KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
1 Jun 2021
Setelah meneliti pakej rangsangan ekonomi Pemerkasa Plus berjumlah RM40 bilion yang diumum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pakatan Harapan berasa kecewa apabila mendapati hanya RM5 bilion adalah suntikan tunai baharu, dan bukannya RM45 bilion suntikan tunai yang diperlukan ekonomi negara untuk mengatasi kesan teruk Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 terhadap ekonomi keseluruhannya. Kegagalan seluruh kerajaan untuk membendung wabak COVID-19 telah mengakibatkan rekod tertinggi kes serta kematian akibat COVID-19.
Kerajaan Perikatan Nasional ini sepatutnya lebih berani berbelanja untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan seterusnya menyelamatkan negara dari kancah kemelesetan. Suntikan tunai RM5 bilion sahaja langsung tidak memadai apabila PKP 3.0 dijangka mendatangkan kerugian RM2.4 bilion sehari, serupa PKP 1.0 dahulu. Kesan kerugian kepada ekonomi dijangka berjumlah RM60 bilion bagi PKP 3.0 ini. Suntikan terus RM45 bilion ke dalam ekonomi, berbanding RM5 bilion yang dilakukan Kerajaan, akan benar-benar membantu mengurangkan kesan kerugian RM60 bilion tersebut.
Perdana Menteri juga nampaknya meneruskan langkah ekonomi dan kebajikan ortodoks yang sama dengan memberi bantuan one-off, walhal apa yang diperlukan sewaktu kita berada di dalam pandemik global ini adalah siri bantuan kewangan secara berkala untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan, dan ekonomi negara kita. Bantuan kewangan perlu bukan sahaja bagi kelompok B40, tetapi juga M40 untuk memastikan mereka tidak akhirnya tergolong ke dalam kelompok B40 nanti.
Oleh itu, Pakatan Harapan mengulangi pendirian bahawa suntikan dana RM45 bilion ke dalam ekonomi mesti memberi kesan terus kepada pekerja dan perniagaan, termasuk:
● Meningkatkan bantuan kebajikan bulanan ke RM1,000 termasuk bagi yang tidak bekerja, yang dijangka berjumlah RM7 bilion bagi 7 bulan ke depan sehingga lengkapnya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menjelang 31 Disember 2021 yang diharap mampu mencapai imunisasi kelompok meliputi 80% penduduk;
● Pelanjutan moratorium bayaran pinjaman bank secara automatik, tanpa melibatkan kelompok T20, sehingga PICK lengkap pada hujung tahun ini. Ini akan membantu 8 juta rakyat dan syarikat di Malaysia. Kos ini semestinya ditanggung industri perbankan, yang telah merekodkan keuntungan selepas cukai yang sihat berjumlah hampir RM23 bilion bagi 2020 berbanding
RM32.3 bilion pada 2019;
● Memberi insentif pengambilan pekerja bagi jangka masa 2 tahun, melibatkan insentif gaji RM500 sebulan bagi pekerja warganegara dan insentif pengambilan kerja RM300 sebulan bagi majikan, yang dijangka mampu mewujudkan pekerjaan bagi 300,000 rakyat Malaysia dan menelan belanja RM6.5 bilion setahun. Pengangguran di kalangan belia kekal tinggi iaitu pada kadar 13.4% setakat Mac 2021;
● RM3.5 bilion bagi Kementerian Kesihatan untuk mempercepat serta mempermudah PICK, serta meningkatkan usaha saringan, mengenal pasti kontak rapat, serta merawat kes positif COVID-19, meningkatkan kapasiti serta keupayaan hospital termasuk peralatan perubatan dan sumber manusia untuk mengelak runtuhnya sistem kesihatan awam kita; dan
● RM28 bilion dalam bentuk geran; subsidi upah, sewa dan utiliti; jaminan pinjaman dan pelanjutan kredit untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), pembinaan, peruncitan dan industri pelancongan yang terjejas teruk. Industri pelancongan kehilangan RM100 bilion tahun lalu, dan tanpa ‘talian hayat’ dari kerajaan sudah pasti industri ini akan hadapi masa depan yang amat
kelam.
Pakej bantuan awal bernilai RM45 bilion ini, pada ketika penutupan penuh hampir semua sektor sewaktu PKP 3.0, bukanlah jumlah yang besar apabila dibandingkan dengan RM340 bilion yang telah dibelanjakan sewaktu PKP 1.0 dan PKP 2.0. Pakej bantuan RM45 bilion ini diperlukan untuk menggerakkan seluruh masyarakat bukan sahaja untuk mengalahkan COVID-19, tetapi juga untuk mengurangkan kesan buruk ekonomi akibat penutupan penuh sekarang di samping mengelakkan kemelesetan ekonomi yang lebih teruk.
Penyelesaian utama adalah vaksinasi. Kadar pemberian vaksin yang rendah, walaupun peruntukan RM5 bilion telah memakai dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) tanpa kelulusan Parlimen, serta proses pendaftaran atas talian bagi vaksin AstraZeneca yang begitu kelam-kabut walaupun disediakan peruntukan RM70 juta, hanya menunjukkan betapa gagalnya kerajaan yang ada sekarang dalam menangani krisis ini.
Kegagalan seluruh kerajaan ini juga telah menyebabkan krisis COVID-19 ini menjadi satu malapetaka sehingga kita menyaksikan jumlah kes dan kematian tertinggi hari ini. Maka pengumuman bahawa Jemaah Menteri tidak akan mengambil gaji selama 3 bulan tidak mampu mengimbangi kegagalan total kerajaan ini, atau meredakan rasa takut rakyat akibat COVID-19 mahupun betapa terdesaknya begitu ramai rakyat Malaysia yang mahu diberi vaksin sekarang.
Berapa sangat yang para Menteri dan Timbalan Menteri hilang dengan tidak mengambil gaji, apabila mereka masih menerima elaun bulanan Ahli Parlimen, malah lebih penting dari itu mereka masih mempunyai peruntukan tahunan RM5 juta. Menteri-menteri tidak perlu menggunakan elaun Ahli Parlimen mereka untuk biaya staf dan pejabat atau untuk memberi bantuan kepada penduduk di kawasan mereka.
Sebagai langkah pertama menuju usaha menggarap seluruh masyarakat demi menangani wabak COVID-19, Parlimen mesti bersidang secepat mungkin dan semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang perlu diberi peruntukan kawasan yang sama untuk membantu semua penduduk di kawasan mereka, sehingga pandemik COVID-19 ini tamat. COVID-19 memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia tidak kira mereka penyokong PN mahupun PH.
YB DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

希盟主席理事会于2021年6月1日在吉隆坡发表的文告:
希盟对于首相慕尤丁宣布的400亿令吉“经济与人民强化配套+”(PEMERKASA+)仅50亿令吉属于政府直接注资,而不是所需的450亿令吉,以应对第三次行动限制令对经济的不利影响,而感到失望。全政府未能遏制新冠疫情,导致马来西亚的新冠确诊病例和死亡病例人数屡创新高。
国盟政府必须更大胆地注资,使经济摆脱衰退状态。当第三次限行令预计与第一次限行令一样带来每日24亿令吉损失时,50亿令吉的注资根本不足以应付这情况。第三次限行令造成的经济损失估计至少为600亿令吉,而向经济注入450亿令吉资金,将有助于减轻这600亿令吉损失带来的影响。
首相还继续采用一次性付款和福利正统的旧模式,但实际上我们需要的是在全球大流行之际,定期提供系列财政援助以挽救工作机会、企业生意和经济生计。财政援助不应只限于B40群体,还应包括M40群体,以避免他们降为B40群体。
因此,希盟在此重申,向经济注入的450亿令吉资金必须能直接使员工和企业受益。这包括:
• 将福利局援助金提高至每月1000令吉,并使失业人士也受惠。在今年余下7个月实施此措施,直到国家免疫计划于今年12月31日达到80%群体免疫的目标,预计需70亿令吉;
• 延长自动暂缓还贷款计划(不包括T20),直到国家免疫计划于年底结束为止。这将有助于800万名个人和企业。此计划应由银行来承担,记录显示,相较于银行领域在2019年取得的323亿令吉税后净利,2020年的230亿令吉的税后净利依然可观;
• 在2年内为员工提供每月500令吉及雇主每月300令吉的聘雇奖掖,为30万名大马员工创造工作机会,此计划一年预计需65亿令吉。2021年3月的年轻人失业率仍高达13.4%;
• 拨款35亿令吉予卫生部,以迅速和顺利地展开国家免疫计划,加快新冠检测、追踪和治疗的3T计划,提升医院容量、能力、医疗设备和人力资源,防止公共医疗系统崩溃;以及
• 拨款280亿令吉为中小型企业、零售业及惨遭重击的旅游业提供财政补助、薪水、租金和公用设施津贴、贷款担保和贷款展期。旅游业去年共损失1000亿令吉,如果没有政府的支撑,前景将一片暗淡。
相较于第一次和第二次限制行动令花费的3400亿令吉,这笔针对第三次限制行动令的全面封锁的初期450亿令吉财政援助配套并不算庞大。我国需要实施这项总值450亿令吉的财政援助配套,以鼓励用社会总动员方式对抗新冠疫情,减轻全面封锁对经济的不利影响,并避免加剧经济衰退。
疫苗接种计划才是关键的解决方案。尽管政府未经议会批准,径自动用国家信托基金的50亿令吉,但疫苗接种率依然偏低;以及在耗资7000万令吉后却一片混乱的阿斯利康疫苗的注册过程,都只突显了全政府在处理这场危机的失败。
全政府的失败导致了这场灾难性、确诊和死亡病例屡创新高的新冠疫情危机。部长和副部长停薪三个月并不能弥补内阁和全政府的失败,或减轻公众对新冠疫情的恐惧和对疫苗的渴望和追寻。
当部长们仍然能获得国会议员津贴时,且更重要的是可以依靠每年500万令吉的选区拨款时,他们究竟损失了多少?部长们很少需要动用他们的国会议员津贴来支付员工和办公室费用,或为选民提供福利援助。
作为以全社会方式对抗新冠疫情的第一步,政府应立即重新召开国会,而包括反对党在内的所有国会议员应获得平等的选区拨款以帮助人民,直到新冠全球大流行结束为止。新冠疫情影响所有马来西亚人,无论他们是亲国盟或亲希盟人士。
公正党主席 拿督斯里安华
诚信党主席 莫哈末沙布
行动党秘书长 林冠英

MEDIA STATEMENT
PAKATAN HARAPAN PRESIDENTIAL COUNCIL
1 June 2021
Pakatan Harapan is disappointed that the RM40 billion Pemerkasa Plus economic stimulus package announced by Prime Minister Muhyiddin Yassin contains only RM5 billion in new funding and not the RM45 billion cash injection required by the economy to deal with the adverse economic impact of Movement Control Order 3.0. The whole-of-government’s failure to contain COVID-19 has led to Malaysia’s record number of COVID-19 cases and deaths.
The Perikatan Nasional government must be bolder to spend to pull the economy out of this recession. RM5 billion cash injection is hardly adequate when MCO 3.0 is expected to sustain losses of RM2.4 billion daily, similar to MCO 1.0. Economic losses are estimated to be at least RM60 billion for MCO 3.0. A RM45 billion cash injection into the economy, instead of RM5 billion, will help to mitigate these minimal economic losses of RM60 billion.
The Prime Minister also continues with the old economic and welfare orthodoxy of giving one-off payments, when what is needed in a global pandemic is serial financial aid on a regular basis to save jobs, businesses, and economic livelihood. Financial assistance should not be limited to B40 but also the M40 group to prevent them from slipping down into the B40 group.
For this reason, Pakatan Harapan reiterates that the cash injection of RM45 billon into the economy must directly benefit workers and business encompassing:
● An increase in monthly welfare payments to RM1,000, including the unemployed, costing RM7 billion for the remaining 7 months of the year till the completion of the National COVID-19 Immunisation Programme (PICK) by 31 December 2021 to achieve herd immunity of at least 80%;
● An automatic extension of the moratorium of bank loan repayments, excluding the Top 20%, until the PICK is completed by the end of the year. This will help 8 million Malaysian individuals and companies. The cost should be borne by the banking industry, which recorded healthy profit after tax of nearly RM23 billion for 2020 as compared to RM32.3 billion in 2019;
● Work hiring incentives over a period of 2 years, comprising wage incentives of RM500 a month to local employees and hiring incentives of RM300 per month to employers, creating employment for 300,000 Malaysian workers costing RM6.5 billion per annum. Youth unemployment is still at a high of 13.4% in March 2021;
● RM3.5 billion for the Health Ministry to ramp up PICK swiftly and smoothly, accelerate the 3Ts of testing, tracing and treatment, upgrade hospital capacity and capability as well as medical equipment and human resources to avert the collapse of our public healthcare system; and
● RM28 billion in the form of financial grants; wage, rental and utility subsidies; loan guarantees and credit extensions; for the small and medium enterprises, construction, retail and the crippled tourism industry. The tourism industry lost RM100 billion in revenue last year and without “life-support” from the government, faces a bleak future.
This preliminary RM45 billion financial aid package for a total lockdown MCO 3.0 is not huge when compared to RM340 billion spent under MCO 1.0 and MCO 2.0. This RM45 billion financial aid package is needed to encourage a whole-of-society approach to not only overcome COVID-19, soften the adverse economic impact of a total lockdown and avert a deepening economic recession.
Vaccination is the key solution. The slow vaccination rate despite appropriating RM 5 billion from the National Trust Fund (KWAN) without parliamentary approval, and the chaotic online registration of AstraZeneca vaccine despite spending RM70 million, only highlights the whole-of-government failure in handling this crisis.
The whole-of-government failure has also caused this catastrophic COVID-19 crisis with record number of daily cases and deaths. Forgoing Ministerial salaries for 3 months does not compensate for Cabinet’s whole-of-government failure or allay the public’s fear of COVID-19 and desperate search for vaccines.
How much do Ministers lose out when they still receive their MPs allowances and most importantly can rely on the RM5 million in annual constituency allocations. Ministers rarely have to dip into their MPs allowances to finance staffing and office costs or provide welfare aid to their constituents.
As a first step towards a whole-of-society approach to battle COVID-19, Parliament should be reconvened immediately and all MPs, including the opposition, should be given equal constituency allocations to help the rakyat, until the COVID-19 pandemic is over. COVID-19 affects all Malaysians whether they are pro-PN or pro-PH.
YB DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)