Rakyat Malaysia terus berusaha agar peluang sama dinikmati semua: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng

Perutusan Tahun Baru 2021 Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 31.12.2020:

Menangani Krisis Lima Berganda Malaysia

2020 adalah tahun pandemik global COVID-19, yang mencetuskan krisis lima berganda iaitu kesihatan, politik, ekonomi, pendidikan dan keyakinan di negara ini.  Sayangnya krisis lima berganda ini belum ditangani oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak dipilih dan seharusnya menjadi resolusi Tahun Baru bagi mana-mana Kerajaan.

Penutupan seluruh negara yang dilaksanakan setelah jangkitan COVID-19 meningkat beratus-ratus setiap hari awal tahun ini, sepatutnya dapat menghentikan COVID-19 di Malaysia. Malangnya, Kerajaan gagal mengurus keadaan dengan 110,485 jangkitan menjelang 30 Disember, iaitu lebih banyak daripada China.

Jangkitan harian COVID-19 Malaysia kini merupakan yang kedua tertinggi di negara-negara ASEAN selepas Indonesia, dengan kita mencatatkan hampir dua ribu kes setiap hari. Terdapat kebimbangan nyata bahawa kemudahan kesihatan kita mungkin tidak dapat menangani jumlah jangkitan yang semakin meningkat.

Lebih buruk lagi, Kerajaan PN enggan membelanjakan RM2.1 bilion untuk melakukan pembelian awal vaksin COVID-19, yang mengakibatkan kita hanya akan menerimanya  dalam tempoh 2 hingga 3 bulan lagi, berbanding dengan negara jiran Singapura yang menerima penghantaran sekarang. Keengganan kerana kedekut dan lokek untuk menyediakan RM2.1 bilion adalah kesilapan yang lebih besar dan sangat tidak cekap berbanding penurunan penarafan kredit Malaysia oleh Fitch baru-baru ini.

Krisis pendidikan mempunyai kesan jangka panjang yang buruk bagi generasi masa depan kita. Dengan pelajar yang hanya menghadiri kelas selama 4 bulan tahun ini, ada keperluan mendesak untuk membelanjakan tambahan RM4 bilion untuk membeli komputer riba untuk setiap orang dan meningkatkan rangkaian internet untuk membolehkan pembelajaran atas talian.  Kita tidak mampu untuk membiarkan anak muda kita terus tercicir.

Kegagalan Kerajaan PN untuk menangani ketidakstabilan politik yang disebabkan oleh majoriti 2 kerusi parlimen, kesihatan, ekonomi dan pendidikan menyebabkan krisis keyakinan. Vietnam telah pun mengatasi Malaysia daripada segi ekonomi dengan KDNK yang lebih besar untuk pertama kalinya.

Untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan mereka menangani krisis lima berganda, anggota Kerajaan yang tidak dipilih ini terus membuat kenyataan politik atau mengambil tindakan yang memecahbelahkan rakyat atau menyakiti sentimen banyak rakyat Malaysia, terutama golongan wanita dan minoriti. Rakyat Malaysia mesti bersatu menentang puak assobiyah dan pelampau agama ini. Kita bersatu sebagai satu bangsa, tanah ini milik semua warganegara.

Rakyat Malaysia tidak boleh berputus asa dalam usaha kita untuk membolehkan semua orang menikmati peluang yang sama dan anak-anak kita dapat menyerlahkan sepenuhnya potensi mereka. Kita harus memberi harapan kepada rakyat Malaysia, terutama golongan wanita dan minoriti, bahawa mereka akan diiktiraf atas pencapaian mereka di sini dan tidak hanya diraikan sebagai rakyat Malaysia apabila mereka berjaya di negara asing.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2020年12月31日在吉隆坡发表2021年元旦献词:

解决马来西亚五重危机

2020年是新冠肺炎病毒全球大流行的一年,并在我国引发了健康、政治、经济、教育和信心危机。遗憾的是,非民选产生的国盟政府未能解决这五重危机,而此事应该在新的一年里被任何一个政府列为决议事项。

今年年初,在新冠肺炎确诊病例增加了数百起后,政府随即在全国落实行动限制令,以阻断新冠病毒的传播。遗憾的是,政府对疫情处理不当,使得我国在12月30日,累计病例达11万485宗,超越了中国的确诊病例数量。

我国每日新增约2000宗新冠肺炎确诊病例,在东盟国中排第二高,仅次于印尼。最令人担忧的是,我们的医疗设施可能无法应付与日俱增的感染病例。

更糟糕的是,国盟政府拒绝支付21亿令吉以提早购获新冠疫苗,致使我们只能在2到3个月后才能收到疫苗。相比之下,邻国新加坡已经收货了。比起我国最近遭到惠誉下调主权信用评级,这种拒绝提供21亿令吉的小气而吝啬做法,是更大的失误和失职。

教育危机对我们的下一代带来长期不利影响。学生今年只到校上课4个月,政府迫切需要额外拨款40亿令吉来为每个人购买笔记本电脑,并为互联网连接进行升级,以便学生可上网学习。我们负担不起我们的年轻人不再获得学习。

国盟政府未能解决由2席微弱多数导致的政治不稳定、健康、经济和教育危机,进而导致信心危机。就连越南的国内生产总值也首次超越我国。

为了转移人民对政府无力解决五大危机的注意力,这个非民选政府的成员继续发表政治声明或以行动来分裂人民,伤害人民,特别是妇女或少数民族的感受。马来西亚人必须团结一致,对抗这些种族和宗教极端份子。我们团结为一,这片土地是属于所有公民的。

马来西亚人绝不能放弃我们的追求,好让每个人都享有平等机会,让我们的孩子都能发挥他们的最大潜能。我们必须给国人,特别是妇女和少数民族一份希望,即他们在这里的成就将获得认可,而不需等到他们在国外取得成功时才被誉为是马来西亚人。

林冠英


2021 New Year Message By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 31.12.2020:

Addressing Malaysia’s Quintuple Crisis

2020 is the year of the global pandemic COVID-19, triggering a quintuple health, political, economic, education and confidence crisis in the country. Unfortunately this quintuple crisis has not been addressed by the new unelected Perikatan Nasional(PN) government and should be the New Year resolution for any government.

A nation-wide lockdown imposed after daily COVID-19 infections increased by hundreds early this year, was supposed to break COVID-19 in Malaysia. Unfortunately, the government mishandled the situation with 110,485 infections by 30th December, more than China.

Malaysia’s daily COVID-19 infections is now the second highest in ASEAN countries after Indonesia, with us recording nearly two thousand cases daily. There is real concern that our health facilities may not be able to cope with the escalating number of infections.

Worse, the PN government refuses to cough up RM2.1 billion to make early purchases of the COVID-19 vaccines, resulting in us receiving them only in 2 to 3 months, as compared to our neighbour Singapore taking delivery now. Such a stingy and miserly refusal to make available RM2.1 billon is a bigger blunder and more incompetent than Malaysia’s downgrade in sovereign credit ratings by Fitch recently.

The education crisis has adverse long-term consequences for our future generation. With students only attending classes for 4 months this year, there is an urgent need to spend an additional RM4 billion to buy everyone a laptop and upgrade internet connectivity to allow for on-line learning. We cannot afford our young not to learn anymore.

The PN government’s failure to address political instability caused by its slim 2 seat Parliamentary majority, health, economic and education crisis has led to a crisis of confidence. Vietnam has even surpassed Malaysia economically with a larger GDP for the first time.

To distract attention from their failure to address the quintuple crisis, members of this unelected government continue to make political statements or take actions that divide the rakyat or hurt the sentiments of many Malaysians, especially women and minorities. Malaysians must unite against these racists and religious extremists. We unite as one nation, this land belongs to all citizens.

Malaysians must never give up our quest to allow everyone to enjoy equal opportunities and our children to realise their fullest potential. We must give hope to Malaysians, especially women and minorities, that they will be recognized for their accomplishments here and not only celebrated as Malaysians when they succeed in foreign countries.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top