Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 6.8.2021:
Sama Ada Hala Tuju Pembukaan Semula Ekonomi Dengan Segera Atau Langkah-langkah Baru Mitigasi COVID-19 Dan Akauntabiliti Awam Terhadap 10,019 Kematian, 1,203,706 Kes Atau Lebih Dari RM500 Billion Kerugian Ekonomi Sejak PKP 1.0 Tahun Lalu, Bukan Penasihat Khas Baru Dengan Status Menteri.
Malaysia terus memecahkan rekod baru dalam setiap metrik COVID-19 dengan 20,596 kes baru, pesakit di ICU dan mereka yang memerlukan bantuan alat pernafasan serta angka kematian melebihi 10,000. DAP mengucapkan takziah kepada keluarga 10,019 mangsa kematian.
Sangat mendukacitakan bahawa Perdana Menteri Mahiaddin Md Yassin bertindak balas terhadap situasi yang mengerikan ini bukan dengan langkah baru untuk memerangi COVID-19 atau bahawa bekalan tambahan vaksin akan tiba sekarang, dan bukan dalam masa dua atau tiga bulan. Sebaliknya dia mengumumkan pelantikan politik Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu sebagai penasihat khas Perdana Menteri kepada Perdana Menteri Mahiaddin Yassin dengan status Menteri.
Ini secara jelas adalah satu pembaziran wang pembayar cukai. Mahiaddin juga tidak memiliki keabsahan politik untuk membuat lantikan sedemikian berikutan kehilangan majoriti parlimennya setelah 11 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan mereka. Sebenarnya, sebarang lantikan baru oleh Mahiaddin menjelang undi percaya di Parlimen pada bulan Ogos atau September, menimbulkan kecurigaan rakyat bahawa ini adalah satu bentuk “membeli” sokongan politik.
Bagaimana pelantikan Ahmad Faizal untuk menasihati Perdana Menteri mengenai hubungan dan komunikasi masyarakat serta pembangunan sosio-ekonomi dapat membantu memerangi COVID-19 atau mengatasi kemelesetan ekonomi? Sebagai bekas Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal mempunyai rekod yang gagal dalam hubungan masyarakat, komunikasi dan pembangunan sosio-ekonomi sehingga dia dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar setelah dia kalah undi percaya di DUN Perak dengan hanya 10 daripada 59 Adun yang menyokongnya .
Daripada mengambil tanggungjawab ke atas kegagalan yang telah memusnahkan begitu banyak nyawa dan mata pencarian, PN enggan mengakui kegagalan mereka telah menambah buruk krisis sedia ada. Proklamasi Darurat dan “total lockdown” tidak membantu mengurangkan malah meningkatkan jangkitan dan kematian. Ketidakcekapan Menteri, amalan dua darjat dalam penguatkuasaan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pusingan U dasar hanya menambah buruk lagi krisis kesihatan awam dan ekonomi.
Pelantikan Ahmad Faizal dengan jelas menunjukkan bahawa Mahiaddin telah hilang arah tuju dan tidak mempunyai idea atau rancangan untuk membimbing Malaysia keluar daripada krisis sekarang. Rakyat Malaysia ingin melihat sama ada hala tuju untuk membuka semula ekonomi dengan segera atau langkah-langkah mitigasi COVID-19 dan akauntabiliti awam terhadap 10,019 kematian, 1,203,706 kes atau kerugian ekonomi lebih daripada RM500 bilion sejak MCO 1.0 tahun lalu, dan bukannya Penasihat Khas yang baru dengan status Menteri. Tidak ada sebab mengapa Malaysia perlu gagal bersama-sama dengan Mahiaddin.
LIM GUAN ENG

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年8月6日在吉隆坡发表文告:
自去年首次落实限制行动令以来,新冠肺炎已造成国内1万19人死亡、120万3706宗确诊病例,或超过5000亿令吉的经济损失。事已至此,要么是快速拟定重新开放经济的路线图,要么针对冠病疫情提出新缓解措施,而不是在这时候委任新的部长级特别顾问。
现在,马来西亚在每个新冠肺炎的指标中不断创下新记录,新增病例来到2万596宗,加护病房患者和需要呼吸机帮助的病人亦不断升高,死亡人数更是超过1万人。民主行动党谨此向那1万19名病逝者的家属致以最深切的哀悼。
令人遗憾的是,在这严峻的时刻,首相马希亚丁不但没有采取任何新措施来抗疫,或是赶紧取得更多的疫苗而非让人民再痴痴地等上两三个月。相反的,他还宣布政治任命土团党署理主席阿末费沙为首相特别顾问,以等同部长的身份为首相提供服务。
这完全是在浪费纳税人的钱。此外,随着11名巫统国会议员撤回对马希亚丁的支持后,马希亚丁已失去国会多数支持,因此他并不具政治合法性来进行这样的任命。事实上,马希亚丁的任何新任命将导向8月或9月将在国会进行的信任投票,引起公众怀疑这是一种“购买”政治支持的形式。
阿末费沙将负责在社区关系、社会通讯和社经发展事项上劝告首相,而这如何有助于对抗新冠疫情或克服经济衰退?阿末费沙作为前霹雳州务大臣,在社区关系、社会通讯和社经发展事项上的失败纪录,更导致他无法通过霹雳州议会信任动议而被罢免,当时59名议员中只有10人支持他。
国盟政府没有为他们摧毁了如此之多的生命和生计,承担其相关责任,反而拒绝承认正是因为他们的失败才加剧危机。他们实施的紧急状态和全面封锁并无助于减缓疫情,反而是加剧了感染和死亡。部长的无能、以双重标准方式来执行限行令条例、一句政策U转,只使得我国公共卫生和经济危机变得越发糟糕。
阿末费沙的新任命清楚表明,马希亚丁已失去理智,他没有任何的概念或计划来引导马来西亚摆脱当前危机。马来西亚人希望看到的,要么是快速拟定重新开放经济的路线图,要么是针对新冠疫情提出新缓解措施,而不是在这时候委任新的部长级特别顾问。我国自去年首次落实限制行动令以来,疫情已造成国内1万19人死亡、120万3706宗确诊病例,或超过5000亿令吉的经济损失。 马来西亚没有理由该和马希亚丁一同失败。
林冠英

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 6.8.2021:
Either A Roadmap On Reopening The Economy Quickly Or New Mitigating Measures On COVID-19 And A Public Accounting For The 10,019 Deaths, 1,203,706 Cases Or More Than RM500 Billion In Economic Losses Since MCO 1.0 Last Year Instead Of A New Special Advisor With Ministerial Status.
Malaysia keeps on breaking new records in every COVID-19 metric with 20,596 new cases, patients in ICU and those needing breathing aid as well as new deaths exceeding 10,000. DAP extends deepest condolences to the grieving families of the 10,019 victims.
It is regrettable that Prime Minister Mahiaddin Md Yassin marked this grim occasion not with any new measures to battle COVID-19 or that additional supplies of vaccines will arrive now, and not in two or three months’ time. Instead he announced the political appointment of Bersatu deputy president Ahmad Faizal Azumu as the Prime Minister’s special adviser to Prime Minister Mahiaddin Yassin with Ministerial status.
This is a complete waste of taxpayers’ funds. Further Mahiaddin has no political legitimacy to make such an appointment following the loss of his parliamentary majority after 11 UMNO MPs withdrew their support. In fact, any new appointments by Mahiaddin leading up to a confidence vote in Parliament in August or September, raises public suspicion that this is a form of “buying” political support.
How does Ahmad Faizal’s appointment to advise the prime minister on community relations and communications as well as socio-economic development help the battle against COVID-19 or overcome the economic recession? As the former Perak Menteri Besar Ahmad Faizal has a failed record on community relations, communications and socio-economic development until he was booted out as Menteri Besar after he lost a confidence vote in the Perak State Assembly with only 10 out of 59 Assemblypersons supporting him.
Instead of taking responsibility for the failures that have destroyed so many lives and livelihoods, the PN refuses to admit their failures have worsened the crisis. The Emergency Proclamation and total lockdowns have not helped to reduce but increase infections and deaths. The incompetence of Ministers, double-standard in enforcement of Movement Control Order(MCO) restrictions and policy U-turns have only worsened the public health and economic crisis.
Ahmad Faizal’s appointment has clearly shown that Mahiaddin has lost the plot and has no conception or plan to guide Malaysia out of the current crisis. Malaysians want to see either a roadmap on reopening the economy quickly or mitigating measures on COVID-19 and a public accounting for the 10,019 deaths, 1,203,706 cases or more than RM500 billion in economic losses since MCO 1.0 last year, instead of a new Special Advisor with Ministerial status. There is no reason why Malaysia should fail together with Mahiaddin.
LIM GUAN ENG