KL2017: Go for Gold!!
Pulau Pinang ucap tahniah kepada pasukan bola sepak negara kerana berjaya masuk ke perlawanan akhir Sukan SEA KL2017!
Harimau Malaya bakal bertemu Gajah Perang (Thailand) pada 29 Ogos 2017 di Stadium Shah Alam.
Kita yakin bahawa semangat lagenda bola sepak negara, Datuk Shukor Salleh, bakal menggegarkan Stadium Shah Alam nanti!
Datuk Shukor Salleh, anak kelahiran Tanjung Bungah mula bermain untuk pasukan bola sepak Pulau Pinang sejak umur 18 tahun pada 1966, dan kemudiannya untuk team kebangsaan pada tahun 1971. Sehingga persaraan beliau, Datuk Shukor Salleh telah menyarung jersi Malaysia sebanyak 215 kali!
Beliau berturut-turut memenangi pingat emas Sukan SEA, pada tahun 1977 di Kuala Lumpur dan 1979 di Jakarta.
Datuk Shukor Salleh antara pemain utama yang berjaya membawa Team Malaysia ke Sukan Olimpik Moscow 1980, walaupun akhirnya Malaysia telah memboikot acara tersebut.
Kali ini, 3 pemain Pulau Pinang akan bermain dalam Team Malaysia: S. Kumaahran (Jersi No.10), Mohd. Syamer B. Kutty Abba (Jersi No.14), Muhd. Jafri b. Muhd Firdaus (Jersi No.11)
Gajah Perang mangsa seterusnya Harimau Malaya!
Kita ucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada mereka dan pasukan Malaysia!
Pulau Pinang ada 54 orang atlet dalam kontinjen Sukan SEA Malaysia tahun ini.
#Go4Gold #I❤Penang #I❤Malaysia