PN masih tidak ada inisiatif ekonomi selamatkan kerugian RM100 bilion dialami industri pelancongan: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 9.3.2021:

Sasaran Pengangguran, Pertumbuhan KDNK Dan Defisit Belanjawan Yang Tersasar Berserta Janji Yang Dimungkiri Dan Kehilangan Kepercayaan Rakyat Akan Menjejaskan Keyakinan Pelabur Bahawa Ekonomi Malaysia Berada di Landasan Yang Betul.

Jabatan Perangkaan mendedahkan bahawa kadar pengangguran Malaysia untuk Januari 2021 meningkat kepada 4.9% daripada 4.8% pada bulan Disember 2020. Berita ini mengecewakan apabila tahun 2021 sepatutnya menjadi tahun pemulihan ekonomi. Walaupun detik terburuk bagi ekonomi Malaysia mungkin sudah berakhir, ini tidak membantu pekerja yang kehilangan atau yang akan terus kehilangan pekerjaan atau perniagaan yang telah ditutup atau menghadapi risiko penutupan dalam masa terdekat.

Sama seperti salah urus Kabinet terhadap krisis kesihatan COVID-19 yang menjadikan Malaysia negara terburuk di ASEAN dari segi per kapita, pengurusan ekonomi Perikatan Nasional lebih kepada dasar yang sering berubah-ubah, pusingan-U dan janji-janji yang dimungkiri. Sebagai contoh, unjuran kadar pengangguran 2020, kadar pertumbuhan KDNK dan defisit belanjawan diunjurkan menjadi 4.2%, -4.5% hingga -5.5% dan 6%.  Sebaliknya, angka sebenarnya masing-masing adalah 4.5%, -5.6% dan 6.2%.

Sasaran pengangguran, pertumbuhan KDNK dan defisit Belanjawan yang tersasar berserta dengan janji-janji yang dimungkiri dan kehilangan kepercayaan rakyat akan menjejaskan keyakinan pelabur bahawa ekonomi Malaysia berada di landasan yang betul. Fitch Ratings ternyata tidak salah dalam menurunkan penarafan kredit antarabangsa Malaysia tahun lalu, ke tahap yang sama dengan Filipina dan Indonesia.

Sekarang kita bergantung pada kejayaan pelaksanaan Program Imunisasi Nasional Covid-19 secara sistematik oleh Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Khairy Jamaludin bagi mencapai 80% kekebalan kelompok atau ‘herd immunity’ untuk menyokong rancangan pemulihan ekonomi negara. DAP telah mengetepikan perbezaan politik kepartian untuk menyokong sepenuhnya program vaksinasi dan imunisasi demi  kepentingan negara dan masa depan ekonomi rakyat.

Bergantung pada program imunisasi sahaja tidak mencukupi, jika Malaysia mahu mencatat pertumbuhan ekonomi lebih tinggi daripada 7.5% tahun ini. Tahun lalu, kerajaan telah melancarkan rangkaian pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN berjumlah RM305 bilion, namun tidak berhasil.

Pada Januari tahun ini, pakej rangsangan ekonomi Permai berjumlah RM15 bilion dilancarkan setelah kerajaan membentangkan belanjawan terbesar dalam sejarah berjumlah RM322.5 bilion untuk Belanjawan 2021. Namun, ini tidak menghalang Malaysia daripada mencatat angka ekonomi terburuk abad ini dengan pertumbuhan ekonomi menguncup sebanyak 5.6%, defisit meningkat menjadi 6.2% dan kadar pengangguran meningkat kepada 4.5%.

Oleh itu, kerajaan harus segera melaksanakan pakej rangsangan ekonomi tambahan sebanyak RM45 bilion bagi mencipta pekerjaan baru dan menyelamatkan pekerjaan sedia ada, memperlahan penutupan perniagaan, memberikan subsidi sewa untuk perniagaan dan mewujudkan sumber baru pertumbuhan masa depan. Kerajaan juga harus menunaikan janjinya sama ada 150,000 tablet dan komputer riba untuk pelajar, atau tidak menyiasat cukai terdahulu bagi mereka yang secara sukarela menyertai program pengampunan cukai, atau meningkatkan bantuan bulanan kebajikan kepada RM1,000 termasuk kepada penganggur.

Kerajaan tidak boleh terus menafikan kebenaran keadaan parah kemelesetan ekonomi yang melanda rakyat dan perniagaan biasa Malaysia. Setakat ini, masih tidak ada inisiatif ekonomi yang dicadangkan untuk menyelamatkan industri pelancongan yang mencatatkan RM100 bilion kerugian tahun lalu. Tidak akan ada pemulihan tahun ini untuk industri pelancongan dengan peningkatan jumlah penutupan hotel. Apakah Proklamasi Darurat dan penggantungan Parlimen yang diusulkan oleh Perdana Menteri adalah satu alasan licik bagi menutup kegagalan dan salah urus mereka?

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年3月9日在吉隆坡发表的文告:

我国未能达致失业率、国内生产总值增长率和财政赤字的目标,加上违背承诺和公众所产生不信任感,将不利于恢复投资者信心,使他们相信我国经济已步入正轨。

根据大马统计局,与去年12月的4.8%失业率相比,我国今年1月的失业率微升至4.9%。当2021年被视为是经济反弹之年时,这项消息无疑令人感到失望。虽然对我国经济而言,最糟糕的时期可能已经过去了,但这并无助于已失业或将失业的打工族,或是已结业或将面临结业的生意和企业。

就像内阁对新冠疫情管理不当,使得我国成为东盟国中人均感染率最高的国家一样,国盟的经济管理也充满着朝令夕改、U转和违背承诺。2020年失业率、国内生产总值增长率和财政赤字分别预测为4.2%、负4.5%至负5.5%之间和、和6%。而实际的数据则为4.5%、负5.6%和6.2%。

我国未能达致失业率、国内生产总值增长率和财政赤字的目标,加上违背承诺和公众所产生不信任感,将不利于恢复投资者信心,使他们相信我国经济已步入正轨。惠誉去年下调我国主权信用评级至与菲律宾和印尼同一水平。

现在,很大程度上取决于科学、工艺及革新部长凯里所执行的“全国2019冠病疫苗接种计划”是否能够成功,达到80%人口群体免疫,以支持经济复苏计划。行动党放下政党派系立场之争,全力支持有利于国家、人民和经济的疫苗接种计划。

不过,如果我国希望今年的经济增长可超过7.5%,那么单是依靠疫苗接种计划是不够的。政府在去年推出一系列总值达3050亿令吉的“我们关怀”经济援助配套,但均无效。

政府去年宣布的总额3225亿令吉的2021年财政预算案是我国有史以来最庞大的财案,而政府随后在今年1月又宣布了总额150亿令吉的人民及经济保护援助配套(PERMAI)。不过,这并未阻止我国取得本世纪最糟糕的经济数据,国内生产总值萎缩5.6%、财政赤字6 2%和失业率4.5%。

因此,政府急需实施额外450亿令吉的经济振兴配套,以创造新的就业机会及挽救现有的就业机会88、放缓生意倒闭的速度、提供租金补贴和新经济来源。政府也必须履行承诺,为学生提供15万台平板电脑、不调查参与自愿报税特别计划者、以及将福利局援助金提高至每月1000令吉,并使失业人士也受惠。

政府不应该否认普通人民和企业所经历的经济衰退的严重程度。至今,政府没有提出任何经济方案来挽救去年损失了1000亿令吉的旅游业。随着越来越多酒店关闭,今年的旅游业或将无法复苏。首相建议的紧急状态和国会停摆是否只是为掩盖他们的失败和管理不当的狡猾手段而已?

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 9.3.2021:

Missing Targets Of Unemployment, GDP Growth And Budget Deficit Coupled With Broken Promises And Public Distrust Do Not Augur Well For Investor Confidence That Malaysia’s Economy Is On The Right Track.

The Statistics Department disclosed that Malaysia’s unemployment rate for January 2021 rose to 4.9% from 4.8% in December 2020. This news is disappointing when 2021 is supposed to be a year of an economic rebound. Whilst the worst for the Malaysian economy may be over, this does not help workers who have lost or continue to lose their jobs or businesses that have closed or faced imminent closures.

Just like the Cabinet’s mismanagement of the COVID-19 health crisis that made Malaysia the worst in ASEAN in per capita terms, Perikatan Nasional’s management of the economy is one of policy flip-flops, U-turns and broken promises. For example, the projected 2020 unemployment rate, GDP growth rate and budget deficit were projected to be 4.2%, (-4.5%) to (-5.5%) and 6%. Instead the actual figures were 4.5%, (-5.6%) and 6.2% respectively.

Missing targets of unemployment, GDP growth and budget deficit coupled with broken promises and public distrust do not augur well for investor confidence that Malaysia’s economy is on the right track. Fitch Ratings got it right in downgrading Malaysia’s international credit ratings last year, to the same level as Philippines and Indonesia.

Much will now depend on the success of the systematic roll-out of the National Covid-19 Immunisation Programme by Minister of Science, Technology, and Innovation Khairy Jamaludin to achieve herd immunity of 80% to bolster the country’s economic recovery plan. DAP has set aside political partisanship to fully support the vaccination and immunisation programme for the national interests and economic future of the rakyat.

Depending on the immunisation programme alone is not enough, if Malaysia is to record more than the 7.5% economic growth this year. Last year, the government rolled out a series of PRIHATIN economic stimulus package totalling RM305 billion, to no avail.

In January this year, the RM15 billion Permai economic stimulus package was launched after the government had tabled the biggest budget in history of RM322.5 billion for Budget 2021. However, this did not prevent Malaysia from posting the worst economic numbers this century with economic growth contracting by 5.6%, deficit ballooning to 6.2% and unemployment rising to 4.5%

Therefore, the government must urgently implement an additional economic stimulus package of RM45 billion to create new jobs and save existing ones, slow down business closures, provide rental subsidies for businesses and provide new sources of future growth. The government must also deliver on its promises whether it is the 150,000 tablets and laptops for students, or not investigating past taxes of those who voluntarily participated in the tax amnesty, or increasing the monthly welfare aid to RM1,000 including the unemployed.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top