RM30 bilion untuk PKS akan disediakan daripada RM45 bilion dana tambahan yang dipersetujui dalam PH-Kerajaan MOU: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 26.10.2021:

RM30 Bilion Untuk PKS Akan Disediakan Daripada RM45 Bilion Dana Tambahan Yang Dipersetujui Dalam Memorandum Persefahaman (MOU).

Dana tambahan RM45 bilion yang diperolehi melalui Memorandum Persefahaman (MOU) antara Perdana Menteri dan pemimpin PH, perlu disalurkan sebagai suntikan fiskal terus kepada rakyat dan PKS, bukan dialihkan untuk kontrak kroni terutamanya dengan pilihan raya negeri yang akan datang di Melaka dan Sarawak. Perkara ini dinyatakan dengan jelas dan dipersetujui semasa siri perundingan Belanjawan dengan Menteri Kewangan berikutan laporan bahawa sekurang-kurangnya RM2 bilion akan disalurkan dalam bentuk projek kepada kontraktor.

Walaupun DAP tidak membantah projek pembangunan kepada kontraktor, kerajaan mempunyai sumber dana yang lain dan tidak sepatutnya menghalang dana terus kepada rakyat dan PKS. Salah satu tujuan utama PH menandatangani MOU adalah untuk mendapatkan dana tambahan RM45 bilion ini dalam bentuk suntikan fiskal terus kepada rakyat dan perniagaan serta PKS demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian. Selain itu, MOU tersebut melibatkan pengecualian faedah selama tiga bulan yang belum pernah dilakukan sebelum ini untuk 50% penduduk terbawah, yang akhirnya dipersetujui oleh industri perbankan.

Untuk tujuan ini, sekurang-kurangnya RM30 bilion dana langsung perlu diperuntukkan untuk PKS, dengan baki RM15 bilion untuk kesihatan, manfaat kepada penciptaan pekerjaan dan bantuan kewangan untuk penganggur. Sebahagian daripada bantuan kepada rakyat yang diumumkan oleh kerajaan akan datang daripada pakej fiskal RM45 bilion yang terkandung dalam MOU ini.

RM30 bilion untuk PKS ini juga telah dipersetujui oleh Menteri Kewangan selaras dengan MOU tersebut. DAP berharap dana itu dapat diagihkan dengan segera sebelum penghujung tahun ini bagi dipadankan dengan pembukaan semula ekonomi supaya perniagaan dan pekerjaan dapat bangkit semula dengan cepat. Dalam hidup bersama dengan COVID, marilah kita bekerjasama demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年10月26日在吉隆坡发表文告:

谅解备忘录中所同意注资的450亿令吉额外资金,其中300亿令吉将用于中小型企业领域。

首相和希盟领袖签署的谅解备忘录所列明的450亿令吉额外资金,必须做到直接注资人民和中小型企业,而不是被转移到裙带合同上,尤其是我国即将迎来马六甲和砂拉越州选。这在我们与财政部长一系列的财案磋商会议上已得到明确说明及共识。此前有报道指至少有20亿令吉将以项目方式分发给承包商。

虽然行动党不反对承包商的发展项目,但政府在这方面有其他资金来源,因此不应妨碍到政府对人民和中小型企业的直接注资。希盟签署备忘录的主要目的之一,就是为了确保这450亿令吉额外资金能以直接财政注资的方式,直接使人民、企业和中小型企业受惠,挽救生命和生计。此外,备忘录也要求为国内50%最贫困人口提供前所未有的三个月免利息措施,而银行业最终已同意实施这项措施。

为此,政府应至少直接注资300亿令吉给中小型企业,其余150亿令吉则用于卫生、创造就业机会和经济援助失业人士。政府日前宣布的一些援助人民计划,将来自于备忘录中这450亿令吉的财政配套。

财政部长也同意根据备忘录,为中小型企业提供300亿令吉资金。行动党希望这笔资金能在年尾前被迅速发放,以配合重新开放经济时期,让企业和就业能迅速复苏。在与新冠病毒共存的过程中,让我们共同努力挽救生命和生计。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 26.10.2021:

RM30 Billion For SMEs Will Be Made Available Out Of The RM45 Billion Additional Funding Agreed To In the Memorandum Of Understanding (MOU).

The RM 45 billion additional funding secured in the Memorandum of Understanding (MOU) between the Prime Minister and PH leaders, must be direct fiscal injection to the rakyat and SMEs, not diverted for crony contracts especially with the forthcoming state elections in Melaka and Sarawak. This was spelled out clearly and agreed to during the series of Budget consultations with the Finance Minister following reports that at least RM2 billion will be given out in the form of projects to contractors.

Whilst DAP has no objection to development projects to contractors, the government has other sources of funding and should not stand in the way of direct funds for the rakyat and SMEs. One of the main purposes of PH signing the MOU is to secure this RM45 billion additional funding in the form of direct fiscal injection to the rakyat and businesses and SMEs to save lives and livelihoods. Additionally the MOU required an unprecedented three month interest waiver for the poorest 50% of the population, which was finally agreed to by the banking industry.

For this purpose, at least RM30 billion of direct funding should be allocated for SMEs, with the remainder RM 15 billion for health, job creation benefits and financial aid for the unemployed. Some of the assistance to the rakyat announced by the government will come from the RM45 billion fiscal package included in the MOU.

This RM 30 billion for SMEs was also agreed to by the Finance Minister in accordance with the MOU. DAP hopes that the funds can be disbursed quickly before the end of the year to match the reopening of the economy so that businesses and jobs can get back on their feet quickly. In living together with COVID, let us work together to save lives and livelihoods.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top