Wed. Oct 14th, 2026

Kenyataan Media Joshua Woo Sze Zeng, ADUN Pulau Tikus
2 December 2025

Pulau Pinang memang istimewa.

Keistimewaan ini menyebabkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, sering berhasrat untuk menakluknya, atas alasan Pulau Pinang asalnya milik Kedah.

Seperti Sulu tuntut Sabah; Sanusi pula tuntut Pulau Pinang.

Tetapi Sanusi berdiam diri tentang Perlis, tetapi hanya mahu Pulau Pinang. Perlis juga asalnya milik Kedah sebelum merdeka. Jadi, kenapa?

Kerana Pulau Pinang lebih maju.

Pulau Pinang memiliki daya huni tinggi.

Pulau Pinang mempunyai pendapatan negara kasar per kapita (PNK) yang tinggi.

PNK Pulau Pinang adalah RM 75,700. Kedah adalah RM 27,200, di bawah purata nasional.

Sanusi mengimpikan peranan sebagai penjajah, sama seperti British dahulu.

Namun, terdapat perbezaan ketara.

Apabila British menjajah Pulau Pinang, ia adalah kawasan yang mundur.

British kemudian membangunkan Pulau Pinang dengan membina pelabuhan antarabangsa, melaksanakan perancangan bandar moden, serta membina sekolah dan hospital terawal, menjadikan Pulau Pinang lebih maju daripada Kedah.

Sebaliknya, Sanusi pula bercita-cita menjajah negeri yang sedia maklum lebih maju daripadanya, negeri yang daya huni dan pendapatan PNK jauh lebih tinggi.

Inilah perbezaannya: British adalah penjajah yang membawa kemajuan. Manakala Sanusi adalah individu yang gagal memajukan negerinya sendiri, tetapi ingin menakluk negeri yang sudah sedia maju.


槟城确实是个特别的州属。

正因槟城的特别,惹来吉打州务大臣沙努西反复声称槟城“属于吉打”,并大言不惭要“收回槟城”,理由是槟城原本属于吉打。

这一论调就如同苏禄声称沙巴是他们的;沙努西则声称槟城是吉打的。

但耐人寻味的是,沙努西从不提玻璃市。玻璃市在独立前同样属于吉打领土,但沙努西为何总是选择性失明呢?

原因很简单:因为玻璃市无法带来政治资本,而槟城可以。因为槟城比吉打发达得多。

槟城在宜居指数、经济活力与产业布局上皆领跑全国。以人均国民总收入(GNI)为例,槟城达到 RM75,700;而吉打只有 RM27,200,明显低于全国平均水平。

沙努西总幻想着把自己塑造成“可以收回领土的领袖”,就像当年的英国殖民一样。

然而,两者之间有着巨大的差别。

英国殖民槟城时,这里还是落后的地区。

英国随后通过建设国际港口、实施现代城市规划、兴建最早期的学校与医院,把槟城发展得比吉打先进得多。

但沙努西则相反,他想要的不是带领落后地区走向进步,而是想占有一个本来就比自己更发达的州属。

这是两种“殖民者”的本质差别:英国殖民者推动现代化发展;沙努西妄想以领土口号掩盖治理乏力。

归根到底,槟城的发展靠的是长期的规划、投资与治理;而非像沙努西这样,一个无法提升自身发展水平,把政治情绪当作治理成绩的领袖。

槟城,不需要这种“殖民者”。