
Kenyataan Media Zairil Khir Johari (EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan), 21 Disember 2020:
Pulau Pinang Negeri Pertama Menguatkuasakan Pemasangan Infrastruktur Komunikasi Sebagai Utiliti Asas Setaraf Dengan Bekalan Air dan Elektrik
- Selaras dengan matlamat gagasan Penang 2030, Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus komited untuk memastikan penyediaan infrastruktur digital yang menyeluruh dan berkualiti tinggi bagi menampung keperluan norma baharu serta menyokong pemangkinan ekonomi digital di negeri ini.
- Di bawah perancangan strategik Penang Connectivity Master Plan (PCMP), Kerajaan Negeri telah menggariskan keperluan untuk menguatkuasakan pemasangan infrastruktur komunikasi tetap sebagai salah satu infrastruktur asas yang telah diperuntukkan di bawah Undang-undang Kecil 25 dan 27 di bawah Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
- Justeru, sukacita diumumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) pada 17 Disember 2020 telah memutuskan agar pihak pemaju kini diwajibkan untuk menyediakan infrastruktur telekomunikasi gentian optik di dalam mana-mana bangunan atau kawasan skim pemajuan baharu di seluruh Negeri Pulau Pinang.
- Keputusan ini adalah bagi menyokong penggunaan jalur lebar berkelajuan tinggi di negeri Pulau Pinang memandangkan penggunaan wayar jenis copper tidak lagi relevan.
- Untuk makluman semua, Negeri Pulau Pinang sekali lagi menjadi peneraju dan perintis selaku negeri yang pertama di Malaysia yang melaksanakan dasar bagi mengiktiraf infrastruktur fiber gentian optik sebagai utiliti asas, setaraf dengan bekalan elektrik dan air.
- Ini juga selari dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan melalui pelaksanaan pelan infrastruktur digital iaitu Jalinan Digital Negara atau lebih dikenali sebagai JENDELA.
- Penguatkuasaan pemasangan infrastruktur komunikasi ini bukan sahaja menjadi pemboleh (enabler) utama dalam mencapai matlamat ketersediaan kelajuan gigabit ataupun Gigabit State yang pertama di Malaysia, tetapi dapat mempercepatkan proses pelaksanaan teknologi capaian 5G yang bakal direalisasikan.
- Dengan pelaksanaan dasar ini, Negeri Pulau Pinang bukan sahaja dapat membekalkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang meluas kepada rakyat Negeri Pulau Pinang, tetapi juga memangkinkan sektor ekonomi digital yang disasarkan sebagai salah satu industri masa depan yang penting bagi negeri kita ini.
Zairil Khir Johari
EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan
Negeri Pulau Pinang

槟州基设与交通事物委员会主席再里尔于12月21日文告:
槟城成为全马第一州,强制安装通讯基设,并强调通讯设施想等于水电供应基设
再里尔宣布,槟州行政议会于本月17日议决,所有发展商必须在新屋业发展项目中安装通讯光纤。
他说,配合槟州2030年愿景,槟州政府承诺将会提供州民更完善和高素质的数码设施,以应对新常态下的需求,同时也有助催化州内的数码经济。
他说,在槟州互联网链接大蓝图下,槟州政府根据地方政府1984年的统一建筑物条例第25和27条款,规定通讯设施必须列为其中一项基设。
“这项决定是为了取代铜线,而让大家使用高速宽频服务。”
他也强调,槟州再成为全马第一,规定通讯光纤设施被列为基设,与水电基设同等。
“这也符合了国家的愿景,即落实“国家数码网络”(JENDELA)。”
他表示落实安装是项通讯设施,不只成了槟州实现马来西亚首个“千兆州”的催化剂外,同时也加速了即将落实的5G科技进程。
他说,在这项措施下,槟州不只提供高速宽频服务予广泛州民,也促进了国家数码经济领域的发展,而该领域也被视为州内未来重要发展。