Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Sdr Jagdeep Singh Deo:
Pulau Pinang bakal tubuhkan Perbadanan Digital Pulau Pinang untuk koordinasikan dan selaraskan semua inisiatif Negeri Pintar kami daripada sudut perancangan, infrastruktur dan perlaksanaan projek.
Sebelum ini, Pulau Pinang memimpin dari segi inisiatif Negeri Pintar yang dilaksanakan seperti berikut:
1) Perpustakaan Digital Pulau Pinang dan Perpustakaan Islam pertama di Malaysia;
2) Projek perintis teknologi jalur lebar tanpa wayar Facebook (Terragraph) yang pertama dijalankan di Asia;
3) Pemasangan CCTV dengan pengecaman wajah yang pertama di Malaysia;
4) Penggunaan Sistem Parkir Pintar di seluruh negeri yang pertama di Malaysia;
5) Negeri pertama untuk menukarkan semua lampu jalan kepada LED;
6) Pemasangan panel solar di kemudahan awam.
Gembira berada di sini untuk pelancaran Perhentian Bas Pintar di Batu Uban di bahagian Pulau selepas pelancaran Perhentian Bas Pintar pertama di Seberang pada Mei tahun ini.
槟城将成立槟城数码机构,以简化所有智能州属计划,包括规划,基础设施和项目执行。
至今,槟城持续领先,我们已经执行了几项智能州属计划,例如:
1)马来西亚第一个槟城数字图书馆和伊斯兰教数字图书馆;
2)亚洲第一个面子书无线宽带技术(Terragraph);
3)马来西亚第一个面部识别闭路电视系统;
4)首个智能停车系统;
5)第一个将所有路灯转换为发光二极管路灯的州属;
6)在所有地方政府公共设施上安装太阳能电池板;
在今年5月于威省推出首个智能巴士站后,很高兴来到槟岛峇都蛮另一个智能巴士站。
Penang to establish Digital Penang Corporation to streamline and coordinate all our Smart State initiatives from planning, infrastructure and execution of projects.
To date, Penang leads, whereby we have had Smart State initiatives executed such as:
1) First Penang Digital Library and Islamic Digital Library in Malaysia;
2) First Facebook Terragraph wireless broadband technology being carried out in Asia;
3) First facial recognition CCTV in Malaysia;
4) First state to install Smart Parking System;
5) First state to convert all street lighting to LED;
6) Solar panels to be used in local council public facilities;
Happy to be here at the launching of Smart Bus Stop at Batu Uban on the Island after having launched the first Smart Bus Stop in Seberang in May this year.
Kerajaan Negeri bakal tubuhkan Perbadanan Digital Pulau Pinang
Kerajaan Negeri bakal menubuhkan sebuah badan dikenali sebagai Perbadanan Digital Pulau Pinang atau Digital Penang Corporation (DPC) tidak lama lagi bagi memacu pembangunan inisiatif digital dan pintar di negeri ini.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Sdr Jagdeep Singh Deo berkata, perincian mengenai peranan dan struktur perbadanan berkaitan bakal diumumkan kelak.
“Selaras dengan Visi Penang2030, segala inisiatif digital dan pintar akan diletakkan di bawah satu ‘payung’ kelak yang mana sekarang ini ia terbahagi mengikut portfolio.
“Di bawah perbadanan ini, segala usaha akan dikoordinasikan bagi memantapkan lagi pembangunan digital dan pintar di negeri ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Projek Perintis Smart Bus Stop di Jalan Sungai Dua dekat sini, pagi ini.
Berita penuh di Buletin Mutiara: