SIARAN MEDIA
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PEMULANGAN ASET 1MDB USD322 JUTA DARIPADA JABATAN
KEADILAN (DOJ) AMERIKA SYARIKAT DAN SGD 50 JUTA
DARIPADA SINGAPURA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MEMBAYAR
HUTANG 1MDB SEBANYAK RM51 BILION
Kementerian Kewangan (MOF) menyambut baik pengumuman Jabatan Peguam Negara bahawa sejumlah USD322 Juta (RM1.3 Bilion) daripada aset-aset 1MDB dapat dikembalikan ke Malaysia berikutan Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat. Jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada jumlah USD4.5 Bilion yang DOJ dapati diseleweng daripada 1MDB (lihat Jadual 1). Keputusan DOJ ini merupakan kedudukan terkini setelah mahkamah Singapura mengarahkan dana berkaitan 1MDB sebanyak SGD50 Juta dipulangkan ke Malaysia (lihat Jadual 2).
Jadual 1: Pemulangan Aset 1MDB Daripada Amerika Syarikat

Jadual 2: Pemulangan Aset 1MDB dari Singapura

Dana daripada pemulangan aset 1MDB ini akan digunakan untuk membayar hutang 1MDB sebanyak RM51 Billion. Jumlah ini adalah termasuk faedah yang perlu ditanggung sebanyak RM10.8 Billion dan pinjaman MOF yang telah digunakan untuk membayar hutang 1MDB setakat ini sebanyak RM8.6 Bilion (lihat Jadual 3). Dana ini juga akan digunakan untuk membayar kos guaman dan perbicaraan yang terbit daripada usaha memulangkan dan melupuskan aset-aset 1MDB di seluruh dunia.
Jadual 3: Senarai Hutang 1MDB Semasa

Pemulangan aset-aset ini merupakan langkah awal ke arah penyelesaian isu 1MDB dan pemulihan reputasi Malaysia supaya tidak lagi dikenali sebagai negara kleptokrasi. Pemulangan aset-aset ini menerusi proses undang-undang juga membuktikan salah laku yang telah berlaku berkaitan dengan 1MDB. Kerajaan akan meneruskan usaha-usaha untuk mendapatkan kembali aset-aset 1MDB yang lain, dan pada masa yang sama akan memperkukuhkan kawalan dalaman dan inisiatif anti-rasuah supaya perkara sebegini tidak dapat berlaku lagi di
masa hadapan.
MOF juga ingin menyatakan penghargaan di atas usaha dan kerjasama pihak berkuasa luar negara yang terbabit dalam penyiasatan, pembicaraan dan penyelesaian kes ini.
Sayangi Malaysiaku!
Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
8 Mei 2019
马来西亚财政部文告
美国司法部归还的 3 亿 2200 万美元 1MDB 资产及新加坡归还之
5000 万新元 1MDB 资产,将会用以偿还 1MDB 的 510 亿令吉债务
财政部欣见国家总检察署宣布,美国司法部已经归还因 1MDB 盗国丑闻的 3 亿 2200 万令吉资产。上述这笔款项乃是美国司法部充公 1MDB 共 45 亿 美元贪污案的一部分(详见表一)。 美国司法部这项最新决定是紧跟随新加坡法院宣判新加坡必须将 5000万新元归还给马来西亚(详见表二) 。
这些所获得 1MDB 资产将用以偿还 1MDB 的 510 亿令吉债务。这笔巨债当中包含了其 108 亿令吉的利息及从财政部借出用以偿还1MDB 债务的 86 亿令吉(详见表三)。 除此之外这笔接管回来的款项也将用以支付我国全球追收与处置 1MDB 资产的律师费与堂费。



这项接管资产仍属于解决 1MDB 丑闻巨债及让马来西亚洗脱盗国政治污名的初步阶段。这项透过国际间司法行动追收回来的资产也证明了1MDB 丑闻确实是犯下了弥天大罪。
大马政府将继续致力追收 1MDB 全球各地的资产,同时也会在国内巩固监督及大力反贪,以杜绝未来重蹈覆辙如 1MDB 的世纪大丑闻。
财政部仅此也要感谢各国的权力单位协助调查、司法审讯及解决这项让国人蒙羞的贪污案。
我爱马来西亚!
马来西亚财政部长
林冠英
2019 年 5 月 8 日布城启