PN mesti bertindak sekarang selamatkan nyawa & mata pencarian rakyat kita: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 5.8.2021:

Bertindak Sekarang Tangani Krisis Tiga Berganda COVID-19, Kemelesetan Ekonomi Dan Ketidakstabilan Politik Tidak Boleh Menunggu Tiga Bulan, Dua Bulan Atau Sehingga September Ketika Lebih Banyak Nyawa Dan Mata Pencarian Akan Hilang.

Kerajaan PN yang tidak sah ini perlu bertindak sekarang menangani krisis tiga berganda COVID-19, kemelesetan ekonomi, dan ketidakstabilan politik. Selagi mereka masih memegang kuasa, Menteri PN mempunyai tanggungjawab untuk bertindak dan tidak boleh menunggu tiga bulan, dua bulan atau bahkan hingga bulan September apabila lebih banyak nyawa dan mata pencarian akan hilang. Sama seperti usul undi percaya di Parlimen terhadap Perdana Menteri Mahiaddin Md Yassin yang perlu dilakukan segera dan tidak menunggu hingga bulan September, kerajaan tidak boleh berlengah dalam menyelesaikan krisis kesihatan awam dan ekonomi.

Malaysia mencatat rekod tertinggi 19,819 kes COVID-19 dan 257 kematian semalam dengan jumlah terkumpul 1,183,110 kes dan angka kematian menjadi 9,855. Walaupun bersetuju bahawa imunisasi adalah bentuk perlindungan terbaik, kerajaan tidak bersedia membelanjakan tambahan RM1.5 bilion untuk membeli 11.2 juta dos vaksin Sinovac daripada Pharmaniaga dengan segera.

Pembelian 11.2 juta dos sekarang dapat memastikan bahawa Malaysia memiliki cukup vaksin untuk mengimunisasi seluruh 19 juta penduduk dewasa yang telah mendaftar, tanpa menunggu dua hingga tiga bulan lagi sehingga bekalan dihantar. Nyawa dan mata pencarian yang tidak terkira akan hilang jika kita menunggu dua hingga tiga bulan lagi untuk vaksin Pfizer tiba, sedangkan kita boleh membeli vaksin Sinovac yang diperlukan sekarang.

Kerajaan PN harus membuat perkara yang sama di seluruh negara seperti Operasi Lonjakan Kapasiti (OSC) Lembah Klang di mana pada 3 Ogos, 97.8% penduduk dewasa telah menerima dos vaksin pertama. Sekiranya Kerajaan PN boleh melakukannya untuk Lembah Klang, mengapa tidak mengulanginya untuk seluruh negara? Elemen penting ialah meletakkan kepakaran profesional melebihi politik kepartian dan kesediaan untuk mendengar pandangan yang berbeza seperti yang dilakukan ketika bekas Timbalan Menteri DAP dan Ahli Parlimen Bangi Dr Ong Kian Ming dilantik sebagai penyelaras OSC untuk Selangor.

Petunjuk utama Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan IHS Markit Malaysia, berada pada tahap 40.1 yang merisaukan pada Julai 2021 hampir tidak berubah daripada paras terendah 39.9 pada bulan Jun 2021. Prestasi Malaysia bahkan lebih rendah daripada PMI 44.6 pada bulan Julai bagi seluruh ASEAN. Ini merupakan amaran yang jelas bahawa perniagaan dan pekerja Malaysia tidak lagi dapat menanggung tekanan daripada lebih RM500 bilion kerugian ekonomi yang dialami sejak Perintah Kawalan Pergerakan pertama dilaksanakan pada bulan Mac tahun lalu.

Daripada menunggu Pelan Pemulihan Negara diluluskan dalam satu atau dua bulan lagi, bertindak sekarang dengan menyuntik dana langsung RM45 bilion. RM45 bilion ini dapat meningkatkan bantuan bulan kebajikan masyarakat kepada RM1,000, termasuk penganggur;  RM6 bilion insentif upah dan pengambilan pekerja bagi mewujudkan 300,000 pekerjaan baru; RM30 bilion dalam bentuk geran kewangan, insentif kewangan dan subsidi upah, sewa serta utiliti sebanyak bagi membantu perniagaan terutamanya industri pelancongan dan hospitaliti untuk terus hidup; RM4 bilion untuk sistem sokongan kesihatan, katil dan kemudahan hospital serta meningkatkan program vaksinasi.

Memandangkan keuntungan yang sihat, industri perbankan perlu menawarkan tanggungjawab sosial korporat dengan berkongsi beban dengan peminjam dan diarahkan untuk memansuhkan faedah ke atas moratorium automatik pinjaman bank sehingga akhir tahun, kecuali untuk Kumpulan 10 Teratas. Langkah-langkah ini berserta dengan pembukaan semula  ekonomi perlu dilaksanakan terlebih dahulu untuk menunjukkan keikhlasan PN dalam menginginkan usaha keseluruhan masyarakat untuk menguruskan krisis ekonomi.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年8月5日在吉隆坡发表文告:

现在马上就对冠病疫情、经济衰退和政治不稳定这三重危机采取行动,不能再拖个两三个月,或等到九月,因为届时将有更多的生命及生计流失。

当前的国盟政府虽不具合法性,但现在仍须马上对冠病疫情、经济衰退和政治不稳定这三重危机采取行动。只要他们一天仍在位子上,国盟部长就有责任采取行动,我们委实不能再坐等两三个月或是等到九月,因为再等下去,则会有更多的生命和生计流失。同样的,国会对首相马希亚丁的信任动议也必须立即进行,不能等到9月再进行,我们的公共卫生和经济危机已是迫在眉睫,政府不能再用慢慢来的态度敷衍以对。

马来西亚昨天创下了单日1万9819例确诊和257例死亡的记录,累计病例118万3110宗,死亡人数共达9855人。众所周知,免疫接种是最好的保护形式,但政府却不愿意额外花费15亿令吉立即从发马公司购买1120万剂科兴疫苗。

现在赶紧购买1120万剂的疫苗,就可以确保马来西亚拥有足够的疫苗来让所有1900万已登记的成年人口获得免疫,而无需为了疫苗的交付而再苦等两到三个月。既然我们现在就可以买到所需的科兴疫苗,为什么还要为了辉瑞等多两三个月?这段时间将会有无数的生命和生计因此丧失。

国盟政府在巴生设立的疫苗冲刺行动(OSC),已在8月3日当天为97.8%的成年人口接种了第一剂疫苗,国盟应该也在全国实施一样的方法。如果国盟政府可以为巴生谷做,为什么不为整个国家再做一次呢?当务之急,应当将专业知识置于政治党派之上,并学会听取在野的意见,就像在前行动党副部长兼万宜国会议员王建民博士被任命为雪兰莪州OSC 协调员时所做的那样。

根据IHS Markit报告显示,我国今年7月制造业采购经理人指数(PMI)处于令人感沮丧的40.1点,与6月39.9点的新低纪录几乎没什么改变。我国7月份的表现甚至低于东盟市场的44.6点。这是个明确的警告,即我国的企业和工人无法再承受自去年3月实施限制行动令以来所造成的5000亿令吉的经济损失。

预期等待国家复苏计划在一或两个月内获得批准,政府应立即注入额外的450亿令吉直接资金。这450亿令吉的用处包括将福利局援助金提高至1000令吉,使失业人士也受惠、其中60亿令吉作为聘雇奖掖,创造30万个工作机会、300亿令吉作为财政补助、现金奖励、薪水、租金和公用设施津贴,协助企业,尤其是旅游业和酒店业可继续生存、40亿令吉用于卫生支援系统、病床和医疗设备,及加强疫苗接种计划。

鉴于银行业取得稳健利润,银行业应承担企业社会责任,分担借贷者的负担,并免除暂缓还贷计划的利息直至今年年底,但T10群体除外。国盟应通过实施以上措施及重新开放经济,来表明他们希望全社会共同努力应对经济危机的诚意。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 5.8.2021:

Act Now On The Triple Crisis Of COVID-19, Economic Recession And Political Instability Cannot Wait Three Months, Two Months Or Even Till September When More Lives And Livelihoods Will Be Lost.

The current illegitimate PN government must act now on the triple crisis of COVID-19, economic recession, and political instability. As long as they still hold power, PN Ministers have a responsibility to act and cannot wait three months, two months or even till September when more lives and livelihoods will be lost. Just as the vote of confidence motion in Parliament on Prime Minister Mahiaddin Md Yassin must be carried out immediately and not wait until September, the government cannot take their own sweet time to resolve the public health and economic crisis.

Malaysia hit a record 19,819 COVID-19 cases and 257 deaths yesterday with a cumulative 1,183,110 cases and death toll to 9,855. Despite agreeing that immunisation is the best form of protection, the government is not willing to spend an additional RM1.5 billion to immediately purchase 11.2 million doses of Sinovac vaccines from Pharmaniaga.

Purchasing 11.2 million doses now can ensure that Malaysia possesses enough vaccines to immunise all the 19 million of the adult population who have registered, without waiting an additional two to three months for the supplies to be delivered. Countless lives and livelihood will be lost if we wait for another two to three months for the Pfizer vaccines to arrive, when we can buy the required Sinovac vaccines now.

The PN government should treat the entire country like the Klang Operation Surge Capacity (OSC) where on 3 August, 97.8% of the adult population received the first dose of vaccine. If the PN government can do for Klang Valley, why not repeat that for the entire country? The essential element is putting professional expertise over political partisanship and a willingness to listen to opposing views as done when former DAP Deputy Minister and MP for Bangi Dr Ong Kian Ming was appointed as the OSC coordinator for Selangor.

The headline IHS Markit Malaysia Manufacturing Purchasing Managers’ Index (PMI), is at a depressing 40.1 in July 2021 almost unchanged from the record low of 39.9 in June 2021. Malaysia’s performance is even lower than the PMI of 44.6 in July for the ASEAN market. This is a clear warning that Malaysian businesses and workers can no longer bear the strain of the over RM500 billion in economic losses sustained since the first Movement Control Order was imposed in March last year.

Instead of waiting for the National Recovery Plan to be approved in one or two months, act now by injecting an additional RM45 billion in direct funds. This RM45 billion can increase monthly welfare assistance to RM1,000, including the unemployed; RM6 billion in wage and hiring incentives to create 300,000 new jobs; RM30 billion in financial grants, monetary incentives, wage, rent and utility subsidies to help businesses especially the tourism and hospitality industry to survive; RM4 billion for health support system, hospital beds and facilities as well as enhancing the vaccination programme.

In view of healthy profits, the banking industry must offer corporate social responsibility by sharing the burden with borrowers and instructed to waive interest until the end of the year on the automatic bank loan moratorium, except for the Top 10. These measures together with reopening of the economy should be implemented first to show PN’s sincerity in wanting a whole-of-society effort to manage the economic crisis.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top