KENYATAAN MEDIA
KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG BEKERJASAMA DENGAN UNDI18 UNTUK MENINGKATKAN PERSEDIAAN POLITIK ANAK MUDA PULAU PINANG
Pada 1 September 2021, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen 2021 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) untuk meminda Perlembagaan Negeri bagi menurunkan usia minimum yang diperlukan untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri daripada 21 tahun kepada 18 tahun. RUU tersebut dibentangkan oleh EXCO Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Soon Lip Chee, dan mendapat sokongan merentas parti dalam pelaksanaannya. Pindaan ini selaras dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan berikutan pengesahan RUU Undi18 yang sebulat suara.
Berikutan pindaan progresif ini, YB Soon Lip Chee secara rasmi melancarkan Calon18: Penang Edition, sebuah program persediaan politik yang dianjurkan oleh UNDI18, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC).
Program ini bertujuan untuk melengkapkan anak muda Pulau Pinang, yang kini layak bertanding dalam pilihan raya negeri Pulau Pinang, dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk pencalonan. 120 anak muda berusia 18 hingga 30 tahun yang dilahirkan atau sedang menetap di Pulau Pinang akan menyertai program dua bulan ini yang terdiri daripada tujuh bengkel dengan topik-topik seperti Pembiayaan Politik dan Pengumpulan Dana serta Prosedur Parlimen. Setiap bengkel akan dikendalikan oleh pakar dalam bidang yang berkaitan.
EXCO Belia dan Sukan Pulau Pinang, YB Soon Lip Chee menyatakan kegembiraannya atas pelancaran inisiatif Calon18 untuk belia Pulau Pinang: “Selaras dengan membenarkan anak muda untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya dari segi undang-undang, kita juga perlu memainkan peranan bagi menyediakan anak muda tersebut secara praktikal untuk bertanding sebagai calon. Adalah diharapkan bahawa melalui program Calon18: Penang Edition, anak muda Pulau Pinang memanfaatkan peluang pembangunan dan persediaan politik yang sedia ada ini, serta dapat memainkan peranan bagi membangunkan negara Malaysia yang disayangi sebagai sebuah negara yang bebas, adil, dan maju.”
Pengurus Besar PYDC, Dr Gwee Sai Ling menyeru anak-anak muda Pulau Pinang agar tidak melepaskan peluang ini: “Dengan platform sebegini, saya percaya bahawa ia akan memberi peluang untuk golongan belia di Pulau Pinang melengkapkan diri dengan pengetahuan konsep serta kemahiran praktikal dan bersedia untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya dan sedia berkhidmat untuk rakyat. Saya percaya bahawa ia akan dapat menggalakkan penyertaan dan penglibatan aktif golongan belia dalam menyumbang idea untuk pembangunan masyarakat, negeri serta negara.”
Tharma Pillai, Pengasas Bersama UNDI18, menyatakan dalam ucapannya semasa sidang media pelancaran program Calon18: Penang Edition bahawa: “Calon18 adalah usaha kita untuk membina pelapis pimpinan anak muda yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara dan negeri Pulau Pinang. Selari dengan semangat UNDI18, suara anak muda harus didengari.”
UNDI18 percaya bahawa program ini akan menjadi titik permulaan bagi para belia Pulau Pinang untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang kompeten. Permohonan untuk menyertai program ini kini dibuka di tinyurl.com/calon18apply dan akan ditutup pada 11.59 malam pada hari Ahad, 17 Oktober 2021.
UNDI18 juga berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri lain untuk melaksanakan program Calon18 di negeri masing-masing. Calon18 bertujuan untuk melengkapkan semua anak muda Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan persediaan politik untuk bertanding dalam pilihan raya negeri seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 4 RUU Undi18.
MEDIA STATEMENT
PENANG STATE GOVERNMENT COLLABORATES WITH UNDI18 TO PROMOTE POLITICAL LITERACY AMONG PENANG YOUTHS
On 1 September 2021, the Penang State Legislative Assembly passed the Penang State Constitution (Amendment) Enactment 2021 Bill to amend its State Constitution to lower the minimum age required to be a member of the State Legislative Assembly from 21 years old to 18 years old. The said bill was tabled by the Youth and Sports Executive Councillor of Penang, YB Soon Lip Chee, and garnered bipartisan support in its implementation. This amendment was in accordance with the amendment of the Federal Constitution following the unanimous passing of the Undi18 bill.
Following this progressive amendment, YB Soon Lip Chee has officially launched Calon18: Penang Edition, a political literacy programme powered by UNDI18, in partnership with the Penang State Government and the Penang Youth Development Corporation (PYDC).
This programme aims to equip Penang youths, who are now eligible to contest in Penang state elections, with the necessary knowledge and skills to do so. 120 youths aged 18 to 30 years old, born or currently residing in Penang will participate in this two-month programme consisting of a series of seven workshops with topics ranging from Political Financing and Fundraising to Parliamentary Procedures. Each workshop will be conducted by an expert in the related field.
Penang’s Youth and Sports Executive Councillor YB Soon Lip Chee expressed his triumph on the maiden launch of the Calon18 initiative for Penang youths: “In line with allowing youths to be eligible to contest as a candidate in state elections, we need to play a role to prepare the said youths with practical skills to contest as a candidate. It is my hope that through this programme Calon18: Penang Edition, the youths of Penang can utilise this opportunity to develop themselves and improve their political literacy, and play a part in developing Malaysia to be free, equal and progressive.”
PYDC General Manager Dr Gwee Sai Ling encouraged the youths of Penang to take on this opportunity: “With a platform like this, I believe the youths of Penang will be given a chance to equip themselves with the concept and practical skills and prepare themselves to contest as a candidate in state elections and be ready to serve the rakyat. I believe that this programme will encourage the youths to actively participate and involve themselves in contributing ideas to the development of the community, state and country.”
Tharma Pillai, co-founder of UNDI18, noted in his speech during Calon18: Penang Edition’s Press Conference earlier in the morning that: “Calon18 is a joint effort to raise a generation of young leaders that is capable of contributing to the development of the country and the Penang state. In line with UNDI18’s spirit, the youth’s voice must be heard.”
UNDI18 strongly believes that this programme will serve as a starting point for Penang youths to become competent members of the State Legislative Assembly of Penang. Applications to join the programme are now open at tinyurl.com/calon18apply and will close at 11.59 pm on Sunday, 17 October 2021. UNDI18 also looks forward to working with other state governments to implement the Calon18 programme in the respective states. Calon18 aims to eventually equip all Malaysian youths aged 18 and above with the political literacy to contest in state elections as stipulated in Section 4 of the Undi18 bill.