PH tekankan keperluan meningkatkan peruntukan belanjawan semua rakyat Malaysia berdasarkan keperluan: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 17.11.2021:

Hari ini wakil PH daripada DAP, PKR dan Amanah mengadakan pertemuan pasca Belanjawan 2022 dengan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar bin Abdullah. Amanah diketuai oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Dr Dzulkefly Ahmad dan PKR oleh Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh. Perundingan ini diadakan bagi membincangkan isu tertunggak antara PH dan Kerajaan Persekutuan yang akan diputuskan apabila Tengku Zafrul menggulung perbahasan Belanjawan di Parlimen esok.

PH menekankan keperluan untuk meningkatkan peruntukan belanjawan untuk Sabah, Sarawak dan semua rakyat Malaysia yang menghadapi pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi. Belanjawan seharusnya mewakili dan menjaga semua rakyat Malaysia berdasarkan keperluan tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

Walaupun PH menghargai keperluan untuk mengawal defisit Belanjawan, terdapat keperluan untuk berbelanja dengan berani untuk mengatasi pandemik COVID-19 serta membantu rakyat dan perniagaan, terutamanya PKS, supaya dapat terus hidup. Peruntukan Belanjawan tambahan di samping Belanjawan 2022 berjumlah RM332 bilion secara berhemat tidak akan menjejaskan tahap hutang atau defisit dengan banyak tetapi mungkin kritikal dalam menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年11月17日在吉隆坡发表文告:

来自民主行动党、人民公正党和国家诚信党的希盟代表今天与财政部长东姑扎夫鲁举行了2022年财政预算案后期会议。诚信党由瓜拉雪兰莪国会议员拿督祖基菲里领导,而公正党则由关丹国会议员傅芝雅领导。此次的磋商会议是为了讨论希盟与联邦政府之间尚未解决的问题,而东姑扎夫鲁在明天进行财案总结辩论时将需就这些问题做出决定。

希盟在会上强调要增加沙巴、砂拉越和所有正受到新冠疫情和经济衰退冲击的马来西亚人的预算拨款。这份财案需能代表和按需要照顾所有马来西亚人,而不论对方的种族、宗教和背景。

虽然希盟意识到控制财政赤字的必要性,但仍有必要大胆投放资金以克服新冠大流行,帮助人民、企业和中小型企业得以继续生存。在2022年财案的3320亿令吉开销上再谨慎的进行额外拨款,不会对债务或赤字状况造成重大影响,但是对挽救生命和生计却是至关重要。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 17.11.2021:

Today PH representatives from DAP, PKR and Amanah had a post-Budget 2022 meeting with Finance Minister Tengku Zafrul Abdul Aziz and Deputy Finance Minister Mohd Shahar bin Abdullah. Amanah was led by Kuala Selangor MP Datuk Dr Dzulkefly Ahmad and PKR by Kuantan MP Fuziah Salleh. These consultations are held to discuss outstanding issues between PH and the Federal government that will be decided when Tengku Zafrul winds up the Budget debate in Parliament tomorrow.

PH emphasised the need to increase budget allocations for Sabah, Sarawak and all Malaysians facing the COVID-19 pandemic and economic recession. The Budget should represent and take care of all Malaysians on a needs basis regardless of race, religion and background.

Whilst PH appreciates the necessity to rein in the Budget deficit, there is a need to spend boldly to overcome the COVID-19 pandemic as well as help the rakyat and businesses, especially SMEs, survive. Additional Budget allocations on top of the RM332 billion 2022 Budget that is prudent will not materially affect the debt or deficit situation but may be critical in saving lives and livelihood.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top