Rakyat akan menderita akibat kerajaan PN tidak berfungsi & bersatu: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 10.6.2021:

Sekiranya Seorang Menteri Kabinet Tidak Tahu Apa Yang Berlaku Dengan Usaha Kerajaan Menangani Pandemik COVID-19 dan Program Vaksinasi, Masihkah Ada Harapan Untuk Rakyat?

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bukan sahaja mengetuai kerajaan yang gagal tetapi juga kerajaan yang tidak berfungsi dan tidak bersatu, yang hanya akan membawa Malaysia ke arah masa depan yang gelap tidak dijangka oleh akal. Kerajaan PN telah gagal untuk mengekang lonjakan terbaru kes COVID-19 dan jumlah kematian akibat semakin hilangnya kawalan, sehingga memerlukan ‘total lockdown’ PKP 4.0 dengan kesan buruk kepada ekonomi kita yang sedang dilanda kemelesetan.

Selain penderitaan tragis akibat pandemik COVID-19, pertengkaran terbuka antara Menteri-Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob dan Mohamed Azmin Ali, serta serangan terbuka oleh Menteri Tugas-Tugas Khas, Mohd Redzuan Md Yusof di Malaysiakini terhadap Muhyiddin, menunjukkan sebuah kerajaan yang tidak berfungsi dan tidak bersatu. Ini tidak dibantu oleh klip video pelik yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad yang menentang pembentukan Majlis Gerakan Nasional (MAGERAN) yang sangat berkuasa, secara hakikatnya satu pemerintahan diktator, mirip seperti pemerintahan negara ini dari tahun 1969 hingga 1971 selepas  rusuhan 13 Mei.

Tidak ada parti PH atau parti politik yang telah mencadangkan pembentukan MAGERAN. Ini menimbulkan lebih banyak persoalan sama ada PN berkuasa dalam mentadbir kerajaan. MAGERAN akan menggunakan kuasa mutlak untuk mentadbir negara dan secara langsung menggantikan fungsi Kabinet. Marzuki berpendapat bahawa Kabinet masih berfungsi, dan pelbagai Kementerian masih diperlukan.

Bagi Marzuki secara tiba-tiba melontarkan idea untuk menentang MAGERAN ketika Agong mengambil langkah belum pernah terjadi sebelum ini untuk mendapatkan pandangan pemimpin PH mengenai krisis kesihatan awam dan ekonomi negara semalam, menimbulkan kecurigaan bahawa ini adalah helah politik oleh Muyhiddin untuk mengalihkan perhatian dari hilangnya kepercayaan keseluruhan masyarakat terhadap pemerintahannya. Jika Muyhiddin benar-benar komited terhadap demokrasi, dia harus segera memanggil Parlimen, terutama apabila semua Ahli Parlimen telah divaksinasi.

Dakwaan palsu Marzuki bahawa Kabinet PN masih berfungsi tidak dibantu dengan serangan terbuka Mohd Redzuan terhadap pengurusan COVID-19 dan program vaksinasi yang tidak konsisten oleh kerajaannya sendiri. Redzuan meluahkan kekecewaannya kerana dia sebagai Menteri Kabinet tidak lagi diundang ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (NSC) bagi Covid-19 dan tidak tahu apa yang sedang berlaku. Sekiranya seorang Menteri Kabinet tidak tahu apa yang sedang terjadi dengan usaha kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 dan program vaksinasi, masihkah ada harapan untuk rakyat?

Lebih-lebih lagi, peperangan terbuka antara Ismail Sabri dan Azmin Ali telah membawa kepada dasar yang berubah-ubah dan pusingan U SOP, menyebabkan banyak kesulitan kepada perniagaan dan pekerja yang sudah menanggung kesan dari ‘total lockdown’. Ismail Sabri telah mengumumkan penutupan sepenuhnya negara kecuali 17 sektor ekonomi penting, yang telah diterbalikkan oleh Azmin dan yang kemudiannya ditolak lagi oleh Ismail Sabri.

Apabila Menteri tidak dapat menyelaraskan keputusan mereka dalam mesyuarat Kabinet, kerajaan sama sekali tidak mampu menyatukan rakyat untuk melawan dan memenangkan pertempuran memerangi COVID-19. Rakyat Malaysia menghadapi kemungkinan masa depan yang gelap dengan ketidakadilan yang dahsyat atau menderita akibat kerajaan yang tidak berfungsi dan tidak bersatu.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年6月10日在吉隆坡发表的文告:

如果连内阁部长都不知道政府如何应对新冠疫情的肆虐和疫苗接种计划,那么人民还有什么希望?

首相慕尤丁现在所领导的是一个失败的政府,也是一个功能失灵和分裂的政府,这样的局面可能会导致马来西亚走向一个失去理智的反乌托邦未来。如今,不断激增的冠病病例和失控的死亡人数,已让国盟政府招架不住,眼前所见极需落实第四次的全境封锁,这对我们正在衰退的经济而言将会是雪上添霜。

除了新冠疫情带来的悲催苦难之外,高级部长依斯迈沙比里和阿兹敏之间的公开矛盾,以及首相署(特别事务)部长礼端在《当今大马》对慕尤丁的公开批判,都表明了这个国家的政府是一个功能失调和分裂的政府。 而慕尤丁的首席私人秘书马祖基莫哈末所制作的一段奇怪视频,亦无助于让事情有所改善。视频中他反对组建一个集大权于一身的国家行动委员会,声称这实际上是一个独裁政权,类似于513暴动后,在 1969 年至 1971 年统治我国的独裁政权 。

耐人寻味的是,不只希盟诸党,也从没有任何政党提出建议要组建国家行动委员会。这令人纳闷,国盟是否还在状况内,它还能掌控政府的运作?马祖基莫哈末认为,内阁迄今仍然运作自如,而我们还是需要各个部门投入运行。国家行动委会一旦成立将全面取代内阁的职能,并行使绝对的权力来治理国。

当国家元首昨天史无前例地就我国的公共卫生和经济危机,一一咨询希盟诸党领导人之际,马祖基莫哈末突然抛出反对成立国家行动委会的说法,这让人怀疑是否为政治烟雾弹,企图为整个社会已对慕尤丁政府失去信心一事来转移视线。如果慕尤丁真心推崇民主,他应该立即召开国会,尤其是当前所有国会议员都接种了疫苗的情况下。

玛祖基试图抛出国盟内阁运作完好的政治烟雾弹,但礼端却公开抨击自己所属政府的抗疫表现和疫苗接种计划不一致。礼端对自己不再受邀出席国家安全理事会的防疫会议表示失望,并指自己不知道这究竟是怎么一回事。如果连内阁部长都不知道政府如何对新冠疫情的肆虐和疫苗接种计划,那人民还有什么希望?

此外,依斯迈沙比里和阿兹敏之间的公开对战,也导致政策朝令夕改及防疫标准作业程序U转,使得已经遭受全面封锁之苦的企业和员工的处境更为困难。依斯迈沙比里宣布我国进入全面封锁时仅允许17个关键领域继续运作,但阿兹敏却推翻了这一决定,尔后沙比里又推翻阿兹敏的决定。

当部长们无法在内阁会议里协调和统一他们的决定时,政府将无法团结人民以赢得对抗新冠疫情的战役。马来西亚人可能会面对充斥着严重不公的反乌托邦未来,或因政府功能失灵和分裂而遭受痛苦。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 10.6.2021:

If Even A Cabinet Minister Does Not Know What Is Going On With The Government’s Response To The COVID-19 Pandemic And Vaccination Drive, What Hope Is There For The Rakyat?

Prime Minister Muhyiddin Yassin is not only heading a failed government but also a dysfunctional and disunited government that will only lead Malaysia to a possible dystopian future bereft of reason. The PN government had failed abysmally to contain the current surge in COVID-19 cases and death toll from spiralling out of control, necessitating a total lockdown MCO 4.0 with adverse repercussions for our recession-hit economy.

Apart from the tragic suffering of the COVID-19 pandemic, the open spat between Senior Ministers Ismail Sabri Yaakob and Mohamed Azmin Ali, as well as public attack by Special Functions Minister Mohd Redzuan Md Yusof in Malaysiakini against Muhyiddin, points to a dysfunctional and disunited government. This is not helped by a bizarre video clip made by Muhyiddin’s principal private secretary Marzuki Mohamad opposing the formation of an all-powerful National Operations Council (NOC), effectively a dictatorship, similar to the one that ruled the country from 1969 to 1971 after the May 13 riots.

No PH parties nor any political parties have suggested the formation of a NOC. This raises more questions of whether PN is in control of running the government. The NOC will exercise absolute power to govern the country and effectively replaces the functions of Cabinet. Marzuki argued that the Cabinet can still function, and various Ministries were still needed.

For Marzuki to suddenly throw up the idea of opposing a NOC when the King is taking the unprecedented step of consulting leaders of PH yesterday on the country’s public health and economic crisis, lends suspicion that this is a political red herring by Muyhiddin to divert attention from the whole-of-society loss of confidence in his government. If Muyhiddin is genuinely committed towards democracy, he should convene Parliament immediately, particularly when all MPs have been vaccinated.

Marzuki’s spurious claim of a functioning PN Cabinet is not helped by Mohd Redzuan’s open attack on his own government’s handling of COVID-19 and gross inconsistency in the vaccination drive. Redzaun expressed disappointment that he is no longer invited as a Cabinet Minister to National Security Council (NSC) meetings on Covid-19 and does not know what is going on. If even a cabinet minister does not know what is going on with the government’s response to the COVID-19 pandemic and vaccination drive, what hope is there for the rakyat?

Further, the open warfare between Ismail Sabri and Azmin Ali has led to policy flip-flops and SOPs U-turns, causing much distress to businesses and workers already suffering from the full lockdown. Ismail Sabri had announced the full closure of the country except for 17 essential economic sectors, which Azmin had over-turned and which was then later over-ruled again by Ismail Sabri.

When Ministers cannot harmonise their decisions in Cabinet meetings, the government is totally incapable of uniting the people to fight and win the battle against COVID-19. Malaysians face a possible dystopian future of great injustice or suffering from such a dysfunctional and disunited government.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top