Pulau Pinang telah laksanakan pelbagai inisiatif meningkatkan suara & perwakilan kaum wanita dalam pentadbiran negeri: Senator Hui Ying

KENYATAAN MEDIA YB SENATOR PUAN LIM HUI YING, AHLI DEWAN NEGARA MERANGKAP SETIAUSAHA DAP PULAU PINANG:

WANITA EJEN PENGUBAH MASA DEPAN NEGARA

‘Saksama Bersama’ adalah tema sambutan Hari Wanita tahun ini tetapi golongan wanita masih berdepan cabaran di pelbagai peringkat.

Secara puratanya, wanita masih meraih gaji sebanyak 94 sen bagi setiap seringgit yang diterima oleh golongan lelaki.
(https://www.malaysiakini.com/news/553303)

Amat kecewanya, kedudukan Malaysia dalam Indeks Jurang Gender Global 2021 jatuh lapan anak tangga.
(https://www.astroawani.com/berita-malaysia/indeks-jurang-gender-global-2021-kedudukan-malaysia-jatuh-291023)

Kenapa golongan wanita masih lagi menjadi mangsa ketidakadilan sistem ini walaupun selepas 64 tahun kita Merdeka? Adakah tema seperti ‘Saksama Bersama’ sekadar pemanis ayat kerajaan?

Jurang antara slogan dan realiti masyarakat membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional telah gagal memperjuangkan kedudukan dan hak kaum wanita selama ini.

Pulau Pinang di bawah kerajaan Pakatan Harapan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memartabatkan golongan wanita, meningkatkan suara dan perwakilan kaum wanita dalam pentadbiran negeri.

Pada tahun ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melantik 9 Ahli Majlis wanita bagi memastikan wanita terlibat sebagai penggubal dasar di peringkat kerajaan tempatan.

Sidang Wanita melatih 50 orang wanita yang telah dipilih untuk menyertai simulasi Dewan Undangan Negeri dan masing-masing memainkan peranan sebagai Ahli EXCO dan ADUN Kawasan.

Selain itu, inisiatif kerajaan negeri Pulau Pinang di tahap akal umbi yang terbaru pula adalah penubuhan 40 Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) di mana 600 wanita dilantik sebagai pemimpin dan penggerak komuniti. Platform JPWK ini adalah yang pertama di Malaysia.

Kerajaan Pakatan Harapan negeri Pulau Pinang telah membuktikan bahawa kedudukan dan peranan wanita boleh diperkasakan melalui sistem pentadbiran yang cekap serta menunjukkan iltizam kerajaan negeri dalam mencapai kesaksamaan gender dengan mengenalpasti keperluan, keutamaan dan kepentingan wanita.

Justeru itu, saya ingin menyeru golongan wanita melangkah kehadapan dan menuntut kesaksamaan yang sebenar. Wanita harus bangkit memperjuangkan sistem pentadbiran yang benar-benar komited mengurangkan jurang antara gender.

LIM HUI YING


国会上议员兼民主行动党槟州秘书林慧英媒体文告:

女性是改变国家未来的原动力

“共享公正”(Saksama Bersama)是今年的妇女节主题,然而女性在各个领域层面仍面临挑战。

平均而言,男性每赚取一令吉时,女性却仍然只赚取 94 仙。
(https://www.malaysiakini.com/news/553303)

令人失望的是,马来西亚在 2021 年全球性别差距指数中的排名下降了8位。
(https://www.astroawani.com/berita-malaysia/indeks-jurang-gender-global-2021-kedudukan-malaysia-jatuh-291023)

为什么我们即使在独立 64 年后,女性仍然成为制度不公的受害者呢?像“共享公正”这样的主题只是政府的甜言蜜语吗?

口号与社会现实的差距证明,国阵和国盟政府一直以来都无法为妇女的地位和权利而斗争。

相反,希盟政府领导下的槟州则实施了多项举措,以提升女性地位、增加女性在州政府中的发言权和代表性。

槟州政府在今年任命了 9 名女性议员,以确保女性在地方政府层面参与决策。

槟州女性议会也培训了 50 名被选中参加模拟州议会的女性,她们分别扮演了行政议员和州议员的角色。

除此之外,槟州政府在基层的最新举措是成立 40 妇女及家庭发展委员会(JPWK),其中 600 名女性将被任命为社区领袖和组织者。这个JPWK 平台全马首创。

槟城希盟政府已经证明,女性的地位和贡献可以通过有效的行政体系来赋予权力,并通过确定女性的需求、优先事项和利益,同时也证明州政府对实现性别平等的承诺。

因此,我想呼吁女性站出来,要求真正的平等。女性应该站出来为真正致力于缩小性别差距的政权而战。

林慧英


PRESS STATEMENT BY LIM HUI YING (DEWAN NEGARA SENATOR & DAP PENANG STATE SECRETARY) ON TUESDAY, 8 MARCH 2022:

WOMEN ARE AGENTS OF CHANGE FOR THE COUNTRY’S FUTURE

‘Saksama Bersama’ is the theme for the Women’s Day celebration this year but women are still facing challenges at various levels.

On average, women only earn 94 cents for every ringgit earned by men.
(https://www.malaysiakini.com/news/553303)

Most disappointingly, in the 2021 Global Gender Gap Index, Malaysia fell 8 places, ranking at 112th out of 156 countries.
(https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2021/04/02/strategy-to-close-gender-gap-at-work)

After 64 years of independence, why are women still victims of injustice in our country’s system? Is a slogan such as ‘Saksama Bersama’ just lips service by the federal government?

The gap between the slogan and reality of our society proves that the Barisan Nasional and Perikatan Nasional government have failed to champion for gender equality and women’s rights.

Penang, under the Pakatan Harapan (PH) state government has implemented various initiatives to uplift women and make their voices heard as well as increasing their representation in the state’s administration.

In 2022, the Penang State Government has appointed 9 female councillors to ensure that women are involved as policy makers at the local government level.

Apart from that, ‘Sidang Wanita’ has trained 50 women who had been selected to participate in the State Legislative Assembly simulation, while each of them played the role of State Executive Council member and State Assemblyperson.

Moreover, the latest initiative by the state at the grassroots level saw the establishment of 40 Women and Family Development Committees (JPWK) where 600 women were appointed as community leaders and mobilisers. This JPWK platform is the first in Malaysia.

The PH Penang State Government has proven that women’s positions and roles can be empowered through an effective system and this highlights the state’s commitment in achieving gender equality by identifying the needs, priorities and interests of women.

Thus, I would like to call upon all women to step forward and demand for real equality. Women should rise up to fight for a system that is truly committed to reducing the gender gap.

LIM HUI YING

Scroll to Top
Scroll to Top