Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 27.7.2021:
Kepincangan Dan Kecuaian Dalam Tatacara Pembatalan 6 Ordinan Darurat Yang Menimbulkan Kekeliruan Rakyat Adalah Satu Lagi Petanda Sebuah Kerajaan Gagal.
Kerajaan PN bukan sahaja telah menghina Parlimen secara terbuka tetapi juga gagal menghormati prinsip Rukunegara dalam Kedaulatan Undang-Undang. Setelah mendapat tekanan yang hebat daripada Pembangkang di Parlimen semalam, Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan telah membuat pengumuman yang luar biasa secara gopoh dan tergesa-gesa bahawa kerajaan tidak akan melanjutkan Proklamasi Darurat selepas 1 Ogos dan telah memutuskan untuk membatalkan enam Ordinan Darurat yang berkuatkuasa pada 21 Julai 2021, telah mengheret seluruh negara ke dalam kekeliruan yang besar.
Tidak ada pengumuman awal sebelum sidang Parlimen pada 26 Julai, bahawa Yang DiPertuan Agong telah membatalkan 6 ordinan darurat yang diikuti dengan Warta Kerajaan Persekutuan seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan. Tidak ada kenyataan bertulis yang jelas dikeluarkan bagi menyatakan 6 Ordinan Darurat yang telah dibatalkan, bersama dengan warta persekutuan yang perlu dibentangkan di Parlimen sebagaimana yang dikehendaki di bawah Artikel 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Sebaliknya, pihak pembangkang terpaksa memaksa kerajaan untuk memberikan maklumat tersebut. Daripada lenggok badan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Takiyuddin ketika ditekan oleh Ahli Parlimen Pembangkang semalam, nampak seperti Yang DiPertuan Agong masih belum memberikan perkenan Diraja dan sebab itu tiada warta Persekutuan.
Oleh kerana tidak ada Warta Kerajaan Persekutuan, maka kerajaan perlu membentangkan usul di Parlimen sebagaimana yang dikehendaki di bawah Artikel 150 (3) Perlembagaan Persekutuan supaya 6 Ordinan Darurat berkenaan dibatalkan. Jika tidak, pengumuman oleh Takiyuddin gagal memberikan kepastian, kejelasan dan ketekalan yang amat penting bagi urus tadbir keadilan. Kekeliruan besar yang disebabkan oleh kegagalan untuk menegakkan undang-undang adalah satu lagi petanda kerajaan gagal.
Bayar Semula Mereka Yang Telah Membayar Lebih Daripada RM1,000 Untuk Individu Dan RM50,000 Untuk Badan Korporat Bagi Kompaun Yang Dikeluarkan Selepas 21 Julai.
Kepincangan dan kecuaian dalam tatacara pengumuman penting ini menunjukkan ketidakcekapan kerajaan dan bahawa ia didorong oleh pertimbangan politik semata-mata. Darurat yang diisytiharkan pada 12 Januari jelas merupakan penyalahgunaan kuasa oleh PN yang dilakukan bukan untuk menangani pandemik COVID-19, tetapi untuk memastikan survival politik mereka sendiri setelah kehilangan majoriti Parlimen. Ini dibuktikan oleh tsunami kes COVID-19 dalam tempoh darurat yang melebihi satu juta kes secara kumulatif pada 25 Julai dan rekod tertinggi 207 kematian pada 26 Julai menjadikan jumlah kematian melebihi 8,000.
Keengganan kerajaan untuk menjernihkan kekeliruan ini akan memberi banyak implikasi praktikal dalam pentadbiran kerajaan kerana Ordinan Darurat yang masih mempunyai keberkesanan undang-undang. Persoalan terbesar adalah keabsahan perundangan bagi 2,200 kompaun yang dikeluarkan terhadap individu antara 21 Julai dan 25 Julai seperti yang dilaporkan di Malaysiakini. Ordinan Darurat telah digunakan untuk menaikkan hukuman maksimum terhadap pelanggaran sekatan PKP dari RM1,000 kepada RM10,000 untuk individu dan dari RM10,000 kepada RM50,000 untuk badan korporat.
Sehingga kekeliruan undang-undang ini diselesaikan, kerajaan perlu mengarahkan pihak berkuasa untuk kembali menggunakan kompaun maksimum sebelum ini iaitu RM1,000 untuk individu atau RM10,000 untuk badan korporat, serta mengembalikan wang kepada mereka yang membayar melebihi jumlah tersebut untuk kompaun yang dikeluarkan selepas 21 Julai.
LIM GUAN ENG

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年7月27日在吉隆坡发表的文告:
以随意和疏忽手法来撤销所有6项紧急条例,造成大规模混淆,是失败国的另一标志。
国盟政府不仅公开蔑视国会,而且完全没有遵守国家原则中维护宪法的基本原则。昨日,在面对反对党议员的施压下,掌管法律事务的首相署部长达基尤丁匆忙地宣布了一项惊人消息,即政府将不会在8月1日后延长紧急状态,并已在今年7月21日决定撤销6项紧急条例。此一消息立即让整个国家陷入混淆状况之中。
在国会于7月26日复会之前,并没有事先宣布国家元首已根据联邦宪法,撤销6项紧急条例及就此颁布宪报。政府并没有根据联邦宪法第150(3)条文,向国会提呈一份措辞谨慎的声明,说明欲撤销6项紧急条例及颁布宪报。
事实上,反对党不得不通过施压来迫使政府提供相关信息。从首相、副首相和达基尤丁昨日在面对反对党施压时的肢体语言来看,国家元首似乎还未御准撤销紧急状态,因此才尚未进行宪报。
既然没有宪报通知,那么政府就应根据联邦宪法第150(3)条文,向国会提出动议来废除6项紧急条例。否则,达基尤丁的宣布并未能提供对司法行政很是重要的确定性、清晰度和一致性。政府未能维护宪法,进而引起混淆状况,是失败国的另一标志。
退款给在7月21日后收到罚单,而缴付了超过1000令吉罚款的个人和5万令吉罚款的企业机构。
政府以随意和疏忽手法来处理如此重要的公告,显示了政府的无能和他们是全然是出于政治考量来处理政务。于1月12日颁布的紧急状态,很显然是国盟滥用权力的结果,以保障其在失去国会多数优势后的政治生存,而不是为了遏制新冠疫情才这么做。在紧急状态期间出现的新冠肺炎海啸就证明了这一点,即我国在7月25日,累计确诊病例破百万宗,而在7月26日则创下死亡人数新高,达207人死亡,累计死亡病例超过8000宗。
政府拒绝厘清混淆之处,即究竟还有哪些紧急条例仍然具有法律效力,将对政府管理产生许多实际影响。最大的疑问就是如《当今大马》所报道的,在7月21日至25日期间针对个人发出的2200张罚单的法律效力。政府早前颁布紧急条例,将违反限行令条例的个人罚款从1000令吉提高至1万令吉,而企业机构则从1万令吉增至5万令吉。
在这种法律定义混乱的情况被解决之前,政府应指示当局恢复到以往做法,即个人罚款最高1000令吉和企业罚款最高1万令吉。同时,退款给在7月21日后收到罚单,而缴付了超额罚款的人们。
林冠英

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 27.7.2021:
Haphazard And Negligent Manner Of Revoking 6 Emergency Ordinances That Created Mass Confusion Another Sign Of A Failed State.
The PN government has held not only Parliament in open contempt but completely failed to honour of the basic tenets of Rukunegara to Uphold the Law. After undergoing extreme pressure from the Opposition in Parliament yesterday, Law Minister Takiyuddin Hassan made a stunning announcement in a hurried and harried manner that the government will not extend the Emergency Proclamation after 1 August and has decided to revoke six Emergency Ordinances backdated effectively on 21 July 2021, immediately plunging the entire country into mass confusion.
There was no prior announcement before the Parliament sitting on 26 July, that the King has revoked the 6 emergency ordinances accompanied by a Federal gazette as required by the Federal Constitution. There was no carefully worded statement citing the 6 Emergency Ordinances revoked, accompanied by a federal gazette that should be laid before Parliament as required under the Article 150(3) of the Federal Constitution.
In fact, the opposition had to practically force the government to provide this information. From the body language of both the Prime Minister, Deputy Prime Minister and Takiyuddin when pressed by Opposition MPs yesterday, it would appear that the King had not given his royal consent thus the lack of Federal gazette.
Since there is no Federal gazette, then the government should move a motion in Parliament as required under Article 150(3) of the Federal Constitution to have the 6 emergency ordinances annulled. Otherwise, the announcement by Takiyuddin has failed to provide certainty, clarity and consistency essential to the administration of justice. The mass confusion engendered in failing to uphold the law is another sign of a failed state.
Refund Those Who Paid Above RM1,000 For Individuals And RM50,000 For Corporate Bodies For Compounds Issued After 21 July.
The haphazard and negligent manner of such an important announcement points to both government incompetence and that it is motivated solely by political considerations. The Emergency declared on 12 January was clearly an abuse of power by PN pushed through not to contain the COVID-19 pandemic, but to ensure its political survival following the loss of its Parliamentary majority. This is proven by the tsunami of COVID-19 cases during the emergency period which breached more than a million cases cumulatively on 25 July and a record of 207 deaths on 26 July putting the death toll above 8,000.
The refusal of the government to clear the confusion will have many practical implications in government administration as to which of the Emergency Ordinances still have legal efficacy. The biggest question is the legal validity of the 2,200 compounds issued against individuals between July 21 and July 25 as reported in Malaysiakini. An emergency ordinance raised the maximum penalty for breach of MCO restrictions from RM1,000 to RM10,000 for individuals and from RM10,000 to RM50,000 for corporate bodies.
Until this legal confusion is resolved the government should instruct the authorities to revert back to the previous maximum compounds of RM1,000 for individuals or RM10,000 for corporate bodies, as well as refund those who paid above that amount for compounds issued after 21 July.
LIM GUAN ENG