Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 3.6.2021:
Perdana Menteri Tidak Boleh Bersikap Selektif Dengan Menggunakan Kuasa Darurat Untuk Keperluan Politik, Tetapi Menolak Untuk Melanjutkan Moratorium Automatik Pinjaman Bank (Kecuali 20 Teratas) Yang Dapat Diserap Oleh Keuntungan Selepas Cukai Industri Perbankan.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak boleh bersikap selektif dengan menggunakan kuasa darurat apabila ada keperluan politik untuk melakukannya, seperti memperuntukkan RM5 bilion dari tabung Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk membeli vaksin dan membiayai kos yang berkaitan dengan imunisasi, dengan meminda Akta KWAN tanpa kelulusan parlimen. Namun, Muhyddin enggan melakukan perkara yang sama untuk meminda berbagai undang-undang untuk memaksa industri perbankan bagi melanjutkan moratorium pinjaman secara automatik, kecuali kumpulan 20 Teratas.
Moratorium pinjaman bank sehingga akhir tahun apabila Program Imunisasi Kebangsaan selesai, dapat memberi manfaat kepada 8 juta individu dan syarikat Malaysia dan dengan mudah boleh diserap oleh keuntungan selepas cukai industri perbankan sebanyak RM32.3 bilion pada tahun 2019 dan RM23 bilion pada tahun 2020. Namun, Menteri Kewangan Tengku Zafrul telah mengatakan bahawa dia tidak berdaya untuk memaksa Bank Negara atau bank untuk melanjutkan moratorium pinjaman bank secara automatik.
Walaupun kita tidak setuju dengan Tengku Zafrul dan boleh menunjukkan berbagai undang-undang di mana kuasa tersebut terletak kepada kerajaan untuk memaksa bank untuk patuh, pertikaian ini dapat diselesaikan dengan mudah dengan menggunakan kuasa darurat untuk meminda berbagai undang-undang selama tempoh krisis COVID-19. Peguam telah mencadangkan kepada kerajaan untuk meminda Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang seperti Akta KWAN atau membawa kembali Akta Langkah Sementara COVID-19 untuk merangkumi industri perbankan yang melarang hukuman ke atas kegagalan melaksanakan kewajiban kontrak.
Moratorium pinjaman bank seharusnya tidak hanya ditawarkan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan atau perniagaan di bawah PKP 4.0. Mereka yang mengalami kehilangan pendapatan pekerjaan atau pendapatan perniagaan di bawah PKP 4.0 juga harus mendapat manfaat yang sama. Menafikan kumpulan M40 untuk tawaran yang sama bermakna kerajaan tidak bersimpati dengan keadaan kewangan semasa mereka, yang boleh menyebabkan mereka tergelincir ke kumpulan B40. Mereka yang berada dalam kumpulan M40 harus ditawarkan moratorium pinjaman bank kerana mereka adalah pembayar cukai yang menyumbang kepada tabung negara.
Moratorium pinjaman bank PKP 4.0 ini berbeza dengan moratorium pinjaman bank di bawah PKP 1.0, kerana faedah pinjaman sewa beli PKP 4.0 dikumpulkan untuk pembayaran di masa depan tidak seperti semasa PKP 1.0, di mana faedah pinjaman sewa beli dikecualikan. Faedah terkumpul pinjaman sewa beli seperti itu akan mengurangkan kos bagi bank dan kerajaan harus mendedahkan kos yang ditanggung oleh bank berbanding dengan keuntungan puluhan bilion selepas cukai mereka.
LIM GUAN ENG

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年6月3日在吉隆坡发表的文告:
首相在做政治上的权益之计时,不能选择性地使用紧急权力,拒绝延长银行的自动暂缓还贷(除T20群体)。银行业者的税后盈利强健,是可以吸纳得起的。
首相慕尤丁在做政治上的权宜之计时,不能选择性地使用紧急权力,比如 一方面在未经国会批准下,从国家信托基金(KWAN)挪用 50 亿令吉来购买疫苗和资助免疫计划的相关费用,但另一方面,慕尤丁却断然拒绝修改法令,迫使银行业者除T20群体外,让其他群体自动暂缓还贷。
银行暂缓还贷的宽限期应持续到今年年底,即国家免疫计划完成的时候,如此一来,国内800万人和公司将可以从中受益,对银行业者而言,这能够轻易吸纳,并不影响它们的强健,它们的税后盈利在2019年达323亿令吉,2020年为230亿令吉。然而,财政部长扎夫鲁却表示,他无力强迫国家银行或银行业者延长自动暂缓还贷。
虽然我们并不同意扎夫鲁的观点,并可点出赋予政府强制银行遵守此项措施的各项法律,但在面临新冠疫情危机之际,政府可通过行使紧急权力修改法律,轻松地解决争议。有律师建议政府可像修改国家信托基金法一样来修改2013年金融服务法,或恢复新冠临时措施法案以涵盖银行领域,禁止他们对付未能履行和与义务者。
政府不应只向在全面封锁期间的失业人士提供自动暂缓还贷,那些在此间面对收入损失的人士也应受益。拒绝对M40 群体提供相同的措施,不仅是不体恤他们面对财务困境的做法,还可能导致他们降为B40群体。M40群体的人士作为对国库有所贡献的纳税人,也应享有自动暂缓还贷的便利。
此次全面封锁实施的自动暂缓还贷将租购贷款利息累积到以后再付,这与第一次限行令时落实的自动暂缓还贷计划免除利息的做法有所不同。增长的利息将降低成本,而政府应公布银行在赚取了数以百亿令吉的税后盈利后,在计划中承担的成本数额。
林冠英

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 3.6.2021:
The Prime Minister Can Not Be Selective By Using Emergency Powers When Politically Expedient, But Refuses To Do So To Extend Bank Loan Moratorium Automatically (Except For Top 20) And Can Be Absorbed By The Banking Industry’s Healthy After-tax Profits.
Prime Minister Muhyiddin Yassin cannot be selective by using emergency powers when politically expedient to do so, such as appropriating RM5 billion from the National Trust Fund (KWAN) to purchase vaccines and finance immunisation related costs, through amending KWAN Act without parliamentary approval. However, Muhyddin refuses to do the same to amend the various laws to compel the banking industry to extend the loan moratorium automatically, except for the Top 20.
Such a bank loan moratorium until the end of the year when the National Immunisation Programme is completed, can benefit 8 million Malaysian individuals and companies and can be easily absorbed by the banking industry’s healthy after-tax profits of RM32.3 billion in 2019 and RM23 billion in 2020. However, Finance Minister Tengku Zafrul has said that he is powerless to compel either Bank Negara or banks to extend the automatic bank loan moratorium.
Whilst we disagree with Tengku Zafrul and can point out to various legislation where such a power is ultimately vested with the government to compel banks to comply, this dispute can be easily resolved by the exercise of emergency powers to amend various laws during the COVID-19 crisis period. Lawyers have suggested amending the Financial Services Act 2013 similar to KWAN Act or bringing back the COVID-19 Temporary Measures Act to cover the banking industry that prohibit penalties for failures to perform contractual obligations.
Bank loan moratorium should not be only offered to those who have lost their jobs or businesses under MCO 4.0. Those who suffered loss of employment income or business revenue under MCO 4.0 should also benefit. Denying the M40 the same offer is not sympathetic to their current financial plight, which may cause them to slip down to the B40 group. Those in the M40 group should be offered the bank loan moratorium as they are taxpayers who contribute to the nation’s coffers.
This MCO 4.0 bank loan moratorium is different from the bank loan moratorium under MCO 1.0, in that the MCO 4.0 hire-purchase loan interest is accrued for future payment unlike during MCO 1.0, where the hire purchase loan interest was waived. Such accrual of hire-purchase loan interest will cut down cost for banks and the government should reveal the cost borne by banks compared with their tens of billions of after-tax profits.
LIM GUAN ENG