PM tidak harus guna jawatan awam bagi memuaskan hati penyokong beliau: Ahli Parlimen Hon Wai

Kenyataan Media Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai pada 28-6-2022 di Pulau Pinang:

Menggesa Perdana Menteri menarik balik perlantikan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar ke Indonesia

Pembongkaran politik oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, telah membuka mata rakyat Malaysia tentang pergolakan politik peringkat tertinggi UMNO. Saya ingin menggesa Perdana Mentera untuk membatalkan perlantikan beliau sebagai Duta Besar ke Indoneisa.

Adalah memalukan negara apabila percakapan beliau di sidang media semalam dan sebelum ini di Parlimen dan di beberapa insiden dan beliau terbukti tiada keterampilan diplomatik untuk memikul tanggungjawab penting sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia. Tajudin sebelum ini menyandang jawatan Pengerusi GLC Prasarana dan dipecat pada Mei 2021 oleh Menteri Kewangan menyusul kejadian kemalangan terburuk Laluan LRT Kelana Jaya yang mengakibatkan 213 penumpang cedera dengan lebih daripada 60 dihantar ke hospital.

Perdana Menteri tidak harus menggunakan jawatan awam untuk tujuan memuaskan hati penyokong beliau yang memang tidak sesuai. Perlantikan jawatan awam haruslah berdasarkan kelayakan, pengalaman serta personaliti bersesuaian dan bukan berdasarkan pertimbangan politik.

Perlantikan Tajuddin sebagai Duta Besar ke Indonesia belum disempurnakan memandangkan beliau belum menerima surat watikah secara rasmi dari Yang D-Pertuan Agong. Majlis penyerahan telah dijadualkan minggu lalu tetapi terpaksa dibatalkan memandangkan baginda gering di bahagian kaki.

WONG HON WAI

Scroll to Top