PULAU PINANG JUGA MENDESAK AGAR PPR UNIT DI PULAU PINANG DIKHUSUSKAN KEPADA GOLONGAN PENDAPATAN RENDAH IAITU DIBAWAH RM1,500 BERBANDING DENGAN HAD PENDAPATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PADA RM3,000 UNTUK MELINDUNGI HAK GOLONGAN PENDAPATAN RENDAH YANG MEMERLUKAN KEDIAMAN
Saya merujuk kepada permohonan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang bertarikh 13 September 2017 kepada YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan agar lebih banyak Projek Perumahan Rakyat (PPR) dibina di Negeri Pulau Pinang.
Ini adalah seakibat daripada jawapan Kerajaan Persekutuan di Parlimen kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang bertarikh 24 Mei 2016 yang mengesahkan bahawa di seluruh negara Malaysia, Pulau Pinang merupakan negeri yang mempunyai bilangan unit PPR yang terendah, iaitu 999 unit berbanding dengan jumlah 102,118 unit PPR di seluruh negara.
Adalah amat penting bahawa unit sebegini diperuntukkan kepada golongan pendapatan rendah oleh Kerajaan Persekutuan dibawah skim penyewaan PPR yang adalah tanggungjawab mereka.
Ia juga harus dimaklumkan bahawa di Pulau Pinang, kami tidak dapat menerima khususnya dari segi kelayakan untuk unit PPR di mana had pendapatan sepatutnya tidak melebihi RM1,500 berbanding dengan keputusan Kerajaan Persekutuan yang meningkatkan had pendapatan tersebut kepada tidak melebihi RM3,000.
Ini akan menjadikan satu halangan kepada golongan pendapatan rendah yang menerima pendapatan bulanan di bawah RM1,500 untuk mengakses unit penyewaan PPR ini.
Saya juga telah mengarahkan Bahagian Perumahan Pulau Pinang untuk memastikan unit-unit PPR di Pulau Pinang hanya boleh disewakan kepada mereka yang mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500 sehingga di mana Kerajaan Persekutuan membekalkan lebihi banyak unit PPR agar kami dapat membuat penawaran kepada pemohon di dalam senarai menunggu di Pulau Pinang iaitu setakat kini 1,662 pemohon.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus memastikan bahawa hanya pemohon yang berkelayakan akan ditawarkan unit-unit penyewaan PPR sebegini.