权,然而比起这,我们现在有更重要的问题需要克服,那就是新冠肺炎大流行和马来西亚的老百姓在经济衰退后普遍面临的财务困境。另一方面,国会和选举制度的改革,也将有助于确保人民的委托得到尊重,确保他们的宪法下的权益得到维护。

当务之急,我们必须重置抗疫计划,以便对抗不断上升的确诊和死亡人数,这种增长的势头持续有增无减,截至2021年8月25日,由于国盟政府的抗疫失策,大马共累计161万6244宗病例以及1万4818例死亡。我们的阳性率已连续36天超过10%,这现象表明普遍存在测试不足的问题,意味着冠病的实际病例可能明显高于报告的数字。8月25日,我国的阳性率为13.22%,此数字远高于世界卫生组织(WHO)建议的5%。

因此,我们必须加快疫苗接种和进行大规模的筛查,以阻止确诊人数的激增,并作出效的预防措施。 希盟提议采用世卫组织建议的大规模实施发现、筛检、追踪、隔离和支持,再加疫苗接种 (FTTIS+V)方法,每天对1%的人口进行筛检或进行32万次检测。另,政府必须立即为此拨出40亿令吉,以加强医疗支持系统和人力资源,特别是加护病房床位和疫苗的交付。

自去年三月第一次实行限制行动令以来,陷入困境的马来西亚人和企业因经济衰退而失业、生意和收入,导致我国蒙受逾5000亿令吉的经济损失。因此,我国现今迫切需要一项跨政党的国家经济复苏计划。政府需要直接注资450亿令吉,同时在今年余下3个月免除暂缓还贷的利息,但T20群体除外。

政府需将福利局援助金提高至每月1000令吉,并覆盖失业人士,预计每月需耗资逾10亿令吉。此外,拨款60亿令吉以提供聘雇奖掖,创造30万个工作机会来降低失业率。政府也需拨款300亿令吉作为企业财政补助、现金奖励、薪水、租金和公用设施津贴,以挽救工作机会和减缓企业倒闭的情况,而不是只提供贷款和担保。

我们需要将国人的生命和生计放在首位,优先于个人政治利益之上,好让我们可以重新开始,不重蹈上届政府的失败。正如爱因斯坦所说的,“所谓精神错乱,就是一遍又一遍地做同样的事情,却期待不同的结果”。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 26.8.2021:

Saving Lives And Livelihoods By Winning The War Against COVID-19 And Helping Malaysians Survive The Economic Recession As Well As Concrete Institutional Reforms Are Key To Any Genuine Collaboration With Ismail Sabri

Saving lives and livelihoods by winning the war against COVID-19 and helping Malaysians survive the economic recession as well as concrete institutional reforms are key to any genuine collaboration with Prime Minister Ismail Sabri Yaakob. This was communicated to Ismail during the nearly one and a half hour meeting with him yesterday together with Opposition Leader Anwar Ibrahim and Amanah President Mohamad bin Sabu.

The COVID-19 pandemic and the financial hardships faced by ordinary Malaysians following the economic recession are more important than the political musical chairs played by opportunistic political manoeuvring for positions and posts by members in the current government. Parliamentary and electoral reforms would also help to ensure that the people’s mandate is respected, and their constitutional rights upheld.

There must be a COVID-19 Reset Plan to fight back the rising numbers of infections and deaths that has continued unabated with a total of 1,616,244 cases and 14,818 deaths on 25 August 2021 caused by a failed PN government. The test positivity rate has exceeded 10% for 36 consecutive days, indicating widespread under-testing and that the actual number of Covid-19 cases is likely significantly higher than the reported figures. The positivity rate was 13.22% on 25 August, way above the World Health Organisation’s (WHO) recommended 5%.

For this reason, there must be accelerated vaccination and mass test screenings as effective preventive measures to hinder the surge of COVID-19. PH has proposed the adoption of WHO’s recommended large-scale implementation of the Find, Test, Trace, Isolate and Support plus vaccination (FTTIS+V), by testing 1% of the population daily or 320,000 tests. RM 4 billion must be immediately allocated for this purpose and to enhance the health support system and manpower, particularly ICU beds as well as vaccine delivery.

A bipartisan National Economic Turnaround Plan is urgently needed to help distressed Malaysians and businesses losing their jobs, businesses and incomes from the economic recession that has caused more than RM500 billion in losses since the Movement Control Order or MCO 1.0 in March 2020. A RM45 billion direct fund injection must be accompanied by a waiver of interest on the bank loan moratorium for the remaining 3 months of the year, except for the Top 20. 

Welfare assistance must be increased to RM1,000 monthly, including the unemployed which will cost more than RM1 billion per month. RM6 billion must be allocated to offer wage and hiring incentives to create 300,000 new jobs to reduce the unemployment rate. Businesses must be given RM30 billion in grants, monetary incentives, wage, rent and utility subsidies instead of loans and guarantees, to save jobs and slow business closures.

Putting Malaysian lives and livelihoods first over and above the selfish political interests requires all of us to adopt a fresh start and not repeat the failure of the previous government. As Albert Einstein said, “Insanity is doing the same thing over and over again and expecting different results”.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top