Kita sungguh bertuah kerana negeri ini terus mampu mengekalkan keharmonian agama dan perpaduan yang telah terbina kukuh sejak sekian lama. Justeru, saya menyeru agar kita semua dapat menyemai rasa syukur di atas keharmonian yang dikecapi selama ini serta memperkasakan ikatan persaudaraan dengan penuh kasih sayang dalam suasana muhibah.
Sejajar dengan semangat Syawal, adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri agar Pulau Pinang terus pesat membangun dalam suasana penuh harmoni antara semua kaum. Kerajaan Negeri komited ke arah melahirkan masyarakat harmoni berteraskan semangat Malaysia Baharu berpaksikan kepada prinsip keadilan, demokrasi dan toleransi
Rancanglah perjalanan dengan baik dan semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Semoga Syawal ini membawa keberkatan dan rahmat kepada kita semua.
Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
CHOW KON YEOW
Ketua Menteri Pulau Pinang
Pautan video pada laman Facebook Sdr Chow: https://facebook.com/story.php?story_fbid=10157371696799169&id=331360574168