Rakyat majmuk sambut Aidilfitri serlahkan semangat Malaysia

JAWI: Ketua Menteri Pulau Pinang Sdr Chow Kon Yeow menganggap rakyat berbilang kaum yang turut bersama-sama meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri menyerlahkan lagi semangat Malaysia yang sebenar.

Sdr Chow berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Jawi, anjuran bersama Pusat Khidmat ADUN Jawi dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Nibong Tebal.

“Bukan sahaja orang Islam setelah sebulan berpuasa (pada bulan Ramadan) meraikan Hari Raya Aidilfitri, bahkan rakyat yang berbilang kaum juga turut meraikan bersama-sama (umat Islam).

“Ini lah negara Malaysia yang kita sama-sama sanjungi,” ujarnya dalam majlis yang berlangsung di Gelanggang Sepak Takraw, Kampung Bagan Buaya, Changkat di sini pada 11 Jun 2019.

Berita penuh pada Buletin Mutiara:

Scroll to Top
Scroll to Top